08|🍀closer

221 32 27
                                    

Kini sudah seminggu Jeon Jungkook dan Song Jihyo menjalinkan hubungan sebagai kawan. Perangai Jungkook pula sudah berubah dari semasa ke semasa. Dia kini lebih banyak meluangkan masa bersama Jihyo, Jimin dan juga---

Eunji.

Walaupun Eunji membenci Jungkook, dia masih lagi mementingkan kebahagian Jihyo. Mana mungkin dia akan biarkan Jihyo sedih. Jadi sepanjang masa itu, dia hanya berpura-pura senang dengan kehadiran Jungkook.

Jungkook pula dalam diam cuba untuk memulihkan keadaan antara mereka berdua tanpa pengetahuan daripada Jihyo dan juga Jimin. Dia masih lagi hormat keputusan Eunji. Dia tidak akan mendedahkan rahsia mereka selagi Eunji masih lagi belum bersedia.

Namun, dalam masa seminggu itu jugalah Jihyo menjadi semakin gembira. Dengan menerima kehadiran dua rakan yang baharu membuatkan dia lupa akan masalahnya dengan keluarganya sendiri.

Bunga mawar merah juga masih lagi dia terima. Dan yang paling penting, dia masih lagi tidak tahu siapakah pemberi bunga itu.

Song Jihyo melihat bunga mawar merah yang terletak elok di atas mejanya. Tidak dilupa juga dengan sebuah kad ucapan yang selalu diterimanya. Dia menguntum senyuman sebelum kad tersebut diraih.

-Nothing is more beautiful than the smile that has struggled through the tears-

J.S

"Gomawo my flower boy. Awak sentiasa bagi nasihat yang amat mengispirasikan saya"

Memang tidak dapat disangkal lagi, setiap satu nasihat yang diterima memang menyentuh perasaan. Dia memberinya harapan untuk terus berjuang dalam kehidupan.

"Kau buat apa?"

"Omo kamchagiya!" akibat terlalu terkejut, kaki Jihyo secara tidak sengaja telah menyepak kaki kerusi menyebabkan dia hilang keseimbangan. Orang yang menegur Jihyo tadi dengan cepatnya menarik sisi pinggang Jihyo.

Terdiam Jihyo apabila kini dia menyedari bahawa dia berada di dalam dakapan seseorang. Bunga mawar merahnya masih lagi di genggagam. Matanya yang jelas terkejut dengan kejadian sebentar tadi terus menatap sepasang anak mata itu.

Dingin.

Dengan cepatnya Jihyo membetulkan kedudukannya lalu berdehem kecil bagi menghilangkan suasana canggung di antara mereka berdua.

"A--awak buat apa dekat sini?" wajah dingin Jungkook dipandang sebelum dia meletakkan bunga mawar merah itu di dalam laci meja. Dan pergerakannya diperhatikan oleh Jungkook.

Mata Jungkook setia melekat pada Jihyo.

"Ini sekolah Song Jihyo. Aku dekat sini untuk menuntut ilmu"

"Maksud saya, awak buat apa dekat sini? Kelas saya?"soal Jihyo sekali lagi. Mahu sahaja dia menampar pipi Jungkook tapi ditanamkan sahaja niatnya.

"Aku nampak kau dalam ni so aku datang" balasnya dingin lalu menjeling sekilas ke arah batang bunga mawar merah yang terjuntai dari dalam laci.

Tanpa Jihyo sedar, Jungkook menguntum senguman kecil.

"Teman aku breakfast"ajak Jungkook bersahaja.

Jihyo terus memandang wajah Jungkook. Beg sekolahnya terus diletakkan di atas kerusi.

"Awak tak makan lagi? Kenapa tak makan lagi? Awak tahu kan sarapan itu pen---"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 08, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

(DISCONTINUED)Flower Boy[Jeon Jungkook]Where stories live. Discover now