Tubuh dihempaskan kuat diatas tilam. Air matanya disapu kasar. Kenapa sekarang?!
Flashback.
"Nia maafkan abang, abang tak mampu hidup tanpa kemewahan. Abang dilahirkan dalam kemewahan" Syed Que terduduk disisi Rania. Pipi isterinya. Dipegang erat. Air mata Yang mengalir tidak diendahkan.
Rania hanya terkaku menunduk. Apa yang terjadi bagaikan angin lalu ditelinganya. Hancur! Sehancur hatinya saat itu.
"Pergi!" kata Rania. Pegangan Syed Que dipipinya dileraikan.
"Pergi cari kemewahan tu! Junjung pangkat dan harta tinggi-tinggi! Datin saya minta maaf kerana hadir dalam hidup anak Datin. Saya janji ni kali terakhir saya dengan dia" kata Rania. Sedikit kekuatan yang ada dia bangun dan melangkah ke pintu. Beg yang dilemparkan oleh Datin Qariah kepadanya diambil.
Sampai sahaja di pintu dia berhenti tanpa berpaling.
"Syed Que Haeriel. Terima kasih atas kenangan selama 5 bulan bersama. Halalkan makan minum saya" dengan itu berakhirlah kisah hidup mereka. Syed Que terduduk didepan Mommynya. Datin Qariah yang melihat tersenyum sinis. Itu yang dia mahukan!
Endflashback
"Why Que! Kenapa sekarang! Mana kau masa aku terkontang kanting sesorang di Paris!" muka Rania telengkupkan dibantal. Sungguh kuat beban yang harus dia pikul.
"Ya Allah. Inara kenapa ni? Hey!" tanya Anissa. Dia terkejut apabila mendengar esakan kawan baiknya. Tak pernah dia melihat Rania menangis seteruk itu.
"Kenapa dia datang balik Nissa? Aku tak sanggup nak hadap" dengan esakan Rania memeluk erat tubuh rakannya.
Anissa sudah dapat menjangka siapa yang disebutkan oleh sahabat baiknya. Memandangkan dia mengenali Rania sejak di kota Paris lagi. Anissa merupakan fashion desingner yang terkenal.
"Shhhh...kawan aku kuat. Jangan macam ni buktikan yang kau tak perlukan dia dalam hidup kau lagi. Be strong babe! Aku sentiasa support kau!" kata Anissa. Bahu Rania dipeluk erat. Sayangnya kepada Rania sangat dalam. Malah dia sudah menganggap Rania seperti adik beradiknya sendiri.
Keluarga Anissa juga sangat rapat dengan Rania. Anissa hanya membiarkan Rania menangis dibahunya.
'Lepaskan Nia. Lepaskan semua yang membelenggu perasaan kau. Aku sayang kau!' bisik hati Anissa.
**********
"I see Her!"
Bangku didepan Que menjadi tempat dia melabuhkan duduk.
"Siapa?" tanya Syed Que dengan kerutan didahi.
"Inara Rania. Perempuan yang ditinggalkan" kata Syed Qairil. Senyuman sinis terhias dibibirnya.
Syed Que tersentak apabila nama itu meniti dibibir adik kembarnya.
"Bila? Dekat mana? Dia sihat?" tanya Que bertalu-talu.
"Siang tadi dekat tasik. Alhamdulillah masih bernyawa" sindir Syed Qairil. Syed Que meraup kasar wajahnya. Mata Adiknya ditenung dalam.
"Aku nak jumpa dia" kata Syed Que
"Kau kesah kenapa? Bukan kau pilih harta ke? Btw buat apa nak jumpa dia? Kau dah ada tunangkan?"
2 tahun lepas diditunangkan dengan Ria Adrianna model terkenal. Namun cintakah dia kepada gadis itu? Dia tiada jawapan untuk itu.
Sejak peristiwa 5 tahun lepas Syed Qairil bersikap dingin dengan Abangnya. Sungguh dulu semasa mereka bersama di kota Paris Abangnya dan Rania adalah orang yang paling Bahagia malah semuanya hancur kerana sikap abangnya sendiri.
Malah dia sendiri sudah berkahwin dengan kawan baik Rania. Dan mempunyai cahaya mata Iman Akila.
"She's My wife!" kata Syed Que.
Syed Qairil tersenyum sinis. Dia bangun dan menepuk bahu abangnya.
"Isteri yang kau buang kerana harta! Sekarang semua dah dapat buat apa nak kutip dia balik. Btw bro. Dia bukan Inara Rania yang dulu. Yang senang kau perbodohkan. She change because you. Aku berani jamin yang dia ada life dia sendiri. Dia lebih bahagia dari apa yang kau jangka kan" lepas meluahkan rasa geramnya. Syed Qairil terus melangkah masuk kedalam rumah.
Syed Que meramas rambutnya kasar .kusut! Dia takut kehilangan Rania. Dan dia sangat merindui gadis itu!
Flashback
"Terima kasih abang sudi terina Nia dalam hidup abang" kata Rania pipi Syed Que diusap lembut.
"Sayang. Abang yang patut kata macam tu. Abang cintakan sayang. Sangat-sangat. Abang janji abang tak akan pernah tinggalkan sayang walau apapun yang terjadi" kata Syed Que.
"Betul? Abang tak tinggalkan Nia.?" tanya Rania.
"Betul sayang!" ucap syed Que. Pipi rania dikucup sayang.
Endflashback.
"I'm sorry sayang!"
Langit tanpa bintang ditenungnya. Kosong! Sekosong hatinya saat ini!
Teruskan support saya👉👈
Best ke tak? 😂
Done for today✅
YOU ARE READING
Cinta Yang Kau Buang ⓒ
Любовные романыCinta? Cinta yang kau buang lima tahun lalu? - Inara Rania 5 tahun Inara Rania hidup tanpa seorang lelaki bernama suami. 5 tahun dia mencari bahagianya sendiri setelah hati dilukai oleh suaminya sendiri. "Maafkan saya," -Syed Que Haeriel Dia tahu d...