Keluar sahaja aku dari tandas kelab itu beriringan dengan tawaku sendiri.
Rasa kelakar bila ingat balik nama yang aku bagi pada robot itu.
Bukan salah aku. Itu salah dia sendiri.
Siapa suruh muka macam fuckboy?
Aku petik jelah nama fuckboy yang tengah buat persembahan tadi.
Nampak sesuai pula.
"Harder!"
Bunyi desahan seseorang membuatkan aku memberhentikan langkahku.
Suara lelaki itu.
Suara yang sangat aku kenali.
Suara lelaki yang aku sayang.
Dari sudut ini, aku cuba untuk mengintai ke arah satu kawasan tertutup.
Imej seorang wanita sedang dicium oleh seorang lelaki menghias kornea mataku.
Adegan itu terlalu hangat untuk aku nikmati.
Tapi, disaat aku nampak wajah lelaki itu, lututku melemah.
"Appa."
Air mataku mengalir laju ke pipi.
Tak sangka.
Dia tak nak sambut krismas dengan aku sebab dia ada 'kerja' dengan perempuan lain.
Terus sahaja aku berlari. Ingin keluar dari kelab itu.
Namun, belum sempat aku tiba di pintu masuk, tanganku ditarik seseorang.
YOU ARE READING
[C] ANGEL DEVIL | JHS
Fiksi PenggemarDialah malaikat itu. Seketika, dialah syaitan.