05|🍀 new friends

210 54 48
                                    

-The secret to happiness is to not expect too much-

J.S

Song Jihyo tersenyum manis sebelum bunga mawar merah itu dihidu. Wangi seperti selalu. Dia kemudiannya memandang persekitaran kaki lima kawasan kelas di mana terdapat semua pelajar yang masih lagi berlegar-legar di luar.

Jihyo mengerutkan dahinya apabila tiada tanda-tanda aneh di situ. Sebenarnya, dia ingin sangat berjumpa dengan si flower boy nya. Namun, sampai ke harini si pemilik itu masih lagi tidak mahu menunjukkan dirinya sendiri.

"Bila agaknya saya dapat jumpa awak?" Jihyo tersenyum kecil sebelum memandang kembali ke arah luar. Senyumannya terus mekar di bibir apabila melihat--

"Jungkook" gumamnya gembira. Dia melihat Jungkook sedang berjalan dengan wajah dinginnya menuju ke satu arah.

"Muka tu ketat je memanjang " perlinya sebelum dia membuat keputusan untuk mengikuti langkah Jungkook yang sudah jauh berjalan. Tidak dilupa bunga mawar merah juga dibawa bersama.









Jungkook menguak perlahan pintu rooftop sebelum ditutup semula. Pemandangan langit biru yang terbentang luas menjadi pandangan anak matanya. Dia kemudian terus melabuhkan punggungnya ke atas bangku lalu mendongakkan kepalanya ke atas. Tenang.

"Kook rindukan omma. Omma baik-baik sahaja kan?" ujarnya perlahan. Rantai pemberian daripada mendiang ommanya itu digenggam lembut. Hanya ini satu-satunya pemberian yang paling berharga untuk dirinya.

Tidak dia menyangka yang ommanya akan pergi meninggalkan mereka berdua. Segala memori pahit manis mereka bersama masih lagi segar di dalam fikirannya. Syurganya yang paling dia sayang akhirnya pergi meninggalkan dirinya dalam keadaan terumbang-ambing.

Sedang sibuk Jungkook melayan perasaan, tiba-tiba dia dapat rasakan ada seseorang duduk di sampingnya. Dia dengan perlahan memandang ke arah orang itu sebelum kembali memandang langit biru yang indah.

"Selamat pagi Jungkook" Jihyo tersenyum manis ke arah Jungkook namun hampa apabila namja tersebut hanya menggugam sambil matanya masih lagi melihat ke arah lain.

"Betul kata Hani. Awak selalu duduk dekat rooftop. Awak memang suka duduk di sini?" tanya Jihyo bagi menghilangkan suasana senyap di antara mereka.

"Tempat ni tenang " jawab Jungkook sebelum memandang ke arah Jihyo yang masih lagi setia memandang dirinya. Senyuman Jihyo yang cantik itu sedikit sebanyak membuatkan jantung Jungkook berdetak hebat.

"Sebenarnya--saya ada terdengar percakapan awak tadi. Awak rindukan omma awak?" soal Jihyo dengan berhati-hati. Niat tidak mahu mengecewakan atau membuatkan Jungkook marah.

Namun dia salah. Dia perasan akan perubahan wajah Jungkook yang semakin menegang. Giginya juga diketap geram. Rahangnya juga bergerak perlahan. Jihyo yang perasan dengan perubahan mendadak Jungkook itu membuatkan dirinya tidak senang.

"Mian----mianhe. Saya tak sengaja nak campur urusan peribadi awak. Awak tak perlu bagitahu saya. Saya pergi dulu" Jihyo dengan kelam kabutnya berdiri sebelum dia menundukkan sedikit kepalanya.

Baru sahaja niatnya mahu melangkah namun terus terhenti apabila Jungkook dengan lembutnya merentap tangan kanan milik Song Jihyo. Jihyo tersentak apabila dia dapat merasakan kehangatan tangan milik Jungkook. Wajah Jungkook yang sedih itu dipandang sebelum dia kembali melabuhkan punggungnya di sebelah Jungkook.

"Omma aku meninggal 4 tahun yang lalu. Mati sakit kanser otak tahap 4. Dia tinggalkan aku dengan appa tanpa berikan satu petunjuk. Dan yang paling menyedihkan sekali, aku dengan appa tak tahu yang omma aku sakit dan menderita pada waktu itu"

Jihyo hanya setia menjadi pendengar. Wajah sedih Jungkook itu dilihat sebelum dia juga memandang langit di mana Jungkook juga sedang melihat.

