LIMA

73 11 12
                                    


Author POV

Satu keluhan berat dilepaskan oleh Chorong setelah melirik ke arah jam dinding.

Masih ada 30 minit sebelum tamat sesi persekolahan.

Bukannya Chorong tidak berminat untuk belajar tapi tanpa kehadiran Jungkook ke sekolah pada hari ini telah membuatkan Chorong berasa sepi dan risau.

Risau jika dirinya akan dibuli sekali lagi oleh pelajar-pelajar perempuan di sekolah ternama ini.

Jujur, dengan kehadiran Jungkook di samping dapat membuatkan Chorong berasa tenang dan protected.

Tanpa membuang masa, Chorong pantas mengemaskan alat tulisnya setelah guru subjek Chemistry itu meninggalkan kelas 5A-4.

Kakinya mula melangkah keluar dari kelasnya bagi mengelakkan diri diperli rakan sekelas tentang kejadian tempoh hari.

Chorong menutup matanya rapat buat seketika saat teringatkan peristiwa itu.

Urgh..sungguh memalukan..

"Pabo, Park Chorong..kalau yeoja lain, kalau dah kena reject teruk macam tu, mesti dah bencikan namja tu or better, lupakan namja tu..but you.." bisik Chorong pada diri sendiri.

Tindakan yang mengundang peristiwa di mana Chorong ditolak di depan khalayak ramai tempoh hari amat dikesali.

Malu! sangat malu..

Tapi Chorong tetap tidak mampu untuk membenci namja yang telah memalukannya malah, Chorong membenci dirinya kerana menyukai senior ternama itu.

Ya, semua ni takkan berlaku kalau Chorong tidak menyimpan perasaan terhadap Kim Taehyung.

Tinggal beberapa langkah sahaja lagi sebelum kakinya melangkah keluar dari kawasan sekolah namun niat Chorong untuk segera pulang terhalang kerana dirinya ditarik oleh sekumpulan pelajar perempuan dan dibawa ke dalam stor pekebun.

"Im Nayeon! lepaslah.."

Nayeon hanya diam tidak membalas. Sebaliknya, tangan kanannya naik untuk menampar wajah Chorong setelah memastikan rakan-rakannya memegang gadis itu dengan kemas.

Tanpa berfikir panjang, terus sahaja pipi Chorong menjadi sasaran.

"K-kau..apa aku dah buat dekat kau sampaikan kau b-buat aku ma..cam ni?"

Nayeon langsung tersenyum sinis setelah puas melihat wajah yang dipuja pelajar lelaki itu dibasahi air mata dengan pipi yang merah menyala.

"Hm, kejap bagi aku fikir. Salah kau.. sebab muncul depan aku. Eh, aku menyampah lah tengok muka kau ni. Kau fikir bila kau rapat dengan Jungkook, kau akan jadi pujaan hati dia lah? Yah! Jeon Jungkook dengan Taehyung sunbae tu aku punya lah!"

Chorong hanya diam setelah mendengar jawapan gadis di hadapannya.

Wajah Chorong tiba-tiba dicengkam oleh Nayeon dengan kasar. Pisau lipat yang tadinya disimpan di dalam pocket baju dikeluarkan.

"Maybe kalau aku hancurkan muka kau..Jungkook dah takkan berkawan dengan kau."

"Y-yah...Nayeon-ah..hajima.."

Tanpa menghiraukan rayuan Chorong, Nayeon mengelus wajah yang menjadi pujaan itu menggunakan pisau yang tajam dengan sedikit tekanan.

Chorong menjerit kesakitan saat darah mula keluar dari pipinya.

Nayeon serta rakan-rakannya hanya ketawa melihat reaksi Chorong.

Belum sempat Nayeon meneruskan tindakannya, pintu stor itu dibuka dengan kasar, memaparkan wajah bengis seorang pelajar lelaki.

"T-Taehyung sunbaenim..."

Chorong agak terkejut mendengar nama itu disebut oleh salah seorang rakan Nayeon. Kepalanya segera menunduk memandang lantai, menghiraukan rasa sakit di wajah.

"Kau buat apa dekat dia?"soal Taehyung terus.

"A-aniya sunbaenim.. Kami cuma main-main je dengan dia. Kami taknak dia kacau life sunbae dah lepas ni. Ni-niat kami cuma nak tolong sunbae!" ucap Nayeon dengan rasa gelisah.

Taehyung melangkah mendekati Chorong yang sudah jatuh ke lantai sebaik sahaja Taehyung memunculkan dirinya.

Tanpa banyak berfikir, Taehyung mencangkung di hadapan Chorong dan kedua-dua tangannya menekup wajah Chorong supaya membalas pandangannya.

"Shit.." gumam Taehyung selepas dirinya mendapati kesan luka dalam berserta darah yang tidak berhenti mengalir di pipi Chorong.

"Siapa buat ni?"

Tiada balasan.

Taehyung terus berdiri sambil menghadap sekumpulan pelajar di hadapannya.

"Aku tanya, SIAPA BUAT NI?!"

"Na-Nayeon yang buat sunbae!" ucap gadis yang tadinya ditugaskan untuk memegang lengan Chorong.

Tiga langkah diambil untuk mendekati Nayeon. Rahang gadis itu dicengkamnya kasar setelah dirinya berada tepat di hadapan Nayeon.

"Aku dah cakap hari tu.. Kalau kau cuba buat benda bodoh lagi, aku tak teragak-agak untuk cederakan kau. Jangan fikir aku tak pukul yeoja."

Perasan akan wajah cuak Nayeon, Taehyung tersenyum sinis.

"Aku bagi kau pilihan. Pergi mengaku dekat pengetua tentang hal ni then kau berhambus dari sekolah ni or aku akan belasah kau setiap hari. Your choice. Now, fuck off"

Setelah Nayeon hilang dari padangan, Taehyung kembali mendekati Chorong lalu mengelap darah di wajah gadis itu menggunakan sapu tangan miliknya.

"Sakit? Kau okay?"

Chorong menepis pelan tangan Taehyung daripada terus berada di wajahnya. Matanya menatap Taehyung dengan tatapan yang sukar ditafsirkan.

"Kenapa tolong saya? Patutnya sunbae tak payah susahkan diri untuk terlibat dalam hal ni. Saya tak nak jadi beban untuk sunbae."

Taehyung terkilan. Wajah gadis dihadapannya sangat dingin pada ketika ini. Sangat berbeza dengan wajah yang selalu dipaparkan setiap kali mereka bertentangan mata sebelum ini.

"Aku..."

Belum sempat Taehyung menghabiskan kata-katanya, Chorong terus mengambil beg yang dilempar oleh Nayeon seketika tadi untuk digalas.

Tanpa menghiraukan rasa pedih di wajah, Chorong memandang Taehyung sekilas sebelum melangkah keluar dari stor tersebut.

"Saya takkan ganggu sunbae dah lepas ni. Kalau sunbae nak anggap saya mati, that's better actually.."

Taehyung meraup wajahnya kasar setelah dirinya ditinggalkan sendirian. Perasaan bersalah mula menguasai diri.

"Kenapa susah sangat untuk aku minta maaf?"

-TBC-

Hai, sudah lama tidak ketemu hehe so camne chapter kali ni? oke enggak?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 11, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sunbae I Like You! Where stories live. Discover now