KU - 2

9 3 0
                                    


Kami singgah ke toilet dahulu kerana Iman berasa tidak selesa. Biasa lah tu hal perempuan hoho. Selepas 18 minit aku menunggu, baru dia keluar dari toilet tersebut.

"sorry, tadi ada masalah sikit. Jom lah kita gerak, aku rasa pasti cikgu Bio kita dah masuk" kata Iman seraya membetulkan tudungnya yang senget.

Kami membuka langkah untuk menuju ke kelas kami tetapi sebelum itu, kami kena menggunakan lift untuk ke tingkat atas. Mana mahunya naik tangga! Sakit kot fuh! Selepas kami tiba di hadapan pintu lif, aku terlihat seorang pelajar perempuan dan lelaki buat perkara tidak senonoh di belakang block tersebut.

Al maklum la, lift ni berada dekat hujung block. Aku membisu setelah melihat perkara tersebut. Aku malu gila + geli melihat kejadian tadi.

Aku beristighfar dalam hati dan moga-moga aku di jauhkan daripada perkara terkutuk itu. Aku beristighfar banyak-banyak dalam hati sementara menunggu pintu lift itu terbuka.

"khyla? Masuk la. Tercegat dekat situ buat apa? Nak tunggu bidadara jemput baru kau nak masuk ke?" soal Iman dengan keadaan mengusik.

"ehh sorry hehe. Ish kau ni, mana ada. Aku gugup nak tengok kelas baru aku nanti, kau rasa classmate kita terima aku tak?" soal ku gugup lalu melangkah masuk ke dalam lift tersebut.

"ala kau ni, relex la diorang semua tu sporting tau! Tapi.." katanya terberhenti.

"why?" soal ku dengan seribu satu tanda tanya dalam minda ku.

"nothing. Hah! Kenapa kau lambat keluar dari pejabat tadi?" soalnya kepada ku kembali.

Haih dia ni, aku soal dia tapi dia soal aku balik. Tak pasal-pasal aku cepuk karang ha.

"kakak dekat kaunter tu warning aku, jangan cari pasal dengan The Gorgeous sebab ramai pindah dari sekolah ni sebab diorang. Aku pun angguk je la, tak kan nak tanya lebih-lebih pula kan? Tapi aku curious la, siapa diorang tu sebenarnya?" terang ku serta menanyakan soal yang terbuku di dalam hati ku dari tadi lagi.

"ketua dia orang Rose Syarmiela, classmate kita tetapi separuh lagi berada di kelas sebelah. Mereka akan dapat apa yang dia nak even though kena kotorkan tangan. Kau cari pasal dengan dia orang, habis la riwayat kau" katanya sambil menakut-nakutkan ku.

"Rose? Ya Allah, mampu ke aku hadap dia? Ya Allah ku serahkan segalanya kepada mu" bisik hati ku.

Fikiran ku teringat akan kejadian semalam ketika di rumah.




FLASHBACK




Kami baru sahaja pulang dari Klinik Alisya kerana adik bongsu ku demam. Baru sahaja kami melangkah masuk ke dalam rumah agam tersebut, kami mendengar ada tepukan dari tingkat satu. Kami serentak berpaling ke arah itu dan kami melihat adik beradik tiri kami, Rose Syarmiela.

"baru sekarang kau orang nak balik? Dah puas merayap?!" jerkahnya sambil merentap kasar tudung ku.

Aku diam kerana malas mahu bertekak, mengantuk. Aku beristighfar dalam hati lalu berpaling ke arah adik-adik ku. Jelas sekali riak wajah mereka menampakkan yang mereka tidak berpuas hati.

Kashaf UkhylaWhere stories live. Discover now