theastersz_
Link to CommentCode of ConductWattpad Safety Portal
Assalamualaikum... Lusa atau mungkin esok kita akan mula berpuasa. Saya doakan semoga anda semua dapat melalui bulan Ramdhan penuh barakah ni dengan keluarga yang tersayang. So...here we go...
LITTLE TRAGEDY-
BAB 9
Blurb ;
Aku dapat rasakan bagaikan nafas aku tersekat di celah-celah kerongkong. Dada aku mulai terasa berat dihempap batu besar dan aku mulai mendengar bunyi desingan bingit di telinga aku. Aku menekup telinga sebaik sahaja bunyi desingan itu kedengaran.
Nafas aku menjadi tidak teratur setelah beberapa saat aku tidak dapat bernafas disebabkan dada aku yang tiba-tiba terasa sempit entah kenapa.
'Relaks... Relaks Ryuu. Rian tak macam tu. Dia sayang kau. Mesti ada sebab dia tak bagitahu kau. Cuba kau fikir balik.' Hati aku berbisik kuat cuba meyakinkan diri sendiri.
Aku cuba membayangkan setiap momen bahagia di antara aku dan Elarian. Nyatanya setiap momen kami bersama tiada yang tidak bahagia. Namun sayang...aku tidak banyak meluangkan masa bersamanya sejak kami berkahwin dek kerana urusan kerja aku yang padat.
whoqishaa
assalamualaikum , tumpang promote karya pertama saya yang tak seberapa ni yaa thankyouu . free ii tuu sinilaa singgah , vote sekalii hihi . thankyou anyone yg sudi bacaa ^^
https://www.wattpad.com/story/385634113-the-flower-and-the-bees-og
SyaMimi213
my dear ni memamg sampai bab khas 2 je ke?
theastersz_
@SyaMimi213 memang rancang nak buat season 2 sebab tu biar tergantung, thank you sudi bacaa
•
Reply
SyaMimi213
@theastersz_ oooo....saya ingat ada sambungan sebab mcm tergantung tk pe saya tunggu yg season 2
•
Reply
theastersz_
@SyaMimi213 ye awakk, but lepas ni insha-allah saya akan keluarkan season 2... kenapa ya?
•
Reply
theastersz_
Assalamualaikum... Lusa atau mungkin esok kita akan mula berpuasa. Saya doakan semoga anda semua dapat melalui bulan Ramdhan penuh barakah ni dengan keluarga yang tersayang. So...here we go...
LITTLE TRAGEDY-
BAB 9
Blurb ;
Aku dapat rasakan bagaikan nafas aku tersekat di celah-celah kerongkong. Dada aku mulai terasa berat dihempap batu besar dan aku mulai mendengar bunyi desingan bingit di telinga aku. Aku menekup telinga sebaik sahaja bunyi desingan itu kedengaran.
Nafas aku menjadi tidak teratur setelah beberapa saat aku tidak dapat bernafas disebabkan dada aku yang tiba-tiba terasa sempit entah kenapa.
'Relaks... Relaks Ryuu. Rian tak macam tu. Dia sayang kau. Mesti ada sebab dia tak bagitahu kau. Cuba kau fikir balik.' Hati aku berbisik kuat cuba meyakinkan diri sendiri.
Aku cuba membayangkan setiap momen bahagia di antara aku dan Elarian. Nyatanya setiap momen kami bersama tiada yang tidak bahagia. Namun sayang...aku tidak banyak meluangkan masa bersamanya sejak kami berkahwin dek kerana urusan kerja aku yang padat.
theastersz_
Assalamualaikum! Sorry lama tak update. Idea melimpah2 tapi tak tahu nak mula dekat mana. Saya harap chapter kali ni tak membosankan.
Terimalah...
LITTLE TRAGEDY-
BAB 8
Blurb ;
"Kenapa kau datang?" Akhirnya soalan itu terpancul keluar juga daripada mulut aku. Ikutkan hati aku malas ingin bertanya, tetapi rasa ingin tahu mengasak aku tidak henti. Aku yakin pasti alasan yang tidak aku ketahui membuatkan Doktor Farrel tiba-tiba datang ke sini.
