theaiharasakura

Guess I miss something important here? Finally,  after 3 years... *tears*

theaiharasakura

TEGURAN UNTUK SAYANG2 SAYA YANG TULIS NOVEL
          
          Assalamualaikum... 
          
          Awak tulis novel, ramai yang baca kan? even just hundreds still bilangan readers yang besar kan? Okay, macam ni. tak salah if awak nak tulis something yang menunjukkan personality watak tu such as gangster ke kasar ke. Tapi, seeloknya tak tulis perkataan yang berunsur mencarut ye sayang2 sekalian. kalau watak jahat tu still boleh diterima tapi sebaiknya dikurangkan. Tapi kalau watak lain sebaiknya tak ada terus. Tak elok untuk dibaca dan diamalkan sayangku. Teguran untuk diri sendiri jugak ni. takpe, kita same2 perbaiki, okey sayang2ku sekalian? ✨ 
          
          sekian, semoga Allah redha atas setiap perbuatan kita.
          
          
          Yang Benar, 
          @theaiharasakura.

Dutchl4dy1612

@ theaiharasakura  ok sygku
Balas

theaiharasakura

Tersungkur di Pintu Syurga
          
          Berbicara tentang ibadah, semua akan berusaha sedaya yang mampu untuk terus memperbanyakkan ibadah. Namun dalam memperbanyakkan ibadah, ada satu yang perlu dijaga iaitu lisan kita.
          
          Lisan kita ini boleh diibaratkan pedang. Jika tidak dijaga, ia akan menikam orang sekeliling dan menjadi penyebab kita tersungkur di pintu syurga dan dimasukkan ke neraka. Kerana apa, kerana lisan yang tidak dijaga. Dalam satu hadith ada diceritakan tentang seorang perempuan yang penuh dengan amal ibadahnya, tapi angkara menyakiti jiran dengan lisannya, dia dimasukkan ke dalam neraka.
          
          Dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w bersabda:
          
          عن أبي هريرة رضي الله عنه قَالَ: قِيْلَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنَّ فُلاَنَةً تَقُوْمُ اللَّيْلَ وَ تَصُوْمُ النَّهَارَ وَ تَفْعَلُ وَ تَصَدَّقُ وَ تُؤْذِي جِيْرَانَهَا بِلِسَانِهَا ؟ فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: لاَ خَيْرَ فِيْهَا هِيَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ...
          
          Mafhumnya:
          Daripada Abi Hurairah ra., bahawa seorang lelaki telah berkata kepada Rasullah: Wahai Rasulullah, si Fulanah terkenal banyak melakukan solat, puasa dan sedekah tetapi sering menyakiti jirannya dengan lidah. Rasulullah bersabda: Tiada kebaikan baginya dan dia dari golongan ahli neraka........(H.R Ahmad:9675, Dinilai Sahih oleh al-Albani)
          
          Imam Ibnu Qayyim rahimahullah ada mengatakan: “Berapa banyak kamu lihat orang yang mampu menjaga dari perbuatan keji dan kezhaliman, sementara itu lisannya mencela kehormatan orang-orang yang masih hidup dan juga orang-orang yang telah mati, tanpa peduli sedikitpun tentang apa yang ucapkan”.
          
          Sebagai hamba yang beriman kepada Allah, didiklah diri kita dengan sifat-sifat terpuji. Sentiasalah memelihara lisan untuk ibadah kita. Jangan sampai banyak ibadah akan tetapi ia tidak bernilai angkara lisan. Hiduplah dengan sentiasa menghikmah bahasa lisan. Perelokkan lisan demi ibadah kita kepadaNya. Jangan sampai di akhirat kelak, kita Tersungkur di Pintu Syurga.
          
          
          (Qalam Hazim)