Muscadet

96 8 2
                                    

"Dengan adanya pendigitalan dalam proses pemasaran yang syarikat kami tawarkan, kami yakin dan percaya bahawa syarikat kami mampu melonjakkan kebolehpasaran produk hasil kolaborasi ini sebanyak 200%. Pihak Tuan Kim tak perlu ragu dengan kemampuan syarikat kami. Berdasarkan pencapaian syarikat kami sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, kami akan berusaha semaksimum mungkin dengan bantuan para Beauty Guru dan pempengaruh handalan kami" delegasi syarikat yang diketuai Kim Mingyu menghadiahkan tepukan gemuruh kepada Hara tanpa ragu.

Mingyu sebagai ketua pemantau bagi kolaborasi kali ini menghulurkan tangan kanannya untuk berjabat tangan dengan ketua pengarah pemasaran muda yang anggun jelita di hadapannya. Mingyu menikmati aroma losen mawar British milik Hara yang melekat di telapak tangannya.

"Wangi" gumamnya perlahan. Tatapan matanya tidak putus daripada senyuman wanita itu.

Manis

Memabukkan

Itulah definisi senyuman sang pembentang baginya. Sebaik mesyuarat dibubarkan, Mingyu menutup minit mesyuaratnya dengan perlahan sebelum mempercepatkan langkah agar seiring dengan Hara.

"Hai si manis, pembentangan awak di bilik mesyuarat tadi sangat mengagumkan. Kalau sudi, saya nak ajak awak makan tengah hari di restoran makanan Jepun kegemaran saya. Boleh, cik--"

"Puan. Puan Jeon Hara" ujarnya lembut, menahan rasa geram di hati.

'Mujurlah kau ni orang penting untuk projek kali ni. Kalau tidak, memang aku cungkil mata kau dengan tumit stilleto' Hara merapatkan fail hitam dalam dakapannya ke dada apabila mata helang lelaki itu sibuk menilik lekuk tubuhnya dengan santai.

"Maaf, saya tak berminat dengan makanan Jepun. Lebih-lebih lagi untuk keluar makan tengah hari bersama seorang lelaki berkarisma dan berpangkat macam Tuan Kim. Saya rasa tak layak untuk itu"

'Oh Tuhan, aku adalah wanita eksklusif dan edisi terhad yang hanya ada satu di alam semesta. Bahkan dia yang tak layak untuk bersantap denganku' Hara sedikit berasa jenuh dan rimas dengan ajakan itu.

"Oh no, sweetheart. You're the sweetest honey I've ever seen. Come on, a short lunch won't harm, isn't it?" kini, tangan gatal itu mula menggenggam pergelangan tangan milik wanita pertengahan dua puluhan itu. Tidak terlalu lembut tetapi tidak juga mencengkam.

"Maaf, tuan. Saya--"

"Maafkan, saya tuan. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Hara mendesah lega apabila muncul sosok penyelamat yang tidak dikenalinya-- ya, sekurang-kurangnya membuatkan cengkaman tangan Mingyu terlepas.

"Kau buat apa di sini? Tak ada kerja? Sibuk sahaja dengan urusan atasan. Kau tu babu, nyah kau dari sini" Hara menjeling lelaki itu tajam. Hanya satu frasa yang terlintas di fikiran Hara ketika ini.

Lelaki sampah.

Hara menggunakan kesempatan itu untuk meninggalkan dua jejaka yang sedang beradu lidah di hadapan ruang mesyuarat. Butang interkom ditekan sebaik punggungnya menghenyak kerusi kebesarannya.

"Yoonji, kalau ada anggota delegasi dari syarikat Alpha Delilah cuba untuk berjumpa saya, tolong halang. Terutama sekali Encik Kim Mingyu" arah Hara tegas.

"Boleh puan sebutkan ciri-ciri Encik Kim supaya senang untuk saya mengenal pastinya"

"Tinggi, berkulit sawo matang dan iris matanya berwarna coklat cerah. Ah, dia pakai sut biru diraja" Yoonji mengangguk faham dan mencatatkan butir yang dikatakan si majikan sebelum menamatkan sambungan. Anak mata Yoonji menangkap kelibat lelaki persis dengan ciri-ciri yang diperoleh daripada majikannya. Belum sempat Mingyu menggapai gagang pintu ruangan pasukan pemasaran, Yoonji sudah mula beraksi.

CSP : The Eternal 🍷jjk🍷Where stories live. Discover now