Bab 21

10.3K 463 8
                                    

"Inara sini la, cantik tak?" soal Emer cincin di tangan ditayangkan kepada Inara.

Tidak dapat dia ungkapkan bertapa gembiranya dia apabila Inara menerima lamarannya.

"Cantik, pandai awak pilih. Tapi mahal sangat la Emer" ujar Inara. Dari dulu dia memang tak suka membazir. Cincin yang ditunjukkan sangat mahal baginya.

"Bukan selalu beli. Beli untuk kahwin kita je. Anggap ni hadiah. Awak boleh simpan sampai bila-bila" ujar Emer. Dia suka melihat Rania ralik menilik cincin di tangannya.

"Tapi mahal sangat, boleh je kan beli yang biasa?" ujar Inara, walaupun dia juga sudah tertarik dengan cincin di tangannya tetapi dia masih rasa serba salah kerana harganya sudah melebihi gajinya untuk dua bulan.

"Sayang, bukan selalu saya belikan untuk awak. Mungkin ni yang terakhir hadiah perkahwinan kita. Mana tahu kan?"

"Apa cakap macam tu!" Inara mencubit geram lengan Emer. Emer tergelak perlahan.

"Yelah, lepas kahwin mesti dah pokai, bayar itu ini. Nanti ada anak dorang nak beli toys, pampers, susu" Inara tergelak perlahan. Ada sahaja alasan dia.

"Dik saya ambik yang ni ye" ujar Emer lalu menyerahkan cincin kepada jurujual.

Inara hanya mendiamkan diri, tiada guna dia melawan apa yang di katakan oleh Emer.

Inara memandang sekeliling sebelum matanya melihat seseorang yang leka memandang ke arahnya. Syed Que!

"Inara"

Inara tersentak apabila Emer mencuit bahunya.

"Jom" ujar Emer.

"Dah siap?" soal Inara. Emer menggangguk perlahan. Inara mengikuti langkah Emer. Kenapa dia rasa tidam tenang melihat riak wajah Que yang nampak muram tadi. Kenapa lelaki itu kelihatan semakin kurus?

"Termenung apa?" soal Emer. Dari tadi dia memanggil Inara namun tiada sahutan dari wanita itu.

"Hah?" soal Inara. Emer menggeleng kepala melihat sikap Inara. Suka sangat mengelamun.

"Awak nak makan apa?"

"Apa-apa pun boleh" ujar Inara dia ikut sahaja langkah Emer. Namun fikirannya sudah jauh melayang memikirkan seseorang.   


****

Perasaan yang dia rasakan saat ini bercampur aduk. Tidak dapat dia gambarkan bertapa kecewanya dia apabila mendengar perkhabaran yang Rania akan berkahwin tidak lama lagi.

Apa yang lebih menyakitkan apabila melihat Rania bergelak ketawa di sisi Emer. Tidak dia menyangka yang dia harus melihat wanita yang paling dia sayang tersenyum bahagia di samping lelaki lain.

"ARGHHHHH!" muka diraup kasar. Dia merapatkan muka di lututnya.

Kalaulah perasaan ini mampu di buang, sudah pasti dia buang jauh-jauh. Dia tidak sanggup melihat Rania gembira bersama orang lain.

"Kau kenapa?" Que tidak menjawab pertanyaan dari kembarnya. Entah macam mana Qairil boleh masuk ke dalam rumahnya.

"Kenapa aku tak sekuat kau? Kenapa aku lemah? Kenapa aku ikut je apa mummy suruh dulu? Kenapa aku tak tegas macam kau! Aku memang tak guna kan?" jerit Syed Que. Dia penat, jiwanya sengsara.

Qairil terdiam mendengarnya. Walaupun hubungan dia dan Intan mendapat tentangn hebat dari mummynya. Tapi dia tetap mempertahankan hubungan mereka. Kerana dia tahu hanya Intan yang mampu membahagiakan dia.

Dan Syed Que? Dia memilih untuk meninggalkan orang yang paling dia cinta untuk mengikuti apa sahaja arahan mummynya.

"Aku bodoh kan? Aku bodoh sebab tak pernah pertahankan dia?" soal Que.

"Kau tak boleh macam ni Que, kau tak boleh terus macam ni" ujar Qairil. Dia meraup wajahnya. Dia sendiri tidak sanggup melihat keadaan kembarnya itu.

"Aku nak Rania, aku nak dia!"

"Que! Kau sedar tak apa yang kau cakap ni?"

"Aku nak dia Qairil, aku....nak....di...a" Qairil terpempan melihat tubuh kembarnya melorot di sebelahnya.

"Que!" pipi Que ditepuk perlahan. Mata di pejam rapat. Apa mummy dah buat!

****

"

Puas hati mummy sekarang? Puas mummy dapat tengok anak mummy menderita macam tu sekali?" soal Qairil.

Mujur sahaja Que tiada apa-apa.

Datin Wahida terdiam. Dia menyaksikan apa yang berlaku di rumah Syed Que tadi. Dia dengar segalanya. Tidak sangka keputusannya selama ini membuatkan anaknya menderita dalam diam.

"Maafkan mummy"

"Bukan Qairil yang mummy harus minta maaf. Tapi dengan Que dan Rania" Datin Wahida memejam mata rapat. Sanggupkah dia berdepan dengan Rania setelah apa yang telah dia lakukan kepada wanita itu?

"Mummy, Qairil diam selama ni bukan sebab Qairil tak tahu apa mummy buat. Tapi Qairil masih ada rasa hormat sebagai seorang anak. Mummy tahu tak apa perasaan Qairil bila mummy asyik menangkan Que? Mummy tahu tak apa perasaan Qairil bila mummy hina isteri dan anak Qairil?"

Qairil tersenyum nipis.

"Tak! Mummy tak tahu, mummy tak pernah ambik tahu. Dengan anak Qairil pun mummy tak pernah kenalkan diri mummy sebagai seorang nenek. Mummy bahagia ke hidup macam ni? Mummy bahagia?" soal Qairil. Datin Wahida sudah teresak menangis mendengar luahan anaknya.

"Qairil dahagakan kasih seorang ibu, Qairil terlalu dahagakan kasih seorang ibu mummy. Mummy tak pernah ambil peduli pasal Qairil hanya kerana Qairil berkahwin dengan seorang wanita yang tak berharta. Penting sangat ke mummy harta tu?"

"Qairil kecewa mummy, terlalu kecewa dengan mummy. Sampai Qairil rasa yang Qairil seorang yatim piatu walaupun belum tiba waktunya" sejurus berkata Qairil melangkah keluar dari bilik itu tanpa menghiraukan mummynya yang sudah menangis.

Diluar bilik satu persatu mutiara jernih jatuh ke pipi Qairil.

'Airil harap mummy sedar dengan semua kesilapan mummy' desis hati Qairil.






DOUBLE UPDATE SBB TAK SANGKA MASIH RAMAI YG SUKA CITE NI.. AUTHOR PUN DH HAMPIR LUPA😭

DEMI KORANG AUTHOT BACA BALIK CITA NI😂😂😂

THANK YOU YANG SUPPORT🤗



Cinta Yang Kau Buang ⓒWhere stories live. Discover now