Author POV"Masih bersedih?"
Chorong sekadar tersenyum tipis mendengar soalan dari Jungkook sambil memandang ke arah langit yang kian gelap.
"Aniya..memang salah saya."
Satu keluhan dikeluarkan oleh Jungkook sebelum dirinya mengambil tempat duduk di sebelah Chorong.
"Cantik kan tempat ni? Orang jarang ke sini sebab tempat ni tersorok sikit. Bangga lah, awak orang kedua yang tahu pasal tempat ni."
Senyuman kecil terbit di bibir Jungkook.
"Eo.." jawab Jungkook, ringkas.
Kedua-duanya hanya diam menatap langit indah pada malam ini. Tiada sebarang bunyi yang dikeluarkan. Sehingga lah Chorong memutuskan untuk mengeluarkan suara.
"Gomawo.."
"Wae?"
Chorong tersenyum sebelum mengalihkan pandangan ke arah Jungkook.
"Gomawo sebab sentiasa ada waktu susah senang saya. Gomawo sebab jadi kawan yang baik. And gomawo for coming into my life."
Jungkook hanya diam. Jantung berdegup semakin kencang. Wajah Chorong yang disinari cahaya bulan tidak mampu dipandang.
"That's what a good friend for.."
Senyuman manis terbit di bibir merah Chorong.
"Indeed."
SKIP
"Yeoja tak tahu malu"
"How is it? macam mana rasa kena reject?"
"Awww kesian gilaa"
Kesemua sindiran yang dikenakan ke atas dirinya sewaktu berjalan menuju ke kelas diabaikan.
Malah, earphone di poket diambil oleh Chorong sebelum disumbat ke telinga lalu kembali berjalan menuju ke kelas.
"Sedar diri lah!"
Hampir sahaja wajah Chorong ditampar oleh salah seorang peminat Kim Taehyung.
Dengan kasar, gadis tersebut ditolak ketepi oleh seseorang sehingga menyebabkan dirinya terjatuh ke lantai.
"Bitch, jangan kau berani sentuh dia."
Sebelum Jungkook sempat bertindak berlebihan, tangan kecil Chorong segera memaut lengan Jungkook.
"Hajima..."
Pandangan tajam diberi kepada Nayeon yang sedang terduduk di atas lantai sebelum pegangan bertukar tangan.
Terus sahaja Jungkook menarik Chorong untuk masuk ke kelas.
Di sudut lain, Jimin menyiku Taehyung dengan kuat.
Mengakibatkan lelaki tinggi itu memandang ke arahnya.
"Apa?"
"Kau tak rasa ke apa yang kau buat dekat Chorong tu berlebihan? kau dah buat ramai orang kutuk dia. Perasaan suka tu normal lah. Kau patut bersyukur masih ada orang yang suka kau walaupun perangai macam setan!"
Taehyung memandang Jimin hairan.
"Yang kau pulak emo kenapa?"
Nafas diambil sebelum kembali berdebat.
"Sebab dia ikhlas sukakan kau. Bukan sebab rupa kau, bukan sebab kemegahan kau tu."
"Macam mana kau tahu?"
"You should have read her letters. At least satu, cukup untuk buat kau tahu yang dia ikhlas. Kalau betul lah kau tak dapat nak balas perasaan dia, do it correctly. Tak macam apa yang kau buat tempoh hari. That's too harsh. Even aku pun terkilan dengan sikap kau."
Taehyung diam.
Kata-kata daripada Park Jimin telah berjaya meninggalkan kesan di sudut hati Taehyung.
Bersalah? entahlah...
"Kau kena ingat. Tak semua yeoja sama dengan Jisoo. Jangan disebabkan dia, kau salahkan yeoja lain. Sebelum kau menyesal buat kali kedua, baik kau ubah perangai prejudice kau tu."
Anak tangga dipanjat satu demi satu, meninggalkan Taehyung yang masih diam setelah mendengar hujah Jimin.
Tanpa berfikir panjang, beberapa langkah diambil bagi menghampiri sekumpulan pelajar.
Tubuh kecil Nayeon ditolak ke loker pelajar yang terdapat di laluan tersebut dengan kasar.
Pelajar lain yang turut berada di situ hanya diam, tidak berani mencelah senior ternama tersebut.
"Sekali lagi aku nampak kau cuba untuk buat benda bodoh macam tadi.. aku takkan lepaskan kau."
Selesai memberi amaran, anak tangga dipanjat membuatkan pelajar lain terkilan serta hairan.
Bukankan Taehyung sunbae-nim benci akan Park Chorong?
Entah lah..
Masih tiada jawapan yang jelas.
-TBC-
Haaa silakan comment.. ada yang kurang, saya cuba baiki ^^
YOU ARE READING
Sunbae I Like You!
RomanceSuka dekat senior tu perkara biasa tapi senior suka dekat kita tu perkara luar biasa. Chances is only 10% Lagi-lagi bila senior yang kau minat tu, pujaan hati ramai orang. Mampukah kau tawan hati dia? Hah? Park Chorong?