"Omma adalah manusia yang paling pandai menipu dekat atas dunia ini. Dia pandai menyembunyikan kesengsaraan yang dia alami daripada orang-orang lain. Kadang-kadang aku rasa yang aku ini tak berguna sebab tak boleh nampak kesengsaraan yang omma alami. Sedangkan aku selalu bersama dengan dia. Aku rasa aku anak yang paling tidak berguna"

Sungguh Jungkook merasakan dia anak yang tidak berguna. Tidak memahami omma sendiri yang sedang menderita sakit. Membiarkan ommanya menanggung sakit seorang diri. Dan dia tidak mampu untuk melakukan apa-apa.

"Sekurang-kurangnya awak banyak luangkan masa dengan parents awak. Sekurang-kurangnya awak sentiasa ada bersama family awak. Ramai lagi anak dekat luar sana yang tak mampu untuk meluangkan masa dengan family mereka sendiri" Jihyo memandang wajah Jungkook yang ketika itu Jungkook juga sedang melihat dirinya.

"Awak sepatutnya bersyukur Jungkook. Bukan semua anak-anak dapat meluangkan masa dengan orang yang mereka cinta. Walaupun orang yang awak sayang sudah pergi, namun awak masih lagi mempunyai banyak kenangan manis awak dengan omma awak. Bukan semua anak-anak mempunyai kenangan manis dengan keluarga mereka sendiri" Jihyo memberikan sebuah senyuman pahit buat Jugkook.

Sejujurnya, dia agak---tidak! Dia sememangnya cemburu dengan kisah Jungkook. Setidaknya Jungkook memiliki bekalan yang sangat indah untuk dirinya walaupun ommanya telah meninggalkan dia. Namun dia--apa yang dia miliki?

Memori apa yang harus dia ingat untuk dijadikan sebagai bekalan? Tiada. Dia tidak memiliki apapun sekarang. Kelakarnya, dia juga yakin yang Mummy and Daddynya pasti tidak mengingati apapun tentang kenangan indah mereka bersama.

Jungkook melihat sisi wajah Jihyo yang kelihatan sedih itu. Entah mengapa, dia merasakan Jihyo seperti sedang menceritakan tentang dirinya sendiri. Disebalik matanya yang cantik itu, sepertinya telah mengalirkan banyak air mata yang beracun.

"Jihyo" Jihyo terus memandang ke arah Jungkook. Pandangan redup milik Jungkook membuatkan dia berasa selesa. Inilah kali pertama Jungkook melihatnya dengan pandangan sebegitu. Tiada lagi pandangan dingin itu sekarang.

"Kalau orang lain mahupun keluarga kau sendiri tidak mampu memberikan kebahagian untuk kau. Aku ada untuk kau" 

Terkejut. Itulah perasaan Jihyo pada ketika ini. Wajah Jungkook yang tenang itu tiba-tiba membuatkan jantung miliknya berdegup dengan laju. Apa maksud Jungkook? Kenapa dia tiba-tiba sahaja berkata sedemikian?

Jihyo dengan cepatnya berdiri dari duduknya. Anak mata Jungkook masih lagi setia melihat ke arah dirinya membuatkan dia semakin tidak keruan. Jihyo sedaya-upaya cuba untuk memberikan senyuman untuk Jungkook.

"Hahahaha. Terima kasih--sebab awak sudi untuk berkongsi cerita dengan saya. Igeo"

Berkerut dahi Jungkook apabila Jihyo dengan tiba-tiba menghulurkan sekuntum bunga mawar merah kepadanya. Namun, tetap sahaja huluran bunga daripada Jihyo itu disambut dengan rela hati.

"Saya selalu dapat bunga ini daripada orang yang cuba bahagiakan saya. Memandangkan awak nampak sedih, jadi saya akan berikan bunga ini untuk awak. Semoga hari awak indah harini. Annyeong"

Jihyo terus berlari anak pergi meninggalkan Jungkook. Sudah tidak sanggup dia untuk melihat sisi baru Jungkook. Aneh rasanya.

Jungkook pula hanya melihat sahaja pemergian Jihyo sebelum bunga mawar merah itu dipandang. Terbit sebuah senyuman kecil pada dirinya apabila melihat bunga tersebut.

"Macam mana kau boleh bagi bunga ini untuk aku sedangkan aku bagi untuk kau?"

-You don't know me at all-

Vomment anda amat saya hargai 🐼

(DISCONTINUED)Flower Boy[Jeon Jungkook]Where stories live. Discover now