rixxxxp

hi, it's my birthday✨

Souljajjang

@rixxxxp my pleasure♥
Balas

nhkdos

Happy birthday here I found ur twins @666cellclown
Balas

iamlucyanaf

"Aduh... Kita dahlah ceroboh masuk kawasan Puan Soo. Kalau Puan Soo tahu ni habis kita kena sambar elektrik!" Jungkook resah lalu menyerabutkan rambut sendiri. Mahu salahkan Taehyung sepenuhnya pun tak boleh! Bukan lelaki itu yang mahu masuk ke ruangan mandi Puan Soo. Dia sendiri yang degil mahu melihat apa yang berlaku dan suara siapa yang dia dengar tadi. Sekarang, dia pula yang resah dan panas punggung. Takut tak bertepi!
          
          "Dah tu, takkan nak salahkan aku pula? Agak-agaklah kau pun! Aku pun tak tahu mereka ada dekat sini," marah Taehyung pula sambil cuba menampar perlahan pipi salah seorang gadis itu. Dia action aje. Dari awal tadi dia sudah tahu kedua-dua gadis itu ada di situ. Cuma dia tak tahu pula mereka boleh bertembung secara mengejut. Dia bukannya ada kuasa peramal kejadian, jadi tak salah pun kalau dia turut berasa marah.
          
          "Tapi comel juga dorang ni." Suara Taehyung bergema kerana lorong itu sempit membuatkan Jungkook terus menolak bahunya sehingga terjatuh ke belakang. Waktu-waktu begitu juga dia mahu mengenakan Jungkook. Sengaja dia berkata demikian agar Jungkook semakin resah. Mahu saja dia ketawa besar melihat wajah pucat rakan baiknya itu, tetapi dia tahan selagi boleh. Risau juga kalau-kalau rahsianya pecah!
          
          "Kau jangan nak macam-macam, dorang ni entah siapa-siapa kita tak kenal pun. Tiba-tiba aje ada dekat sekolah kita. Dahlah jom blah, sebelum Puan Soo muncul baik kita pergi dari sini." Jungkook tidak senang hati. Matanya sejak tadi melilau dengan sendiri. Risau jikalau Puan Soo tiba-tiba muncul di situ tanpa sempat dia dan Taehyung beredar pergi.
          
          Dalam ramai-ramai penghuni sekolah itu. Mereka lebih takutkan Puan Soo berbanding guru yang mengajar. Aura Puan Soo yang lebih tua daripada pelajar dan guru-guru yang ada menyebabkan wanita tua itu lebih dihormati dan disegani. 
          
          "Cepatlah, Taehyung!"
          
          Boleh dapatkan Novel Paper Heart melalui saluran kedai Shopee Lucyana Mall atau pun Laman Website kami di sini : lucyanapublication.com 

iamlucyanaf

BERBAKI 12 HARI SAJA LAGI PROMOSI RM14 SENASKAH ‼️
          JOM DAPATKAN SEBELUM PROMOSI TAMAT .
          
          https://shp.ee/2m6nqzj
          
          TEASER 2
          
          MENGGIGIL tangannya melihat orang yang dikenali sedang bermesra di hadapan sebuah restoran. Setiap kelakuan mereka disusuli rasa mual dan menyampah. Kening Mina bertaut dek melihat babak yang tidak sepatutnya dilayarkan pada pandangannya.
          
          Mina mengeluarkan telefon bimbit lantas nombor yang sudah terpahat dalam ingatannya didail. Dia ingin menentukan sebuah kepastian.
          
          "Hello, Sungjae," sapa Mina dengan suara yang sudah serak basah. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu lelaki yang dilihat ketika ini menjawab panggilannya.
          
          Sayang seribu kali sayang, kenyataan itu yang harus ditelan pahit! Lelaki itu dilihat mengeluarkan telefon dari poket seluar.
          
          "Mina? Saya dah sampai ni. Lama lagi ke nak make-up tu...?" Sempat Sungjae mengusik tanpa dia sedar Mina berada di seberang jalan sambil memerhati.
          
          Hati Mina remuk bagai dihentam sesuatu yang keras. Jiwanya lumat bagai dicincang halus. Kain gaun paras bawah lutut digenggam kuat. Mina tidak mengizinkan air matanya keluar.
          
          "Mina?" Sungjae memanggil nama itu sekali lagi. Hairan jadinya apabila suara Mina tidak kedengaran.
          
