Hi, Welcome to SiPayong's Story!
Assalamualaikum and hi everyone! First of all, saya ingin memperkenalkan diri saya yang ingin mencuba untuk menulis walaupun saya sedar saya seorang potato.
Cerita ini sekadar dari imaginasi yang terlintas tanpa sedar dan tiba-tiba ingin saya coretkan dalam bentuk penulisan. Selain itu, beberapa scenes dalam cerita ini juga terselit sedikit daripada pemerhatian sekeliling dan pengalaman hidup Si Potato.
Cerita sangat biasa, hanya hiburan semata-mata walaupun banyak kekakuannya. Hal ini kerana Si Potato masih dalam proses untuk belajar menulis.
Maafkan segala kekurangan yang ada dan bakal ada dalam cerita ini. Semoga anda yang sudi membaca dan bakal membaca, sudi untuk memberi komen sama ada positif atau negatif agar saya dapat memperbaiki penulisan yang banyak cacat-celanya ini.
Doakan juga seketul potato ini agar terus rajin dan semangat untuk menyiapkan cerita ini sehingga ke penghujungnya. Saya juga mendoakan agar doa yang baik-baik itu berbalik semula kepada mereka yang sudi mendoakan diri ini.
Akhir kata, terimalah Crush on You! yang tidak seberapa ini. ❤️
Salam kenal dan salam cinta,
—SiPayong yang potato
https://www.wattpad.com/story/345837362