BAB24

3.5K 159 8
                                    

Inara menatap sayu kawasan perkuburan itu, baru sahaja selesai pengebumian Emer.

Kaki melangkah berat meninggalkan kawasan itu. Matanya sudah sembab akibat menangis semalaman.

"Inara, jom balik" ujar Anissa. Dia kasihan dengan sahabatnya itu. Sudahlah semalam Inara pengsan akibat terlalu tertekan dengan apa yang berlaku, mujur sahaja ada Syed Que yang menolongnya.

Bercakap tentang Syed Que, lelaki itu juga turut sama hadir ke situ.

Dia hanya memandang Inara dari jauh sahaja. Dia tidak mahu menambah beban untuk wanita itu sekarang.

"Nia" suara Intan yang memanggilnya membuatkan Inara berpaling sebelum memeluk tubuh sahabatnya. Air mata sudah tidak lagi mengalir, mungkin dia sudah terima segala takdir yang berlaku.

"Kau sabar ye" Inara tersenyum kelat, sedikitpun dia tidak memandang Syed Que yang berdiri di belakang Intan.

"Terima kasih sudi datang" ujar Inara. Intan hanya mengangguk sahaja. Dia simpati dengan apa yang menimpa sahabatnya.

"Aku balik dulu ye" pamit Inara, dia sudah penat semalaman tidak rehat dengan cukup.

"Hati-hati" ujar Intan.

Inara berlalu pergi melepasi Syed Que. Dia langsung tidak menegur lelaki itu.

Setelah kelibat Inara sudah menjauh, Syed Que menyapa Anissa.

"Tolong jaga dia"

"Okey, terima kasih banyak tolong untuk uruskan hal ni" jawab Anissa. Syed Que tersenyum nipis.

"Aku pergi dulu" Anissa beredar meninggalkan Syed Que, Intan dan Syed Qairil di situ.

Syed Que mengeluh perlahan. Tidak sanggup dia melihat keadaan Inara sekarang. Walaupun terselit rasa lega kerana wanita itu tidak berkahwin, namun dia tetap sedih atas pemergian Emer.


****

"Que, macam mana urusan tu?" soal Datin Wahida. Dia juga terkejut dengan berita yang dia dengar semalam.

Syed Que melangkah lemah ke arah mummynya.

"Semua dah selesai mummy" ujar Syed Que.

"Nia macam mana?"

"Macam tu la, sedih je muka dia"

"Que tak bercakap dengan dia ke?"

"Macam mana nak cakap mummy, Muka Que pun dia tak pandang"

Dia tahu Rania sengaja ingin mengelak darinya. Atau mungkin sekarang bukan waktu yang tepat untuk dia menyapa wanita itu.

"Tak apa la, Que jangan risau nanti Nia pasti akan maafkan Que" pujuk Datin Wahida.

"Hmmm"

"Que masih marahkan mummy?" soal Datin Wahida. Syed Que membetulkan duduk di depan mummynya. Mungkin ini masa yang tepat untuk dia membetulkan segala-galanya.

Dia dengar segala luahan adik kembarnya sewaktu di hospital tempoh hari. Rupanya selama ini kembarnya itu juga terluka dalam diam dengan sikap mummynya.

"Que ada benda nak cakap dengan mummy" ujar Que.

"Que nak cakap apa?"

"Que akan maafkan mummy tapi ada syarat" Datin Wahida mengerutkan kening.

"Syarat?" Syed Que mengangguk perlahan.

"Syarat apa?"

"Que nak mummy terima Intan dan Iman. Que nak mummy terima mereka dalam keluarga kita. Que penat mummy, Que penat tengok keluarga kita macam ni. Que tak suka. Que nak ada sebuah keluarga yang sempurna. Que nak Iman tahu yang dia masih ada nenek. Dan Que nak Intan rasa kasih sayang seorang Ibu"

Datin Wahida terdiam mendengarnya. Dia melangkah mendekati Syed Que. Tangan anaknya digenggam erat.

"Maafkan mummy, mummy banyak sangat silap pada anak-anak mummy, pada menantu mummy dan lebih teruk pada cucu mummy"

Syed Que tersenyum nipis. Dia memeluk mummynya.

"Que sayang mummy, Que hanya ada mummy dan Qairil je dalam dunia ni."

"Mummy janji Que, mummy akan tebus balik segala kesalahan mummy pada Que dan Qairil. Mummy janji akan kembalikan cinta Que"

Syed Que tersenyum kelat. 'Cinta' masih ada ruang ke untuk dia mendapatkan kembali cinta yang dia buang dulu?.

"Terima kasih mummy" ujar Syed Que. Tentang Rania biarlah dia sendiri yang selesaikan. Biarlah wanita itu mengambil sebanyak manapun masa untuk tenangkan dirinya. Dan segalanya dia serahkan pada Takdir.

****

"Inara kau buat apa?" soal Anissa. Dia melihat Inara tengah masukkan sesuatu ke dalam kotak.

"Aku masukkan buku-buku ni dalam kotak. Nak sedekahkan dekat orang yang memerlukan" ujar Inara. Dia duduk di sebelah Anissa.

"Kau dah okey?" soal Anissa. Dua hari Inara mendiamkan diri sahaja di dalam bilik. Baru sekarang dia melihat wajah sahabatnya.

Inara tersenyum kelat. Okey ke dia?

"Aku okey Nissa, aku terima takdir yang tertulis untuk aku dan dia. Mungkin Allah temukan kami untuk dia bantu aku selama ni. Ada hikmah yang berlaku dan aku redha. Aku ikhlas dengan semuanya." nafas dihela perlahan.

"Sampai bila aku nak meratap, sampai bila aku nak sedih. Walauapa pun yang berlaku aku kena kuat dan terima semuanya"

Anissa tersenyum bahagia. Inara dah kembali!

"Macam ni la kawan aku, selalu kuat dan tak pernah putus asa. Aku sayang kau Inara" Inara memeluk erat tubuh sahabatnya.

"Aku pun sayang kau, terima kasih sudi jaga aku dan selalu ada di sisi aku" ujar Inara.

'Emer terima kasih atas segala kenangan kita. Terima kasih Emer Harith untuk segalanya' desis Inara.

Cinta Yang Kau Buang ⓒWhere stories live. Discover now