M-2

37 10 14
                                    

Mikasya sedang berbual-bual dengan Puan Melur sambil tangannya lincah menghiris bawang .

" Erm ummi , mana kashaf ? Sejak Asya datang tak nampak pun batang hidung tinngi milik anak ummi tu " soal Mikasya lembut .


Puan Melur tersengih mendengarkan soalan yang ditanya oleh Mikasya .


" Budak bertuah tu ada dalam bilik dia , berkurung diri dari semalam lagi . Katanya merajuk dengan kamu " jawab Puan Melur sambil tersenyum .

Haihh anak teruna ni dah besar panjang pun nak merajuk lagi .

- Flashback -

Enjin motor miliknya dimatikan .

Dengan lemah longlainya Kashaf berjalan masuk ke dalam rumah .

Salam diberi dan Puan Melur sudah menanti di hadapan pintu utama .

Kashaf menyalami tangan tua milik umminya lalu dikucup penuh kasih sayang .

" Ni kenapa dengan kamu , lembik semacam dengan muka monyoknya . Kamu sakit ka Kashaf ? " soal Puan Melur penuh kerisauan .

Kashaf hanya menggeleng kepalanya sebagai tanda menjawab pertanyaan ibunya .

Puan melur mengerutkan dahinya .

Dah kenapa dengan budak ni , takda angin takda ribut tetiba ja jadi begini .

" Habistu kenapa " soal Puan Melur lagi .

Bibir Kashaf mula tercebik , merah mukanya menahan tangis .

" Kasya tak ingat apa yang kash cakap haritu dekat dia . Maknanya dia tak suka Kash la kan " air matanya mula bergenang tunggu masa sahaja ingin menyembah bumi .

Puan Melur sudah tertawa besar mendengar jawapan dari anak terunanya .

Alahai anak ummi ni mengada betul !!!!

" Ish kamu ni kesitu pulak fikirnya . Mungkin Asya perlukan masa , give his some times to think Kash . Kahwin ni bukan untuk sehari dua tapi for the rest of life " pesan Puan Melur kepada Kashaf .

Lantas Kashaf memeluk tubuh kecil umminya lalu menghamburkan tangisannya di bahu Puan Melur .

Cengeng betul la anak teruna Puan Melur ni .

- End Flashback -

...................................


Mikasya sudah tergelak besar selepas mendengar cerita dari Puan Melur tentang Kashaf .

" Ya Allah Kashaf kenapa kau ni manja sangat , kau buat aku tak sanggup nak tinggalkan kau , buat aku sentiasa mahukan kau , sentiasa sayangkan kau " kata Mikasya di dalam hati .

Senyum yang terukir dibibir sudah mulai pudar tetapi cepat-cepat Mikasya mengawal esmosinya .

" Betul ke Ummi , Kashaf sampai menangis-nangis semalam . Lawak la kashaf ni , Asya saja ja nak mengusik dia tak tahu pulak sampai dia menangis macamtu " ujar Mikasya sambil memgesat air matanya keran banyak sangat gelak .

" Ya , manja sangat si Kashaf tu . Taktau la macam mana bila dia dah kahwin nanti " kata Puan Melur ..

Wajah Mikasya sudah merah padam apabila Puan Melur bercakap soal perkahwinan .

Mikasya berdehem beberapa kali bagi menghilangkan rasa malunya .

" Erm Ummi , Asya nak jumpa Kashaf kejap ehh , boleh tak ? " soal Mikasya sambil terkedip-kedip matanya .

Puan Melur tersenyum . Ishh comel betul

" Pergilah " balas Puan Melur

.................................................

Setibanya di hadapan bilik Kashaf ,Mikasya berhenti di hadapan bilik Kashaf .

Tangannya naik mengetuk pintu kayu yang terukir corak flora . Nama Kashaf diseru tetapi tiada sahutan .

Tombol yang tidak berkunci itu dipulas , kakinya melangkah masuk ke dalam bilik Kashaf .

Dicari figura Kashaf di seluruh bilik tetapi tiada , akhirnya kaki melangkah menuju ke balkoni . Terlihat Kashaf sedang duduk memeluk lututnya , matanya sembab akibat banyak menangis .

Mikasya duduk dihadapan kashaf , tanggan naik membetulkan rambut Kashaf yang sudah serabai itu sambil tersenyum manis .

" Kau menangis kenapa sayang ? " soal Mikasya lembut sambil senyuman manis terukir dibibirnya .


Kashaf hanya mendiamkan dirinya . Sedikit pun dia tidak memandang ke arah Mikasya .


" Kau marahkan aku ke pasal semalam ? Hmm aku mintak maaf ,aku tak lupa apa kau cakap . Aku cuma nak usik kau ja " ujar Mikasya tertunduk sambil jari-jemarinya dilagakan . Suaranya sudah berubah , air mata tanpa segan silu ingin mengalir .

Mikasya rasa bersalah kerana telah membuat Kashaf menangis kerananya . Dia tak kuat bila tengok Kashaf menangis . Hatinya sakit .

Mikasya memandang wajah sugul Kashaf . Bibirnya cuba mengukir senyuman .

" Takpalah , kalau kau dah benci aku . Aku boleh pergi jauh-jauh dari kau " ujar Mikasya sambil bangun dari duduknya dan ingin berlalu pergi meninggalkan Kashaf .

Baru sahaja dia ingin melangkah terasa lengan bajunya ditarik . Bibirnya sudah mula tersenyum .

" Kau nak pergi mana ? Jangan tinggalkan aku " ujar Kashaf dengan suaranya yang serak .

Mikasya tersenyum .

" Kau ni aku yang merajuk kau yang menangis " kata Kashaf sambil mengesat air mata Mikasya menggunakan lengan bajunya .

Mikasya memandang wajah Kashaf yang sudah penuh dengan air mata  . Lengan bajunya ditarik dan dikesat air mata kashaf menggunakan lengan bajunya .

" Dah jangan la nangis , kau nampak buruk do " ujar Mikasya sambil ketawa .

Kashaf menjeling tajam Mikasya yang berada di hadapannya .

" Ok2 aku mintak maaf , aku cuma nak mengusik kau ja . Jangan nangis sayang , aku lagi sakit bila tengok kau menangis " kata Mikasya dengan tersenyum tawar .

" Hmmm " hanya itu sahaja yang terkeluar dari mulut Kashaf .

" Aku terima lamaran kau , lepas result spm keluar masuk meminang terus . Kau lambat aku kahwin dengan orang lain " kata Mikasya selamba .

Membuntang besar mata Kashaf . Betul ka apa yang dia dengar .

" Be.....betulllll ka ? " soal Kashaf tidak percaya .

Mikasya mengangguk mengeyakan pertanyaa Kashaf .


Air mata Kashaf mula mengalir lagi . Terharunya Ya Allah !!!!


" Terima kasih sayang . Terima kasih , aku sayang kau " ucap Kashaf sambil tesenyum bahagia .

Mikasya juga turut mengukir senyuman bahagia .

" Tapi ingat , kalau kau lambat aku kahwin dengan orang lain " pesan Mikasya lagi .

" Ya sayang aku ingat " balas Kashaf .


" Okay la bye , aku nak tolong ummi masak " ujarnya sambil berjalan keluar dari bilik Kashaf . Dia berhenti melangkah lalu menghadiahkan flying kiss kepada Kashaf .

Gedik nau Mikasya ni !!!!

Kashaf tergelak besar . Hidung nya yang tidak gatal digaru .

Comel betul Arluna Mikasya .



" Terima kasih Ya Allah " ucapnya di dalam hati .

MikasyaWhere stories live. Discover now