Yow assalamualaikum dunia! Tengok tajuk dah tahu kan? Mesti nak taip benda merepak lagi aku ni. Yes, tentang sedikit pengalaman di asrama. Tapi, bagi aku yang ni luar biasa punya. Bagi hangpa, mungkin tidak.
Acap kali kita selalu dengar, di asrama rajin-rajinlah call parents, kan? Masa balik kampung tu selalu luangkan masa dengan family yelah, kan? Jarang jumpa.
Penceramah pun kadangkala suruh bayangkan bagaimana kalau kita di sekolah atau di asrama tiba-tiba cikgu panggil suruh balik rumah. Tengok-tengok parents dah meninggal dunia. Memang sesak dada!
Yang ni aku nak kisahkan pengalaman aku ni!
Suatu petang tu, aku pergi ke kelas lebih awal daripada kebiasaan. Malas nak ke dewan makan, tiada selera saja tiba-tiba petang tu. Aku lalu dekat jalan bukit. Saja nak feeling-feeling angin gituw~.
Masa mengambil selama tiga ke lima minit untuk sampai ke kelas. Tak perlu naik tangga kerana kelas aku berada di bawah tingkat sekali.
Aku berhenti di tepi pintu dalam kelas. Pintu memang terbuka. Mungkin angin kuat menarik pintu memandangkan pintu tu tunggu masa untuk rebah ke bumi atau rakan kelas aku yang terlupa nak tutup. Entahlah.
Aku menekan suis. Lampu dan kipas terus berfungsi. Kegelapan kelas kerana petang menghampiri senja tidak lagi menakutkan aku. Terus aku mengorakkan langkah masuk ke dalam kelas menuju ke tempat duduk aku.
Dengan bahagianya seorang diri, aku meletakkan sebuah buku setebal kamus oxford di atas meja. Orang fikir itu buku sejarah tapi bagi aku inilah buku cerita yang menghiburkan dan bermanfaat.
Buku pemberian abahku.
Dahulu, abah aku pernah memberikan buku bertajuk Sallehudin Al-ayubi. Buku tersebut telah membuatkan aku ketagih untuk membaca buku fiksyen sejarah Islam seumpamanya. Rakan-rakan aku pun ramai yang meminta. Walaupun itu kisah sejarah yang benar, tetap menghiburkan hatiku dengan telatah ketua panglima tentera salib yang mempertahankan Jerusaleem daripada ditakluki oleh Sallehudin Al-ayubi. Bernath namanya kalau tak silap aku.
Terus aku menerpa abahku meminta lagi buku demikian. Abah bagi buku bertajuk Umar Abdul Aziz pula. Seorang pemerintah kerajaan Ummaiyyah yang terkenal dengan adil dan saksama tak seperti pemerintah-pemerintah sebelumnya. Kisah seorang keturunan Umar al-Khattad ini memang aku kagum.
Walaupun beliau diberi kekayaan, tapi dia tak gunakam kekayaan itu. Tempat tinggalnya bukanlah istana yang gah tetapi hanya teratak yang buruk saja. Tak seperti khalifah yang lain.
Khalifah lain sampai nak bina istana empat musim lepas tu kerahkan rakyat last-last runtuh. Membazir duit negara saja. Sorry ter-emo sikit.
Tak cukup untuk menghilangkan ketagihan aku, abah beri lagi dua buah buku setebal buku oxford yang aku bawa ke kelas itu.
Satu, kisah empat imam terbesar; pengasas empat mazhad.
Yang kedua pula, kisah empat khalifah ar-Rasyidin. Berada di atas meja yang aku letakkan.
Memang berulang-ulang kali aku membaca cerita tersebut walaupun tebal, aku suka.
Aku melabuhkan pinggul ke atas kerusi. Buku dibuka secara random. Aku baca yang mana-mana saja, semua bahagian memang kegemaran aku.
