una_agatha

Jika pun bentala jatuh cinta pada jumantara, sekian alam tahu mereka tidakkan bersama. Mereka aksa dalam ciptaan-Nya. 
          	
          	Sejuta pemeluk pun tidakkan sampai untuk bentala menggapai cintanya. Bentala kan tetap jatuh cinta, tapi renjananya hanya tersimpan diam dan terpendam. 

una_agatha

Jika pun bentala jatuh cinta pada jumantara, sekian alam tahu mereka tidakkan bersama. Mereka aksa dalam ciptaan-Nya. 
          
          Sejuta pemeluk pun tidakkan sampai untuk bentala menggapai cintanya. Bentala kan tetap jatuh cinta, tapi renjananya hanya tersimpan diam dan terpendam. 

una_agatha

..jika aku bercanda mencintaimu, mana mungkin luka ini aku taruh di tangan.. :)
          
          rindu boleh, kembali ya tentu. 

jwnrhn_

@una_agatha Awak sebenarnya  memang jiwang and suka buat puisi cinta ke haha 
Reply

jwnrhn_

@una_agatha Kita ni sama ek, suka luah perasaan dekat mb mcm mb ni diary HAHAHAHAHAHH T_T... 
Reply

una_agatha

Bentala dan aku tahu, bintang sepertimu ramai pengagumnya. Selamat berbahagia dengan mentarimu, siapapun ia pasti dia sangat tulus kerana kau bintang paling baik. Jangan biarkan sinarmu suram ya :) 
          
          Semoga satu hari nanti didunia ini mahupun dunia selari, baikmu dapat ku balas. Semoga juga, sakit-sakit ini adalah penebusan atas segala silapku. Semoga juga, Tuhan memberimu bahagia paling atas. Maaf atas segala sakit yang pernah aku lakukan padamu, walau setulus apa rasa ini untukmu. 
          
          Rehat, dan berbahagialah. Doaku seperti kelmarin tetap untukmu bahagia. Kamu tetap wanita paling meninggalkan kesan dihatiku. 
          
          Hujan, pelangi dan mentari. Kepada bintang, ikhlas dari ku jika aku bulan dan kau jadi bintangnya. Aku pamit.

una_agatha

Awak terlalu baik untuk seseorang yang kotor seperti saya :)
          Saya tidak mahu keghairahan saya mencintai awak memalitkan lumpur kotor di badan saya ke tubuh awak.. Kalau nanti ada tempat lebih baik untuk awak, saya pastikan awak takkan jatuh ke tempat jijik yang saya terjerlus kedalamnya.