M-1

46 12 9
                                    

Sebaik sahaja kakiku melangkah keluar dari dewan peperiksaan nafas dihembus dengan perlahan .

Suasana sekeliling ku sangat bingit dengan bunyi gelak tawa dari rakan-rakan ku . Ada yang menangis mungkin tidak menyangka bahawa mereka telah berjaya menamatkan zaman persekolahan .

Sedang aku berjalan menuju ke dewan terbuka , terdengar namaku dilaung dengan kuat oleh seekor malaun .

" Kasya.....Kasya.....Kasya..... "

Aku memberhentikan langkahku dan menoleh ke belakang untuk melihat gerangan yang memanggil namaku serupa aku ni pekak tuli .

Mataku dikecilkan sambil tangan dicekak ke pinggang .


Mata kecilku memerhatikan tubuh tinggi lampai seorang Aiman Kashaf .




" Kau pehal jerit-jerit nama aku sengal " soalku tegas .


Yela siapa ja yang tak rasa malu bila orang panggil nama kuat-kuat lepastu semorang pandang .



Kashaf berhenti tepat dihadapanku , nafasnya tercungap-cungap macam marathon 4×100 meter ja .



" Kau tu kenapa jalan laju sangat , tak padan dengan berbaju kurung macam pelesit ja jalan " ujar Kashaf sambil tercungap-cungap .


Aku hanya menjeling tajam ke arah Kashaf .



" Suka hati aku la , kau tu yang jalan macam pondan baru belajar nak berjalan " bidas Mikasya sinis .



Membulat mata Kashaf mendengar jawapan yang keluar dari mulut budak kecil itu . Nak je aku cubit-cubit pipi dia yang tembam serupa pau .



" Ewah-ewah suka hati kau je nak kutuk aku pondan , nanti pondan ni jugak la yang kau suka " balas Kashaf dengan muka cemberutnya serupa ikan kembung kelaparan .

Mikasya hanya tersenyum suka . Suka benar dia melihat muka cemberut seketul Aiman Kashaf .




" Ni kau nak apa cari aku ? " soalku setelah keadaan senyap seketika .




Kashaf menggosok batang lehernya .


" Hmm kau ingat lagi tak apa yang aku cakap haritu . So macam mana jawapan kau , kau terima tak ? " soal Kashaf dengan muka yang sudah merah padam




Mikasha menyembunyikan senyumannya . Idea ingin mengusik Kashaf menerjah di kotak fikirannya .



" Kau cakap apa eh ? Aku lupa laaaaa " jawab Mikasha pura-pura tidak mengingati .



Riak wajah Kashaf sudah berubah , Takkan dia lupa kot .




" Alaaaaa kasyaaaa takkan kau tak ingat langsung " ujar Kashaf sambil menghentak-hentakkan kakinya di atas lantai simen koridor sekolah .



Nampak gedik kan kalau lelaki macamtu tetapi bagi seorang Arluna Mikasya dia suka dengan segala yang ada pada Kashaf .




" Hmm sorry babe , aku tak ingat la apa kau cakap kat aku haritu . Okay la bye , esok aku pergi rumah kau " ujar Kasya sambil menahan senyum dari terukir di bibirnya .



Sebelum berlalu pergi , sempat Kasya mengusap kepala milik Kashaf hingga menyebabkan rambutnya yang panjang itu serabai sambil tersenyum mengusik .




Messy hair look so sexy af !!!!!



Kashaf memerhatikan figura Kasha yang semakin jauh meninggalkan dirinya . Mukanya monyok sahaja .

Merajuk la dengan Kasya kalau macam ni *sobsobsob*


.......................................

Beg sekolah miliknya dicapai bersama helmet Arai kegemarannya . Enjin motor berkuasa besar miliknya dihidupkan lalu memecut laju meninggalkan kawasan sekolah .



Dia ingin cepat-cepat sampai ke rumah kerana ingin mengadu kepada umminya tentang Kasha .



Siap kau Kasya , esok mesti kau kena piat telinga dengan ummi .



Kashaf tersenyum disebalik helmet yang dipakai . Dia sendiri tidak tahu mengapa bila dia berada dekat dengan Arluna Mikasha , dia ingin selalu bermanja dan inginkan perhatian dari Kasha .



Kasya pun kadang-kadang meluat dengan perangai mengada-ngada Kashaf .



Apa yang seorang Aiman Kashaf tahu bahawa dia ingin selalu berada di samping Arluna Mikasya .










MikasyaWhere stories live. Discover now