Keadaan semakin memburuk pada hari yang ke-17. Park Jimin sering menjerit pada setiap hari dalam tempoh yang agak lama menyebabkan dia kehilangan suara. Disebabkan itu, dia perlu dikeluarkan daripada bilik eksperimen untuk diperiksa keadaannya.
Menurut doktor pakar di Urotex Lab, Jimin mengalami kelumpuhan pita suara. Dia tidak lagi dapat bersuara seperti manusia normal kerana pita suaranya telah terkoyak. Banduan itu hanya dapat mengeluarkan suara berbisik yang kedengaran serak dan berintonasi rendah.
Komunikasi pertuturannya akan menjadi kurang jelas dan sukar difahami. Jimin digalakkan untuk berhenti daripada meneruskan eksperimen tetapi dia berkeras menolak dan meronta-ronta untuk dikembalikan ke bilik eksperimen.
Para saintis yang terlibat terutamanya Jax berasa aneh dengan tingkah laku Jimin tetapi jika ingin dibandingkan, perasaan gembira lebih menguasai dirinya ketika ini. Baguslah jika banduan itu mahu meneruskan eksperimen. Dia tidak perlu bersusah-payah mengheret lelaki itu untuk kembali ke sana.
Setibanya Jimin ke dalam bilik eksperimen, dia terus mengambil tempat di sebelah rak bacaan dan duduk berteleku dengan wajah yang lesu. Banduan itu kekal menyendiri sama seperti yang lain. Mereka hanya duduk diam tidak berbuat apa-apa.
"Prof, apa yang menyebabkan mereka bertindak abnormal sampai macam ni sekali? Saya rasa kita patut hentikan eksperimen ni sebelum perkara yang lebih teruk berlaku." ujar saintis junior yang bekerja di bawah Jax.
Jax tampak tenang dengan soalan itu seolah-olah ianya bukan satu masalah yang besar. Dari dalam bilik pantauan, matanya kekal memerhati keadaan ketiga-tiga subjek eksperimen yang kelihatan sungguh lemah.
"Tak perlu. Kita kena teruskan eksperimen ni hingga ke penamat. Saya yakin, mereka bertindak macam ni hanya sementara. Mereka akan kembali pulih seperti sediakala jadi jangan risau."
"Tapi.."
"Sudah. Awak boleh kembali ke tempat awak. Cuma saya minta jangan laporkan dulu kepada pihak atasan tentang perkara ni. Tolong ingatkan kepada yang lain juga."
Dengan berat hati, saintis junior itu terpaksa akur kerana tidak mahu dimarahi oleh Jax. Dia kemudiannya terus berlalu pergi meninggalkan ketua saintis itu berseorangan di dalam bilik pantauan.
Jax memalingkan semula wajahnya ke arah tingkap. Kornea matanya memandang tajam ke arah seseorang dengan buku lima yang digenggam kuat. Melalui pandangan mata itu, dia melampiaskan segala amarah dan dendam yang selama ini dipendam.
"Kau memang selayaknya dapat hukuman ini, Park Jimin." monolognya sendirian.
Jax masih tidak dapat memaafkan perbuatan keji banduan itu terhadap adik kandungnya, yang merupakan kekasih kepada Jimin. Tergamak lelaki itu memperkosa adiknya dan menanam mayatnya di belakang rumah demi menutup kesalahan diri.
Masih dia ingat, betapa bersungguh-sungguhnya Park Jimin meyakinkan dirinya bahawa dia akan menjaga adik perempuannya dengan baik. Bahkan, takkan pernah menyakitinya walaupun sekali. Tapi lihatlah apa yang berlaku sekarang?
Jax sudah kehilangan satu-satunya ahli keluarganya yang paling dia sayang. Adik perempuannya, merupakan seorang insan yang ingin dilindunginya sepenuh hati namun dia gagal. Jax merasakan dia gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang abang.
Untuk menuntut bela atas kematian adiknya, Jax nekad ingin membalas dendam. Dia bersumpah atas nama mendiang adiknya untuk menghancurkan hidup Park Jimin.
Jadi, dia telah merancang segalanya dari awal dan menarik Jimin ke dalam neraka buatannya. Bagi Jax, ini adalah cara yang terbaik untuk membalas dendam.
Hukuman gantung untuk penjenayah kejam seperti Jimin adalah terlalu ringan dan mudah baginya. Dengan hukuman sebegitu, Jimin takkan merasakan kesakitan yang berpanjangan.
Jax mahu Jimin diseksa secara perlahan-lahan, sehingga banduan itu terpaksa melutut meminta pertolongan agar memberinya peluang untuk terus hidup. Huh, membayangkannya sahaja sudah membuatkan Jax tersenyum puas.
Dia mahu Jimin mati dalam keadaan menanggung kesakitan yang teramat. Dengan itu, dendam yang selama ini dia pendam akan hilang selama-lamanya. Hanya jika lelaki itu mati ditangan Jax.
❏❏❏
Jeng jeng jeng. Akhirnya terbongkar juga siapa yang buat Jax tersakiti ni.
Buat siapa yang masih blur, biar saya terangkan.
Kat chapter 14, ada diberitahu yang Jimin masuk penjara sebab bunuh girlfriend dia.
1. Siapa girlfriend dia tu?
Girlfriend dia adalah adik kepada Jax. Mereka berdua anak yatim piatu.
2. Apa pulak nama dia?
Ha, yang tu korang boleh imagine sendiri nak letak nama apa. Letaklah Eun-byeol ke apa. Eh ini bukan penthouse.Tapi kenapa Jimin punya salah, orang lain pun sekali kena? Yang ni, kena tunggu chapter akan datang. Nanti, identiti Jax pun akan terbongkar. Cubalah komen kat sini siapa yang korang rasa Jax Kyler.
Klu :
Salah sorang member BTS,
Namjoon / Seokjin / Hoseok.
Ingat, Yoongi pegang watak sebagai abang angkat Jungkook. Dia bunuh diri. (chp.12)
YOU ARE READING
30 days : Don't Sleep.
Misteri / Thriller❝ Unethical Human Experimentation | Sleep Experiment ❞ Park Jimin, Kim Taehyung dan Jeon Jungkook. Tiga orang banduan ini telah ditawarkan untuk menjalani satu eksperimen atas dasar South Korean Special Forces. '30 Days' adalah sebuah eksperim...