Dalam aku terleka dalam pembacaan, aku terdengar bunyi tapak kaki tapi aku abaikan saja. Sampailah...
"Lysha!"
Aku terkejut seseorang memanggil nama tengah dan nama terakhirku. Memanglah tak tunjuk di sini karang ada yang kata namaku terlalu moden pula. Haih... teringat pula masa Cikgu Afif kata namaku terlalu moden sewaktu guru ganti itu pertama kali masuk ke kelasku untuk mengajarkan tahfiz hafazan. Nak eja nama pun susah masa nak tulis.
Walaupun beliau hanya bergurau semata-mata.
Kepalaku terangkat kepada si pemanggil. Seorang rakan aku tapi sekarang aku dah lupa siapa. Tapi batch aku. Tak silap aku, kelas 2DJ kot? Serius lupa.
"Hang pi mana? Tadi aku caqik hang satu asqama!" Tercungap-cungap rakanku itu. Mesti dia lari naik tangga atau bukit. Sudahlah sekolah kaki berbukit-bukit umpama Cameron Highlands.
Aku terus bangun.
"Awatla?" Soalku. Entah kenapa rasa berdebar-debar.
Aku tahu ada yang tak faham loghat utara.
Aku bila orang panggil dengan tiba-tiba memang aku fikir aku ada buat silap. Debaran dia lain macam. Aku jenis overthinking.
"Teacher Ash caqi hang. Pi lekaih kat bilek dea. Dok tunggu hang."
Aku tahu. Punca wardenku, Teacher Ash mencari aku.
Terus aku pecut dari kelas. Pada mulanya aku hendak turun ikut bukit tapi terasa bakal makan masa pula. Terus aku berubah arah ke tangga yang berdekatan dengan surau. Qasidah-qasidah berkumandang dari pembesar suara surau pada petang itu.
Sebelum tibanya kelahiran baginda...
Terdapat banyak alamat dan jua petanda...Kebiasaannya aku akan terikut nyanyi sekali namun, tidak pada waktu petang disapa senja itu.
Hatiku dihujani dengan perasaan resah. Rasa nak menangis saja. Keadaan sekeliling sudah aku abaikan sehinggalah seorang kak senior menyapa aku ketika aku laju menuruni tangga dengan tangan kosong.
"Eh hangpa *nama aku* kan? Ni Teacher Ash cari hangpa ni."
"Ouh, tahu. Tadi kawan habaq dah."
"Pi lekaih. Teacher tunggu kat bilik dia tu."
Aku menggangguk saja. Usai mengucapkan terima kasih, aku laju ke dalam asrama. Bilik teacher berdekatan dengan pintu gate asrama.
Aku dah agak dah. Mesti ada pengumuman "perhatian kepada *nama aku*, sila berjumpa dengan warden di bawah". Hanya aku saja yang tak dengar di sekolah.
Aku mendekati bilik warden. Dalam kepala aku berfikir.
Nak ketuk ke nak tunggu
Siapa saja yang tak kecut perut?!
Pintu warden terbuka sendiri dengan tiba-tiba. Muncul Teacher Ash di hadapan biliknya.
"Kamu ke *nama penuhku*?"
"Ye saya?
"Ni tadi mak kamu call. Dia kata mak saudara kamu nak mai amek kamu. Ayah kamu dah teruk. Be strong, okay? "
Pada masa itu, aku rasa bagaikan dunia aku telah berhenti.
Sekelip mata menjadi si yatim.
Well. Hargailah parents anda.
Aku tak ada di samping abah masa abah pergi. Tapi sempat jumpalah.
YOU ARE READING
⍩ ᕼIᗪᑌᑭ ᗷᑌᗪᗩK ᗩՏᖇᗩᗰᗩ
AcakSegala fakta² tentang budak-budak/remaja-remaja asrama yang amatlah rajin di sana tetapi malas di rumah. Well, life yalls! ⊙ω⊙