naqira_98

Assalamualaikum dan salam sejahtera, semua pembaca yang saya hargai.
          	
          	Saya ingin memaklumkan bahawa novel BICARA SUNYI SEBUAH KASIH telah melalui proses revisi dan kemas kini.
          	
          	Antara perubahan yang telah dibuat ialah:
          	
          	* Pembetulan beberapa fakta dan istilah berkaitan Tentera Darat Malaysia (TDM), termasuk pangkat, prosedur dan aspek operasi supaya lebih selari dengan realiti.
          	* Penambahbaikan pada beberapa bab bagi memastikan jalan cerita lebih lancar, konsisten dan mempunyai kesinambungan yang lebih baik.
          	* Pengukuhan perkembangan watak serta emosi bagi memberikan pengalaman pembacaan yang lebih mendalam.
          	* Pembetulan kesalahan ejaan, tatabahasa dan beberapa bahagian yang kurang jelas.
          	
          	Ada beberapa bab yang mengalami perubahan kecil, manakala beberapa bab lain telah disusun semula supaya plot menjadi lebih kemas. Walau bagaimanapun, jalan cerita utama dan mesej yang ingin disampaikan masih dikekalkan.
          	
          	Saya sentiasa berusaha menghasilkan karya yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga menghormati realiti dan profesion yang menjadi latar belakang cerita. Insya-Allah saya akan terus memperbaikinya dari semasa ke semasa.
          	
          	Terima kasih kerana terus menyokong perjalanan novel ini, kerana sudi membaca, meninggalkan komen, mengundi, dan menemani setiap bab sehingga ke hari ini. Sokongan kalian sangat bermakna buat saya sebagai penulis.
          	
          	Selamat membaca semula, dan saya harap versi yang telah dikemas kini ini memberikan pengalaman yang lebih baik kepada semua.
          	
          	Dengan kasih,
          	Najwa Zaqirah

Bismillah dan dengan Izin Allah,
          
          Dibalik Jendela Takdir kini telah dipublish. ✨
          
          Sebuah kisah yang lama saya pendam, berbulan terperam di dalam peti karya saya,
          kerana bimbang ia terlalu berat dan jauh dari penulisan saya yang biasanya lebih santai dan lembut.
          Namun akhirnya, saya lepaskan ia juga di dalam seni untuk tatapan semua selepas mengambil berat beberap aspek…
          kerana kisah ini berhak untuk didengar.
          
          Sebuah kisah yang lama tersimpan,
          kerana ia sarat dengan luka,
          berat pada cerita,
          dan pekat dengan aksara puitis.
          
          Bahasanya tidak ringan,
          penuh simbol dan rasa.
          Terinspirasi daripada kisah benar seorang rakan,
          dengan izinnya, saya anyam semula alur yang pernah hidup dalam diam.
          
          Ini bukan kisah cinta biasa,
          tapi perjalanan jiwa melawan takdir.
          
           Jemput baca… perlahan, dengan hati yang terbuka.

naqira_98

Hi.
          
          Saya republished semua my first english novel, Silent echoes of Underworld, selepas beberapa editing saya telah buat untuk improve dari segi storyline dan grammar too..
          
          And saya juga publish cerita baru, which my second english story, Across the Finish Line. sebabkan saya peminta tegar F1, so watak dia adalah between F1 racer dan juga lead engineer F1 tapi both character in different racing team. Hopefully menepati citarasa kalian semua.. Siapa minat F1, korang pasti akan faham term2 yang saya gunakan dalam F1 racing.
          
          enjoy the reading guys. Pray for me so I always can write good story for you guys.

naqira_98

Untuk novel Bicara Sunyi Sebuah Kasih, saya akan buat editing untuk cerita ini dan ada perubahan beberapa scene di dalam bab-bab sedia ada. 
          
          dan saya sedia maklum pangkat yang saya letak di dalam ini ada kesilapan kerana pangkat Leftenan Komander hanya khusus dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
          
          jadi watak Faris dalam cerita ini yang seiriring dengan pangkat khusu TLDM ini adalah pangkat Mejar dalam TDM. Saya akan buat editing dan memperbetulkan kesilapan saya dalam pangkat yang saya gunakan dan perubahan sedikit beberapa scene dalam setiap bab.
          
          di sini saya memohon maaf atas kekhilafan saya dalam meletakkan pangkat yang salah untuk unit yang ada di dalam unit tentera.
          
          Saya tidak akan unpublish, cuma akan editing dari waktu ke waktu. setiap bab yang telah diedit saya akan letak edited di setiap bab. sekali lagi saya minta maaf atas kekhilafan saya.

naqira_98

Setiap bab sudah di edit semula dengan tambahan sedikit untuk menaikkan rasa atau scene di setiap bab.. hanya epilog yang kekal sama, tiada penambahan apa2 scene. Enjoy the story and thank you for supporting this novel so much. Without you guys, this story will not be known by many readers out there
الرد