Bukan setakat ingin berkongsi sarapan yang dia tidak habis. Atau bertanya khabar tentang kaki aku yang sakit. Meskipun bahasa matanya sukar dibaca, raut mukanya masih dapat diteka. Seperti ada sesuatu yang cuba dia sembunyikan.
Tetapi apakah itu?
Ayyeesa
Haii...mind to follow back?
theastersz_
Assalamualaikum. Happy holidays para readers! Enjoy my new chapter. Like it or not, just vote and comment.
Soo I know you've been waiting for this
LITTLE TRAGEDY-
BAB 7
Blurb ;
"Ryuu..."
"Aku cuma harap aku dapat selamatkan dia. Macam mana dia selamatkan aku."
Aku terus berbalik badan dan tanpa memandang belakang, aku mengatur langkah untuk pergi. Kini, aku hanya ada diri sendiri. Pada tarikh ini, 6 May. Entah apa mesej yang Tuhan cuba sampaikan, tetapi apa yang aku tahu, dunia aku tidak akan sama seperti dahulu lagi.
Bila Tuhan tetapkan aku tidak dapat mendakap tubuh Elarian buat kali terakhir, aku sedar tiada realiti yang lebih buruk daripada itu.
theastersz_
Assalamualaikum. Wahh it's been a while. Dah lama saya tak update. Well im just here to say thank you for all the support untuk 'Little Tragedy'. I hope sangat cerita ni boleh bagi something pada reader semua. Saya harap korang boleh support saya dengan vote or even comment.
So yeahh here we go
LITTLE TRAGEDY-
BAB 6
Blurb;
"Tapi dia ayah kau, Ryuu. Sampai kau mampus pun, hakikat tu takkan berubah. Ingat tu."
Aku menggertakkan gigi kuat. Nafasku sudah berderu kuat. Baranku sudah tidak mampu ditahan-tahan. Wajah Elias saat ini hendak sangat aku lanyak dengan kaki berkasut kanvas aku ini.
"Dia mungkin ayah aku. Tapi aku tak kenal dia."
Aku menghirup air coklat panas yang terakhir sebelum bingkas berdiri. "Aku cuma tahu yang aku ada ayah yang seorang pemabuk, kaki pukul dan kaki perempuan. Itu...hakikat yang takkan berubah." Kataku lagi sambil menyembunyikan nafas yang tersekat-sekat.
theastersz_
Assalamualaikum! Woah, hola 2024. Might be late to say this but happy new year everyone. So let's spend this year with smile and happiness!
Okay, for the first bab in 2024, here we go ;
LITTLE TRAGEDY -
BAB 5
Blurb ;
"Jumpa lagi, Hakan." Ucap Elarian lembut, siap dihadiahkan sebuah senyuman paling manis menjadi pengantar pemergian suaminya.
Aku tersenyum sambil menahan rasa ingin menangis. Perlahan-lahan, aku meletakkan tangan kanan pada paras dada dan tangan kiri di belakang badan lalu menunduk membuat gaya 'prince bow' yang selalu aku lakukan setiap kali kami berpamitan. Bagiku, postur itu merupakan bahasa tubuh yang paling tepat menyatakan bagaimana aku hormat dan tingginya posisi dia di dalam hatiku.
"Until we meet again, my wife." Ujarku sebelum mengambil langkah keluar dari dalam wad persendirian tanpa menoleh ke belakang walau sekilas.
theastersz_
Assalamualaikum! It is second last day in 2023, and here new chapter for you. Go check it out and don't forget to vote or comment if you like it. Please send me your support by voting this storyyy
LITTLE TRAGEDY -
BAB 4
Blurb ;
"Siapa yang mati?" Soal lelaki itu dengan nada suaranya yang mendatar.
Aku mengetap bibir geram. Kalau tidak difikirkan kaki sedang dirawatnya, sudah pasti tidak segan-segan kaki aku ni selamat ditonjok ke mukanya. Biar dia tahu itulah padah bermulut longkang!
"Tadi kau ada nampak aku berdiri depan bilik mayat ke?" Aku membalas acuh tak acuh. Harapkan sahaja namanya doktor, tetapi otak nampaknya letak dekat lutut juga. Zaman sekarang memang semua orang boleh jadi doktor ya?