mynameismas

Dear sahabat dunia Oren..macam mana nak cari balik keghairahan untuk update cerita dalam wattpad macam dulu-dulu? Saya ni betul-betul dah langgar tembok rasanya.

mynameismas

mencari semula 'sesuatu' yang hilang akibat terlalu lama tidak menulis.Tak apalah..perlahan-lahan kayuh semula idea menyusun ayat yang dah berkarat.
          
          Sekuel Sapta Adhyasta tiba-tiba muncul.Bolehlah sebagai pemanas enjin

hyaenn

@mynameismas walaupun kayuh perlahan-lahan, takpee. Saya tetap tunggu. Cuma jangan hilang terus dari radar je ꈍ◡ꈍ
Mag-reply

mynameismas

Salam Sejahtera.Saya telah 'unpublish' Sapta Adhyasta kerana Sapta Adhyasta akan terbit dalam bentuk novel fizikal..Insha Allah akan berada dalam pasaran pada bulan Disember atau Januari tahun hadapan.Terima kasih dan salam hormat.

mynameismas

# antara perkara yang dibencinya adalah cerita yang penuh dengan plot cliché.Tetapi malangnya,itulah yang dihadapinya kini.Diberikan tempoh sebulan untuk mengedit sebuah manuskrip yang clichénya minta ampun.Dan lebih teruk daripada itu-manuskrip tersebut tidak lebih daripada manuskrip bersalut nepotisme.Karya picisan anak tunggal kepada pemilik Blue Moon Publication! Tempatnya berkerja.
          
          Tetapi apa yang akan dilakukannya apabila dia tercampak ke dalam cerita yang paling dibencinya itu??
           #simpan disini.manalah tahu kalau ada kerajinan untuk menaipkan..soalnya...mental block aku dah bertambah tepu..
          
          # MISI 200 HARI  #otw kalau rajin

SitiMusleha07

Salam. Saya wakil daripada Mangosteeen Books. Leena Syiha pernah share story wattpad Cikpuan yang berjudul 'Sapta Adhyasta'. Kami berminat ingin menerbitkan manuskrip Cikpuan untuk dijadikan buku fizikal.
          
          Boleh Cikpuan hubungi kami di emel editor@mangosteeen.com supaya kita boleh berbincang lebih lanjut.
          
          Kami menantikan maklum balas dari Cikpuan :)