" aku dah cakap biar aku teman , hang ketegaq takmau dengaq kata . La ni hang tengok apa jadi . Ni hang kira beruntung tau dak tak teruk " . Angah . Manusia favourite aku dan paling rapat . Nama dia Arif Ariffin bin Khalid . Graduan Al-Azhar , Cairo , Egypt . Aku hanya mampu tadah telinga mendengar bebelannya . Salah aku jugak nak pergi cycling sorang-sorang huhuhu .
Setakat ni yang paling tenang sekali ibu dengan ayah je . Maryam adikku hanya terkebil-kebil di dalam stroller . Baru setahun beb hang nak expect dia gelabah macam angah ke halemakkk .
Kaki aku yang terseliuh sudah selamat dipatahkan oleh doktor . Ehh tak , sudah selamat dibalut dengan rapi . Kaki mamat tadi patah . Sempat aku menjenguknya sebentar untuk mengetahui keadaannya . Ofcourse la keadaan dia , takkan keadaan negara kita halahh -,- . Hanya ada seorang wanita yang sudah berumur di sisi katilnya . Tak pula aku tanya dimana keberadaan ahli keluarga dia yang lain , taknak jadi makcik bawang .
Selepas mengucapkan semoga cepat sembuh , aku berlalu pergi bersama keluarga aku tanpa membesarkan lagi masalah tersebut . Tanpa diketahui aku , ini bukanlah pertemuan yang pertama dan terakhir antara aku dan mat rempit tu .
Setibanya dirumah , aku segera membuka aplikasi whatsapp dan mencari kenalan •Al Fatihah🌸• . Ni partner in crime aku , Nur Fatihah anak pakcik Khaizi .
•Fathimatul Zahra🦒•
- beb , aku excident pagi tadi . Dekat dengan taman melati . Sakit do kaki aku terseliuh .•Al Fatihah🌸•
-wey hang biar betul ?! Dengan siapa ?! Allahu...sekarang ni hang ada kat mana ?
•Fathimatul Zahra🦒•
- iyee betul , pernah ke aku tipu hang ? Eh ada je ah tak kisahla .- Aku ada dekat rumah dah , aku terseliuh sikit je ni uhukkk !
•Al Fatihah🌸•
- okay , aku otw rumah hang dahni . Tungguuu !•Fathimatul Zahra🦒•
- uish hanggg , laju ja bab nak datang rumah aku . Haa datanglaa , take care !" Assalamualaikumm ! Fathi oooooo Fathi ! " aku meluru membuka pintu rumah setelah mendengar suara sahabat ku itu .
" Cepatnya sampai , hang datang guna pintu kemana sahaja ke ? "
" Haah , aku pinjam dekat doraemon tadi . Nasib baik dia kasi hmm . "
" Otak hang . Dahla jom sembang dalam bilik pulak "
Kaki diatur ke arah bilik tidur ku . Sempat aku melencong masuk ke dalam dapur untuk membuat megi dan mengambil sedikit kudap-kudap buat kami berdua . Kami meluangkan masa bersama hingga lewat malam . Sempat aku berbual dengan fatihah tentang kemalangan tadi . Reaksi muka dia masatu dah macam nak makan orang , marah betullll 😭
-----------------------------------------------
- End of MK 2 -
Lambat gila update part 2 , otak tepu betull . Stay tune for the next chapter okayyy ? Sending you guys a big virtual hug ! ♥️
YOU ARE READING
Menunggu Kamu
Teen FictionBertemu dalam kejadian yang tidak disangka-sangka . Kenangan yang menyakitkan lama-kelamaan menjadi kenangan terindah . Selepas peristiwa kemalangan yang menimpa mereka , kerap kali mereka terserempak kerana takdir . " suka hati akulah nak merempit...