tyah_athiyah

Moga tahun 2025 ku dapat upgrade diri jadi versi lebih baik, Aamiin Ya Mujib

tyah_athiyah

19/11/2021
            
          إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن.
          
          Mendapat perkhabaran duka bahawa Nafiz Al-Hakim Mohamad Zaki ( @ibn_al_nafiz_ ) telah pergi buat selama-lamanya. Terkejut dengar, rasa terkilan sebab tak sempat balas chat arwah. Nafiz seorang anak yang baik, seorang yang baik dengan semua orang. Seorang yang sentiasa bersemangat, tak pernah kenal erti putus asa walau apa jua keadaan.  Nafiz juga seorang yang bercita-cita tinggi dan suka berkarya. Alhamdulillah, salah satu impian Nafiz untuk berkarya dan boleh mengeluarkan buku, sudah tercapai. Semoga dakwah yang Nafiz sampaikan dalam semua karya dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca. Damailah kau di sana.
          
          إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
          "Ya Allah, ampunilah dosanya, lapangkanlah kuburnya, kurniakanlah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia."
          
          Semoga arwah Nafiz ditempatkan dalam kalangan para solihin, Aamiin Buat sahabat-sahabat semua yang mengenali Nafiz Al-Hakim Mohamad Zaki mohon sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Al-Fatihah. InsyaAllah syurga buatmu Nafiz, Aamiin Ya Mujib. Salam Takziah buat keluarga.

tyah_athiyah

@anjecibun ya sama-sama. Terima kasih juga. Al-fatihah
Reply

anjecibun

@tyah_athiyah terima kasih bagi tahu al -fatihah untuk arwah
Reply

tyah_athiyah

@anjecibun Arwah meninggal dalam tidur. Sokey, takpa tanya ja. Yang mana saya boleh jawab saya jawab. Doakan untuk arwah ya
Reply

tyah_athiyah

Petang tu lepas masuk van tengok mak aku lambaikan tangan dekat adik2 aku, mata auto banjir. Dalam perjalanan ke Plrc walaupon aku duduk dekat belakang mak tapi aku tahu & nampak mak menangis. Sepanjang jalan kami berdua menangis & termenung. Time ni aku tak mampu, aku tak kuat untuk tenangkan mak aku. Aku hanya diam sampailah dekat Pkrc. 
          
          Kami cuba kuat bila berdepan dengan orang tapi bila bersendirian mata auto banjir. Aku teman mak aku sepanjang kat situ, even pergi solat sekalipun aku teman sebab taknak mak aku bersendirian, takut nanti dia terlampau berfikir dia down & sebagainya. Aku hanya mampu teman, bagi semangat (even diri sendiri pun tengah down), berdoa dan percaya "Allah takkan uji jika kami semua tak mampu, pasti ada hikmah"
          
          *Aku perlukan kekuatan untuk sambung story ini. 
          
          InsyaAllah, aku takkan lupa memori ini sebab  memori ini adalah memori yang sangat bermakna dalam hidup kami sekeluarga even ini memori sedih. Doakan kami semua dikurniakan kesihatan yang sihat ya❤

tyah_athiyah

Aku ulang dia tersebut berulang-ulang kali. Tapi siapa kami untuk tolak ujian yang Allah berikan. 
          
          11/9/21
          Waktu subuh, abg call adik bagitahu kata aku, mak & anak nakan positive. Time ni aku rasa macam mimpi tapi apakan daya ini sebenarnya realiti. Down? Sedih? Semestinya, tapi aku bangun mcm biasa bangun mandi, solat subuh semua dahulu. After that, bermula la kisah seorg pesakit covid. Apa yang aku buat? Termenung, overthinking, berdoa, risau akan family, nangis and macam2. Walaupon hati ni sedih, ku paksa juga makan sedangkan memang 3 4 hari sblm ni pun aku tak rasa lapar even tak makan lansung selama sehari 2 hari. Still fikir positive, aku terima jika ini yang Allah uji untuk kami sekeluarga. Kami perlu kuat untuk lawan virus tersebut walaupon pada masa tu masing2 demam, selsema, takda deria bau, letih dan macam2 rasa lagi. Tapi kami perlu kuat supaya kami kembali sihat dan boleh bersatu semua kembali. 
          
          12/9
          Pagi ahad, Kami pergi ke CAC untuk check tahap kesihatan. Time otw ke CAC, Dr dari CAC call tanya tentang kesihatan mak, aku and anak nakan. And last sekali Dr gitau aku and mak perlu kuarantin di Pkrc atas sebab2 yang tertentu. Risau mestilah risau tapi kalau ini yang boleh buatkan kami sembuh kembali, kami terima.
          
          After that, masuk CAC mcm biasa check apa yang patut. Balik lepastu mkn sambil nangis2 tapi dalam hati still positifkan diri. Bukan apa bila diri ni tahu effect covid tu sndri, aku bukan saja risaukan diri sendiri tapi risaukan family juga. And then decide nak tido dulu lepas bangun baru packing baju. Time ni memang aku follow the flow ja, dalam berdoa serahkan semuanya dekat Allah sebab Allah lebih tahu semua yang terjadi. 
          
          

tyah_athiyah

Assalamualaikum. 
          
          Lama tak buka dunia oren ni. Harap semua sahabat2 dunia oren sentiasa sihat dan saya doakan semoga dipermudahkan semua urusan kalian. 
          
          2 minggu lepas (8/9/21)
          Kami dapat tahu keputusan swab test abg positive. Rasa terhenti sekejap dunia, bila orang yang sayang iaitu abg aku sendiri positive Covid. Sedih? Down? Termenung? Semua ada tapi aku perlu fikir positif. Allah uji sebab Allah sayang. Siapa aku untuk terus down dengan ujian yang Allah beri. Macam mana sekali pon, Allah ada & aku perlu kuat untuk family aku. 
          
          (9/9/21) 
          Pukul 9 pagi, kami sekeluarga perlu swab sebab dah jadi kontak rapat. Pada waktu yang sama, abg kena pergi check kesihatan dia di CAC. Tetiba time petang dia kasitahu, kkm akan datang ambil dia bwa pergi kuarantin deka Pkrc. Ya Allah, dalam hati ni hanya Allah yang tahu. Tambah bila aku sendiri tengok mak aku jatuh terduduk lepas tahu abg positive. Remuknya hati seorg Ibu bila tahu anaknya sakit. Dalam hati, aku kata aku perlu kuat, aku takboleh sedih tak boleh down. Kalau aku still down mcm ni, macam mana dengan abg aku, dengan mak aku dengan family aku. Alhamdulillah, aku okey walaupon ambil masa untuk tenangkan diri sendiri serta Mak. Dalam doa aku, Ya Allah kurniakanlah kesembuhan buat abg saya agar kami semua boleh bersatu kembali dalam keadaan sihat. Aamiin Ya Mujib. 

tyah_athiyah

Salam Maal Hijrah 1443H
          Minta maaf andai ada salah dan silap sepanjang kita semua kenal di dunia oren ini. Saya doakan semoga Allah permudahkan urusan kita semua, sentiasa dimurahkan rezeki, dikurniakan umur yang lanjang dan kesihatan yang sihat untuk terus berbakti kepada keluarga, guru, ummah dan tidak jemu dalam melakukan amal kebaikan, Aamiin❤