          "Si... siapa perempuan tu?" soal Mina ingin tahu. Bibirnya sudah menggigil hebat. Segala nasihat Dahyun terngiang-ngiang di telinga. Hatta nasihat Jae yang kononya berbunyi dalam hati, berlegar-legar seperti memaksa sebuah kekesalan terzahir daripada dalam diri Mina.
          
          Sungjae terdiam sejenak. Senyuman nipisnya mula terukir. Matanya langsung tidak berminat untuk mencari keberadaan Mina.
          
          "Awak dah nampak, ya?" tanya Sungjae.
          
          "Kenapa awak...? Kita kan..." Wajah Mina menegang tatkala menahan air mata sekali lagi. Dia tidak pernah menangis kerana lelaki. Orang mengenalinya sebagai perempuan berjiwa kental.
          
          Sungjae menutup corong suara sebelum ketawa.
          
          "Ehem!" Sungjae berdehem. Puas dia ketawa kerana Mina juga sama bodoh dengan gadis di hadapannya.
          

iamlucyanaf

Alhamdulillah setelah sebulan buka pre-order dan hujung bulan 11 hantar ke pencetak. Akhirnya, our baby sedang dalam perjalanan. Kalau tak ada aral, hari ni 22/12 novel akan tiba ke rumah. Siapa yang belum dapatkan sewaktu pre-order haritu? Masih boleh buat tempahan di shopee Lucyana Mall. Jom dapatkan naskah terbaru fresh dari ladang ni guys . 
          
          https://shopee.com.my/malllucyana?smtt=0.0.9
          
          COMBO : RM66
          SINGLE THE DEVIL FLOWER : RM32
          SINGLE THE MISTAKES : RM36
          TIDAK TERMASUK POSTAGES.
          

iamlucyanaf

8 HARI SAJA LAGI‼️ CEPAT BETUL MASA BERLALU, RASA MACAM SEMALAM JE KAMI BUKA PRE-ORDER❗
          
          Ada yang berminat nak dapatkan novel COLD SUMMER : UNCONDITIONAL LOVE ❓
          
          Jangan tunggu lagi, jom tempah sekarang. Pelbagai perasaan dapat anda rasakan dalam sebuah kisah 'Kedingingan Hati Ditakluki Cinta Tanpa Syarat.' 
          
          SEBARANG TEMPAHAN BOLEH WS NOMBOR DI BAWAH 
          
          +601118545793 - Yana
          
          ✨ BLURB ✨
          
          MINA, seorang gadis yang menuntut di sebuah universiti tempatan di samping memiliki perwatakan kasar. Pantang jika ada yang mengusik atau memperlekehkan sahabat baiknya sendiri.
          
          JAE, merupakan seorang sahabat baik kepada Mina. Meskipun dia seorang lelaki, tetapi perangai lemah gemalainya seringkali disalah ertikan seterusnya menjadi bahan ejekan orang sekeliling. Adanya Mina di sisi, membuatkan dirinya terasa selamat kerana sentiasa dilindungi.
          
          Malang tidak berbau, Mina terpaksa meninggalkan segala impian mengejar cita-cita dan persabahatan dek musibah yang menimpa keluarga. Jae ditinggalkan terkapai-kapai bertemankan harapan agar Mina kembali.
          
          Lima tahun berlalu begitu pantas. Kemunculan Mina bersama seorang kanak-kanak bernama Changbin cukup membuatkan Jae tergamam. Mina telah bergelar seorang ibu! Kedatangannya ke Seoul hanyalah satu, yakni mencari semula bapa kepada anaknya.
          
          Atas dasar persabahatan, Jae sedaya upaya membantu Mina tidak kira apa jua halangan yang mendatang dan mencengkam keadaan.
          
          Tanpa Jae sedari, hubungan persahabatan perlahan-lahan bercambah menjadi cinta. Bagaimanakah caranya Jae menakluki hati Mina di saat dia menggenggam sebuah lipatan rahsia daripada sahabat sendiri?
          
          “Kau boleh terus jaga hati Changbin… tapi siapa nak jaga hati kau kalau kau tahan tangisan tu, Mina?” - Im Jaebum
          
          “Kau tahu, Jae. Sejak Changbin hadir dalam hidup aku, banyak benda dah berubah…” -Yoon Mina.
          
          APAKAH KESUDAHAN KISAH MEREKA❓ SEMUANYA DALAM COLD SUMMER : UNCONDITIONAL LOVE ❤.
          
          https://www.wattpad.com/story/275534780

rixxxxp

hi, it's my birthday✨

Souljajjang

@rixxxxp my pleasure♥
Balas

nhkdos

Happy birthday here I found ur twins @666cellclown
Balas