"Hai semua pembaca yang dihormati,
Saya ingin memohon maaf sekiranya lambat sedikit mengemas kini bab baharu untuk novel-novel saya (termasuk Kerana Roadblock Aku Kenal Cinta dan karya-karya lain). Kebelakangan ini, jadual saya agak sibuk dengan pelbagai urusan kerja, menyebabkan masa saya agak terhad.
Saya akan tetap meneruskan penulisan dan mengemas kini bab demi bab, tetapi mungkin sedikit perlahan untuk tempoh sebulan ini. Walau bagaimanapun, jika ada masa lapang, saya pasti akan usahakan untuk muat naik secepat mungkin.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca yang sentiasa sabar menunggu dan menyokong karya saya. Sokongan anda amat saya hargai!"