TIGA

74 16 6
                                    

Author POV

"Taehyung sunbae!"

Chorong berlari anak ke arah Taehyung yang sedang berehat di bangku setelah penat menjalani latihan bola sepak untuk tournament pada bulan depan nanti.

Botol mineral sejuk dihulurkan bersama sehelai tuala kecil, berharap yang Taehyung akan menerima hulurannya.

Kawasan sekeliling diperhati oleh Taehyung dengan teliti. Benar jangkaannya, sekarang dia sedang diperhati ramai pelajar yang turut menonton sesi latihan.

"Tak perlu, terima kasih saja lah" ucap Taehyung sambil menepis pelan huluran gadis cantik itu.

Perbuatan Taehyung berjaya membuat Chorong terkilan. Tapi tak lama, tangan kecil itu kembali dihulur ke arah Taehyung.

"Sunbae kan penat..minum lah sikit supaya dahaga tu hilang."

Tanpa menghiraukan umpatan yang diungkap oleh pelajar perempuan yang turut berada di padang, Chorong tetap meneruskan niatnya.

Secara tidak sengaja, air mineral yang dihulur tadi tumpah membasahi pakaian sukan Taehyung.

Perasaan marahnya sudah tidak boleh dikawal. Pantas sahaja Taehyung berdiri menghadap Chorong yang turut memandangnya dengan muka bersalah.

"Kau pergi main jauh-jauh boleh tak? Heol, aku cuba jadi baik dan cuba untuk berlaku sopan tapi aku rasa aku dah tak mampu nak buat benda tu."

"S-Sunbae.."

Sangat jelas sekali riak wajah Taehyung pada saat ini.

Menyampah, marah dan geram.

"Aku tak suka kau! Kau faham tak? Berhenti kejar aku since it's too annoying!"

Chorong tidak mampu mengangkat mukanya akibat rasa malu yang ditanggung saat ini.

Bunyi umpatan dan ketawa dari pelajar lain mula bergema.

Jimin yang dari tadi memerhati mula mendekati Taehyung bagi menghalang Taehyung daripada bertindak berlebihan.

Lengan Taehyung ditariknya kasar.

"Taehyung, sudah lah.." pandangan beralih pula pada Chorong.

"Chorong-ssi..mian sebab Taehyung buat macam ni. Dia stress dengan assignments..Jangan makan hati ye.."

Chorong hanya diam tanpa berganjak.

Tubuh Jimin ditolak dengan kuat.

"Apa? stress dengan assignments? since when? yah Park Jimin, kau tak payah nak jaga sangat hati budak ni. Kalau kau terus buat macam ni, sampai bila-bila pun dia takkan faham lah!"

Satu langkah diambil oleh Taehyung bagi mendekati Chorong.

Dagu gadis dihadapannya disentuh dengan jari telunjuk supaya wajah bengisnya ditatap oleh Chorong.

"For the last time...Aku tak suka kau! Kau faham tak?!"

Chorong diam tidak menjawab tetapi air matanya tidak berhenti mengalir.

Perasaan bersalah mula menguasai diri Jimin. Baru sahaja Jimin mahu mendekati sahabatnya semula, orang lain terlebih dahulu bertindak.

Tangan Taehyung yang masih lagi mencengkam dagu Chorong ditepis kasar.

"Dia faham. Tak perlu pun kau nak buat kecoh dekat sini just disebabkan hal kecil. Bodoh.."

Lebihan air botol di dalam genggaman Chorong dirampasnya pantas. Tanpa berfikir panjang, Jungkook terus mencurahkan air tersebut ke wajah Taehyung.

Para pelajar yang menonton mula terkilan dengan tindakan berani Jeon Jungkook.

Tangan kecil Chorong dipegang erat setelah selesai menyeka air mata yang membasahi wajah cantik itu.

"Kajja."

Chorong hanya diam mengikuti langkah besar yang diambil oleh Jungkook.

Baru sahaja tujuh langkah diambil, Jungkook kembali menghampiri Taehyung yang menatapnya dengan marah.

"Aku mengaku, ni semua salah Chorong. Salah dia sebab tak reti pilih namja untuk disukai. She deserves someone better. Bukan asshole macam engkau. Jangan ingat engkau ni senior, aku tak boleh belasah kau.
Congrats for your loss"

Begitu sahaja, Jungkook terus menarik Chorong untuk menunggang motosikal berkuasa tinggi miliknya lalu meninggalkan kawasan sekolah.

Sempat juga Jungkook mengangkat jari tengah untuk dituju buat semua orang yang menonton adegan tadi.

Setelah memastikan keadaan kembali hening, Jimin mula mendekati Taehyung.

"Kau okay?"

"Aku nampak macam okay ke?"

Jimin sekadar menatap Taehyung pergi meninggalkan padang.

"Aku tanya je..."

TBC

Sunbae I Like You! Where stories live. Discover now