M - 3

15 6 7
                                    

Tiga tahun kemudian






Kepala yang terasa amat menyakitkan dihantukkan pada dinding . Sakit yang dirasa bukan kepalang sehingga postur badannya seperti bayi di dalam kandungan . Ingin sahaja dia memecahkan kepalanya supaya tidak merasakan lagi kesakitan itu .


Air mata yang mengalir , dibiarkan menitis menyembah permukaan lantai .


Apa yang dirasakan sekarang hanyalah inginkan agar dirinya dicabut nyawa supaya dia tidak merasakan lagi kesakitan yang amat memeritkan .


Dengan segala daya yang ada , Kashaf cuba bangun dari baringnya . Ubat-ubatan miliknya yang berada di atas meja dipandang .
Perlahan dia melangkah menuju ke meja itu .


Tiba-tiba telefon miliknya berdering menandakan ada panggilan masuk . Kashaf memegang kepalanya yang kian menyakitkan .


Niatnya yang ingin memakan ubat tadi ditangguhkan . Sofa tempat telefon miliknya berada di tuju . Matanya memandang ke arah jam dinding . Bibir pucat miliknya melakar senyuman .

Siapa lagi yang hendak menelefonnya pada tengah malam begini kalau bukan Si Mikasya tu .




Kasya Sayangggggg <3❤



Baru sahaja hendak menjawab panggilan tiba-tiba tubuhnya rebah dia atas lantai .






















Jam tangannya dikerling sekilas . Sudah menunjukkan pukul 1petang namun batang hidung milik Kashaf masih juga tidak muncul . Mikasya sudah mulai bengang , sudah la panggilan semalam tak djiawab lepastu sampai sekarang tak muncul-muncul lagi .


Dasar janji melayu betul Kashaf ni .


Setelah 5 minit berlalu , akhirnya Kashaf tiba . Muka Mikasya tak usah kata la , monyok semacam aja . Namun wajah Kashaf kelihatan pucat . Ingin sahaja dia bertanya kepada Kashaf namun rasa marah membatasi segalanya .



" Kau ni aku benci betul dengan orang yang tak tepati masa . Sumpah aku benci . Pergi mati je la kau , kalau tak reti nak tepati masa " marah Mikasya sambil memandang tajam ke arah Kashaf .





Kashaf yang baru sahaja ingin duduk terbantut akibat kata-kata yang keluar dari mulut Mikasya . Namun sedaya upaya Kashaf cuba mengukirkan senyuman walau hatinya terasa dengan kata-kata Mikasya .





" Aku mintak maaf la Kasya , aku ada hal sikit tadi . Sebabtu aku lambat , bukan saja-saja nak buat kau menunggu . Maafkan aku tau " tutur Kashaf lembut sambil memandang wajah bersih milik Mikasya .



Bukan dia saja hendak datang lewat . Akibat dia pengsan semalam dia ditahan di wad . Namun sebaik saja sedar dari pengsan Kashaf terus mencari telefon miliknya untuk menghubungi Mikasya . Namun dia terima satu mesej ringkas dari Mikasya bahawa ingin bertemu di sebuah cafe kegemaran mereka .
Sempat dia bergaduh dengan doktor yang merawatnya kerana ingin keluar bertemu dengan Mikasya namun dihalang kerana keadaannya sangat lemah . Namun Kashaf tidak jemu memujuk agar doktor membenarkan dia keluar dari wad .




Akhirnya setelah lama memujuk , kashaf dibenarkan keluar dari wad . Sebab itulah dia lambat sampai ke cafe .




Sungguh dia sayang akan Mikasya , tiada siapa yang dapat menggantikan tempat Kasya di hatinya sehingga akhir hayatnya .




Mikasya menggulingkan biji matanya ke atas . Menyampah !!
Dah lambat lepastu nak pujuk orang pulak . Hehhh







Melihat Mikasya yang hanya mendiamkan diri , Kashaf tiba-tiba ketawa .
Mikasya berasa pelik melihat Kashaf yang tiba-tiba sahaja gelak . Macam orang kurang siuman dah tengok .




" Hmm , kau betul-betul ke nak aku mati ? Tak menyesal ke kalau aku dah tak ada kat dunia ni " kata Kashaf sambil mengukir senyuman pahit .





Mikasya masih menayang riak wajah kosong , malas mahu melayan Kashaf .



" Memang aku nak kau mati , daripada kau hidup menyusahkan aku baik kau mati je Kashaf . Aman hidup aku nanti tak payah nak tunggu kau lama-lama kalau hendak berjumpa . Kau ingat aku tak ada kerja lain ke nak buat sampai nak tunggu kau lama-lama kat cafe ni , kau ingat aku patung cendana ke " marah Mikasya tanpa memandang sedikit pun ke arah Kashaf .



Zappppp




Tanpa Mikasya sedar , dia telah menghancurkan sekeping hati milik Kashaf yang kian merapuh . Riak wajah kecewa sedaya upaya dikawal supaya Mikasya tidak perasan . Bibir miliknya dipaksa mengukir senyuman .




" Okay la kalau macamtu . Nanti aku dah tak ada kau jangan nak menangis macam orang mati laki . Time tu aku dah tak boleh nak lapkan air mata kau , aku tak boleh nak peluk kau nak usap belakang kau " ujar Kashaf lembut sambi kekal tersenyum walaupun senyuman yang diukirkan ialah palsu .






" Perasan je kau ni , tak ada maknanya aku nak menangis sebab kau . Lambert lagi " kata Mikasya senada .







Dalam masa yang sama makanan yang dipesan akhirnya tiba . Tanpa menunggu balasan dari Kashaf , dia terus menikmati makanannya . Dari layan Kashaf baik makan . Ada jugak faedahnya .






Kashaf tersenyum kecewa . Perlahan lahan dia menjamu selera . Sebenarnya dia tiada selera dan kepalanya terasa sangat sakit . Tapi demi tidak mahu Mikasya tahu akan penyakitnya digagahkan juga dirinya untuk bertahan . Demi Mikasya dia sanggup menahan sakit yang dirasakan walaupun kepalanya terasa ingin pecah .























You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 18, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MikasyaWhere stories live. Discover now