07|🍀fate

176 32 35
                                    

Jung Eunji merenung lembut ke arah Jihyo yang sudah terlena di atas katil. Dia tersenyum kecil sebelum tangannya naik mengusap ubun-ubun kepala Jihyo. Wajah Jihyo yang tanpa cacat cela itu ditenung dengan dalam.

“Wae? Dalam ramai-ramai orang--kenapa Jeon Jungkook? Kenapa dia Song Jihyo? Kenapa kau pilih dia Jihyo? Kenapa bukan orang lain?” ujar Eunji sayu. Tanpa sedar air matanya telah mengalir perlahan di pipinya.

Tak semena-mena, tragedi hitam bersama dengan Jungkook terimbas kembali. Setelah sekian lama dia bertarung untuk melupakannya,  kenapa Jungkook harus hadir secara tiba-tiba? Dan kenapa harus melalui Song Jihyo? Sahabat yang paling dia sayang.

“Mianhe Jihyo-ya. Aku rahsiakan perkara yang paling besar dalam hidup aku. Dan tak ada sesiapapun yang tahu---termasuk kau. Betapa jahatnya aku rahsiakan perkara ini daripada kau. Mianhe. Jeongmal mianhe” Eunji mengelap pipinya yang sudah basah dek air matanya lalu melangkah turun dari katil milik Jihyo.

Eunji terus keluar dari bilik Jihyo lalu jalan menuju ke dapur. Tekaknya terasa kering dan dia mahukan minuman yang sejuk. Sesampainya dia di dapur, dia mengambil botol air yang berada di dalam peti ais lalu mencapai gelas. Air kemudian dituang lalu diminum.

Eunji merenung kosong ke arah buah-buahan yang terletak di atas kitchen island. Pikirannya berserabut memikirkan masalah antara dia, Jihyo dan juga---

“Jeon Jungkook ” gumam Eunji lalu mengepalkan tangannya. Memikirkan Jungkook membuatkan perasaan benci itu semakin menebal. Dia tak sepatutnya mempunyai perasaan ini namun siapalah dirinya. Dia hanyalah seorang manusia  yang memiliki 1001 perasaan.

“Aku tak akan biarkan kau sakiti Jihyo sebagaimana kau sakiti aku. Tak akan Jeon Jungkook ”

Siapa sangka, Eunji yang dahulunya amat sayang dan peduli dengan Jungkook kini akhirnya telah lenyap ditelan kuasa kegelapan. Tiada lagi layanan yang manis buat Jungkook, tiada lagi sikap ambil pedulinya buat Jungkook. Tidak ada kerana semuanya telah--

LENYAP!!



















Pada pagi itu Jungkook tiba lebih awal ke sekolah. Harini terasa bagaikan hari yang aneh berbanding dengan hari-hari yang lain. Dan semuanya berpunca daripada kata-kata Eunji pada hari semalam.

Jungkook mengeluh kecil sebelum dia merenung kosong ke arah permukaan meja sekolahnya. Entah mengapa, dia masih lagi tidak dapat melupakan kata-kata Eunji semalam. Ianya bagaikan panahan petir ke atas dirinya.

“AKU AKAN BENCI KAU SEPANJANG HAYAT AKU!!”

“Maafkan aku Eunji. Aku tahu semuanya salah aku” Jungkook berkata perlahan.

“Salah siapa?” Jungkook tersentak hebat apabila tiba-tiba suara seseorang menegurnya dari arah belakang. Dia terus memusingkan kepalanya ke belakang dan ternyata orang itu ialah Jimin.

“Anniya. Tak ada apa-apa” dalih Jungkook lalu berpura-pura menyibukkan dirinya sendiri. Tidak mahu Jimin perasan akan sesuatu.

Namun, perkara yang dilakukan Jungkook sekarang ini membuatkan Jimin memandangnya hairan. Tidak mungkin Jimin tidak perasan akan perubahan mendadak Jungkook pada pagi ini. Bukan. Sejak semalam.

Jimin perasan akan perubahan aneh Jungkook sejak dia pulang dari sekolah pada hari semalam. Jungkook sepertinya cuba untuk mengasingkan diri. Cuba untuk menutupi sesuatu.

“Jangan buat perkara yang membuatkan kau ketara” ujar Jimin tiba-tiba apabila dia sudah tidak tahan dengan tingkah aneh Jungkook.

Jungkook yang pada ketika itu berpura-pura membaca buku terus mengalihkan pandangannya ke arah Jimin. Wajah Jimin yang tanpa senyuman itu membuatkan dia mengeluh kecil.

(DISCONTINUED)Flower Boy[Jeon Jungkook]Where stories live. Discover now