nieynaJ

nieynaJ

Akhirnya, saya masih hidup. Setahun menangung rasa. Beban perasaan yang tersangat berat. Semoga yang baik-baik saja untuk saya di tahun hadapan. Sungguh, saya berharap saya dapat bahagia seperti dahulu lagi.

nieynaJ

Waktu tak akan pernah berhenti dan adalah kerana itu sesetengah perkara ; keindahan pupus setiap hari. Cuma ruang. Sesuatu ruang menyimpan waktu; bau, rasa, perasaan, kenangan. Ruang yang paling memberi kau rindu seperti rumahmu dan juga pelukan orang yang kau cinta dan sayang.

nieynaJ

 Kesedihan paling dalam adalah yang paling sunyi. Tiada air mata, tiada bahasa-bahasa indah untuk kau tulis sebagai sebuah sajak meromantikkan kecewa. Diam dan berlalu pergi. Dan melepaskan ia kepada waktu untuk membawanya hilang dari hari esok dan seterusnya. Hati kau menolak untuk orang-orang asing yang cuba mendekat. Kau takut. Takut untuk merasa bahagia. Kau selesa sendiri dan menikmati hari-hari dikeliling keramaian tanpa sekalipun menjemput mereka membuka pintu perkenalan. Kerana apapun di dunia ini cantik jika dilihat dari jauh, semakin ia mendekat semakin takut dan melukakan. Bukan semua orang akan menerima kekurangan kita. Bukan semua.

nieynaJ

Sedang mengusahakan sebuah skrip. Jalan cerita sudah siap, masalahnya format penulisan dan teknikal-teknikal yang perlu ada dalam sesebuah skrip belum pasti betul. Kalau sesiapa yang ada nota, rujukan or cadangan buku tentang teknik penulisan skrip yang betul boleh dm saya. I need it *cry

AdrianLiMy

@nieynaJ saya tak pernah berkesempatan belajar, tapi ada orang bagi tips, guna app celtx. Entahlah berguna ke tidak, sebab tak try lagi. good luck!
Reply

nieynaJ

Dah lama tak menjenguk di sini. Tempat awal menulis cerita, tempat awal kenal ramai orang. Dah dua tahun di sini. Alhamdulilah sudah 4 kali cerpen tersiar di surat khabar ; 2 buah di Utusan Malaysia, sebuah di Selangor Kini, sebuah lagi di Berita Harian. Dan insya-Allah cerpen kelima akan keluar di surat khabar ( rahsia)  tak lama lagi. Hahaha.
          
          Terkini, sebuah puisi saya diterbitkan di dalam zine Tukang Puisi bertajuk Gincu Merah Api bersama beberapa penulis-penulis yang lain. Kalau nak, boleh order di Fb Katapilar.
          
          Teruskan menulis dan banyakkan membaca ❤️
          
          

nieynaJ

@norsamilasamsudin biasa biasa ja akak, hahaha. Alhamdulilah untuk peluang itu.
Reply

nieynaJ

@AdrianLiMy thank you! ❤️❤️❤️
Reply

norsamilasamsudin

@nieynaJ wow, wow, wow. Proud of u. Tahniah! (っ.❛ ᴗ ❛.)っ
Reply

nieynaJ

Selamat berpuasa untuk semua ❤️❤️❤️. Selamat menyucikan jiwa.
          
          Semoga dapat menukang karya dengan lebih baik sepanjang Ramadhan. Sangat happy tengok kawan-kawan yang banyak menulis. Kagum dengan idea dan kehebatan imaginasi korang dalam bercerita. Wattpad adalah wadah menulis. Banyakkan menulis, banyakkan membaca. Di sini percuma. Yang perlu cuma masa dan usaha.
          
          Hehe. 

nieynaJ

@zamharibakti Baik, insya-Allah saya akan baca dan kalau ada idea yg segar sya akan sumbangkan puisi. Hehe. Lama dah tak menulis puisi. 
Reply

zamharibakti

@nieynaJ 
            
            Selamat berpuasa juga. Kalau sudi, jemputlah baca sajak-sajak kami di Sayap Puisi Inkfinity. Link ada kat MB saya. 
            
            Kalau nak sumbangkan puisi, boleh juga.
Reply

zamharibakti

zamharibakti

@zamharibakti biasalah tu. dia akan pilih satu saja
Reply

nieynaJ

Haahha. Sama2. Tak sangka dapat. Sya email 2  buah cerpen haritu @zamharibakti
Reply

nieynaJ

'Words' seperti batu-bata untuk membina sebuah rumah. Jikalau cantik susunannya maka cantiklah rumahnya. Perlu diingat juga, haruslah disusun dengan cara dan teknik yang betul supaya pasak rumah itu kukuh dan berdiri teguh. Juga, haruslah direka dengan mata hati supaya hasilnya indah dan selesa.
          
          Jika kesemuanya ada. 'Words' itu akan membina sebuah ruang yang kukuh dan amat selesa untuk perasaan berumah. 
          
          *Begitulah, apa yang sya fikirkan. Jam 12 masih mata masih cerah. Tapi tadi gelap gelita mengantuk yang amat