notaisyah

aku masih tenang
          	mencipta kembali rasa
          	sayang ku padamu 
          	yang telah semakin 
          	pudar dipadam 
          	masa kini.

notaisyah

Aku mahu cuba tanya hati dia--
          Apa dia masih sayang padaku?
          Apa masih ada ruang dihatinya buatku?
          Apa dia masih ingat momen picisan kita?
          
          Sungguh- 
          Aku mahu tanya pada itu sekeping hati.
          Biar mulutnya tutup--
          Supaya tidak terus menipuku.
          
          Jika tidak-
          Baguslah, tidak perlu aku terus menunggu.
          Jika ya-
          Baguslah, masih ada ruang untuk kau perbaiki sikap kau terhadapku.
          
          

notaisyah

Jadi, sangkaan aku tidak salah.
          Apa yang aku ingat hanya mainan;
           Adalah benar.
          
          Mana mungkin kata hati itu--
          Salah.
          Mengikut firasat- adalah
          Benar. 
          
          Jadi, aku boleh berduka sekarang.
          Kerna- kepastian sudah ditelapak tangan.
          Semuanya benar sekali.
          
          Yang engkau itu--
          Sudah punya yang lain. 

notaisyah

Rasa bodoh lagi-
          Cepat rasa cinta pada yang tak sudi..
          Yang sudah punya pujangga hati. 
          
          Bukan aku seorang alami,
          Hatta-
          Gadis bertutup muka, berselimut satu badanpun--
          Lalui. 
          
          Sudah namanya perempuan-
          Begitulah ceritanya. 
          Sadis. Dikhianati. 
          Kecewa. 
          
          Yang engkau hanya tahu--
          "Wanita itu mengada."
          "Wanita itu leceh"
          "Wanita itu cengeng" 
          
          Tuhan sudah cipta kami;
          Dengan hati lebih lembut dari segala apa-
          Yang lembut didunia. 
          Jadi; kau--
          Jangan sentuh hati kami.

notaisyah

Duduk tak kena, berdiri tak kena. Makan pun secubit nasi- sudah cukuplah.
          Nak kena bagitahu juga ke? 
          Tapi--
          Ego aku menang. 
          
          Sudahnya melayan perasaan sendiri. 
          Duduk tepi tingkap.
          Mendayu-dayu angin 
          Daun kering pun berguguran; 
          
          Mengikut rentak dan-
          Berselang-seli. 
          
          Kalau aku mampu,
          Mahu aku sampaikan sepatah kata ini-
          Melalui kata hati.
          
          Ya- aku ri--
          Aku rindu.