Bunyi jam loceng telah menyedarkan seorang gadis daripada tidurnya yang nyenyak. Dahlia terus bangkit daripada baringannya. Dia mengangkat kakinya dan melakukan langkah menuju ke bilik air. Setelah siap dengan segala urusan pagi, Dahlia membawa dirinya ke tingkat bawah dan bau sarapan yang disediakan oleh ibu tirinya atau mama telah menyapanya.
Di ruangan makan, terlihat seorang lelaki tua dan dua lelaki yang masih muda sedang menyantap sarapan yang telah disediakan. Dahlia berlari kearah lelaki tua itu dan memeluknya dari belakang.
"Good morning, papa!" kata Dahlia dengan riang.
"Good morning, my princess." balas Dato' Shahnizam.
Dahlia kemudiannya mengambil tempat di sebelah abang tiri sulungnya, Aiman Hakeem. Dia mengambil sebatang(?) sosej daripada pinggan Aiman. Aiman hanya membiarkannya kerana telah terlalu biasa dengan situasi tersebut. Segala yang diminta oleh Dahlia akan dia turuti kerana Dahlia adalah satu-satunya adik perempuan yang dia ada.
"Abang pergi kerja pukul berapa? Abang pergi dengan papa ke?" tanya Dahlia.
"Of course lah abang pergi dengan papa. Abang bukan macam abang Hariz awak tu. Masuk kerja selalu lambat. Nak berbuih mulut ni nasihat tapi nak buat macam mana. Bukan dengar cakap pun." balas Aiman sambil memperli adik lelakinya.
Hariz yang sedang mengunyah memandang abangnya dengan pandangan yang tajam sebelum dia tersengih serupa kerang busuk. Nasib baik muka masih nampak handsome. Datang seorang wanita membawa sepotong sandwich untuk anak tirinya.
"Lia this is your breakfast. Your brother told mama yang Lia nak makan sandwich ham and cheese." kata Datin Rose. Dahlia memandang mamanya dengan pandangan sayang kerana telah menyediakan sarapan untuknya.
She never exprienced all of this before her father ask her mommy and Dahlia to stay with them. Mommy selalu menyuruh Mak Ida untuk menguruskan kerja rumah. Wanita tersebut telalu mengejar harta dunia sehingga dia terlupa yang dia mempunya sesuatu yang lebih berharga daripada apa yang dia kejar.
"Thank you mama. Love you!"
"Most welcome my darling." balas Datin Rose. Tiba-tiba ada suara yang menyampuk perbualan bahagia dua beranak itu.
"Siapa yang kau panggil darling sangat tu? Aisyah tu anak aku bukan anak kau. Jadi kau tak berhak nak panggil dia macam tu selain aku dan suami aku!" bentak Datin Farihah dengan muka tak tahu malunya berjalan dengan penuh lagak menuju ke meja makan.
Dato' Shahnizam yang sedang membaca surat khabar sudah serik dengan perangai isterinya yang selalu menghina dan mengutuk isteri keduanya. Perangai serupa budak-budak. Dia berdiri dan memandang Datin Farihah.
" Awak ni kan! Cuba lah berbaik sikit dengan Rose. Dia tak buat salah pun. Awak tu patutnya malu dengan diri sendiri. Tengok si Dahlia ni. Bukan mommy dia yang sediakan sarapan tapi orang lain. Berterima kasih lah masih ada orang yang masih boleh bagi rasa kasih sayang seorang ibu dekat anak awak ni. Nak harapkan awak? Memang tidak lah. " bebel Dato' Shahnizam.
Datin Farihah berasa geram apabila suaminya mempertahankan madunya. Dia terus pergi ke atas semula sambil menghentak kakinya dengan kuat. Dahlia hanya diam di tempat duduknya. Lalu dia mencapai tangan Datin Rose.
" Mama, Lia nak mintak maaf. Walaupun mama adalah ibu tiri Lia, Lia dah anggap yang mama ni mama Lia. Lia harap mama tak kecil hati dengan apa yang mommy cakap tu. " kata Dahlia dengan mata yang sudah dibanjiri dengan air mata. Tidak sangka sampai macam tu sekali mommy membenci mama. Tapi mama masih lagi menghormati mommy sebagai madunya.
" Takpe, sayang. Bukan salah Lia pun. Mama tak kesah pun. Dah lah cepat makan. Nanti Lia nak ikut papa pergi office kan? " balas Datin Rose.
" Mama ikut sekali kan? " tanya Dahlia dengan mata yang sudah bersinar. Bukan apa. Dia takut mommynya akan buat sesuatu yang bukan-bukan pada Datin Rose.
" Of course lah mama ikut sekali. Dah cepat makan. Lepas ni kita terus pergi. " kata Datin Rose.
( Di SH Holding)
Dahlia duduk di sofa yang terletak pejabat papanya sambil melihat hasil rekaan yang dilakar olehnya. Datin Rose pula sedang melihat hasil jualan butiknya. Masing - masing sedang sibuk melakukan kerja, pintu pejabat Dato' Shahnizam dibuka daripada luar tanpa sebarang ketukkan. Sosok yang hadir membuatkan Dahlia berasa tidak selesa.
" Kenapa abang tak ajak Farihah datang office sekali? " tanya Datin Farihah dengan perasaan tidak puas hati.
" Buat apa saya nak ajak awak datang office? Lagipun awak bukan buat apa pun. Tidur, keluar dengan kawan - kawan, shopping tu je lah kerja awak. " balas Dato' Shahnizam.
Datin Farihah duduk di sofa yang bertentangan dengan anak dan madunya. Dia memandang Datin Rose atas dan bawah dengan membuat muka tidak suka.
" Btw abang, harini Farihah nak kenalkan seseorang yang special untuk anak kita. " ujar Datin Farihah dengan perasaan terujanya. Dato' Shahnizam memandang isteri pertamaya dengan perasaan ingin tahu.
Dahlia memandang mommynya. Dia berasa tidak sedap hati dengan apa yang mommynya katakan.
" Siapa?" tanya Dato' Shahnizam.
Tak lama selepas itu, pintu pejabatnya dibuka. Datang seorang lelaki di usia 50-an. Dato' Shahnizam tergamam melihat sosok tersebut.
" Kenalkan Dato' Amin. Calon suami Aisyah."

ANDA SEDANG MEMBACA
TIARA DAHLIA
Storie d'amoreSiapa sangka hidup dengan ibu tiri lebih membahagiakan daripada hidup dengan ibu sendiri. Sampai sanggup nak 'jual' anak sendiri dekat orang kaya untuk kepentingan sendiri. Itulah kisah hidup Aisyah Dahlia yang hampir dikahwinkan dengan seorang lela...