MK 1

2 1 0
                                    

" aduh ! Ibuuuuuuu ! " ye awal-awal dah aduh sebab aku kena langgar dengan manusia yang tak reti bawak motor ! Aku dah bawak basikal aku dekat lane paling tepi kot halemak apa masalah dia ni . Helmet aku dah tercampak dalam longkang . Mamat tu pulak dah tergolek ke tengah jalan . Nasib baikla jalan masih lengang . Kalau tidak , dah kena penyet mamat tu .

Aku memeriksa basikal pemberian pakcikku yang gearnya sudah patah . Hancur hati aku tengok gear shimano deore yang aku baru tukar bulan lepas dah rosak . Tanpa menghiraukan kesakitan yang aku alami , aku mengorak langkah ke arah lelaki tersebut .

Kaku . Niat untuk memaki hamun mamat tersebut terbantut sebaik sahaja aku melihat lelaki tersebut terbaring ditengah jalan dengan darah yang mengalir dari kakinya . Aku terus meluru kearahnya dan memeriksa jika dia masih bernyawa . "Hensem jugak mamat ni hmm " eh sempat lagi hang . Nadi diperiksa , " hidup lagi ! " . Handphone dikeluarkan dari bicycle waterproof bag . " Selamat tak tercampak je phone ni kalau tak keras aku kat sini " .

Nombor kecemasan didail . Aku memberitahu pegawai yang bertugas tentang keberadaan kami dan kecemasan kami . Setelah itu , aku mencari phone lelaki tersebut untuk mendapatkan nombor ahli keluarganya yang terdekat . " jumpa ! " . Phone dihidupkan walaupun screen dah retak seribu . Aku mendail nombor yang tertera nama • syurga ♥️ • .

Ambulance tiba 15 minit kemudian dan membawa kami ke hospital . Oh sebelum terlupa , aku dah call keluarga aku and dia orang dah datang kutip barang-barang aku . Aku melihat lagi lelaki yang berada disampingku . Muka dia penuh luka sebab tersungkur tadi kot . Padan muka ! Siapa suruh langgar aku tadi . Ralit aku meneroka wajah tampan yang sedikit berkumis itu . Hensem gila diani macam cina pun ada . " hang usya apa ? Aku tahu aku ni kacak lagi bergaya tapi tak payahla tenung aku sampai nak tembus ke lantai ambulance " . Aku melatah beb . Malu dia sampai aku rasa nk menyorok dekat driver ambulance depan sana ! Tapi cepat-cepat aku cover dengan berdehem dan pandang ke tempat lain . Kami membisu hingga tiba di perkarangan ICU hospital itu .

-----------------------------------------------

- End of TM1 -

Assalamualaikum and hye semua ! This is my first online novel ever . Tak pernah ada pengalaman menulis novel macamni . Tulis karangan cikgu kasi adala . Sorry if ada kekurangan . I'll try my best for the next chapter . See you soon ! 🦒

Menunggu KamuWhere stories live. Discover now