PROLOG

17 4 0
                                    

Ukhyla berjalan di tepi pantai seraya mengagung-agungkan ciptaan Tuhan. Dia melihat ramai ahli keluarga yang datang ke pantai itu untuk meluangkan masa bersama, lagipun hari ini memang hari Ahad.

Ukhyla mengatur langkah ke arah batu-batu yang berada di penghujung pantai tersebut. Sesampainya di sana, dengan berhati-hati dia mendaki batu-batu yang tidak sebarapa tinggi itu lalu duduk dengan cermat.

Batu-batu itu menghadap ke arah matahari yang bakal terbenam kurang daripada 2 jam sahaja lagi jadi dia berhasrat mahu melihatnya barulah dia pulang ke resortnya.

Dia memejamkan mata sambil mendepakan tangan.

Telinganya kian kusyuk mendengar deruan ombak menghempas batu besar berhampiran dengannya, kicauan burung yang berterbangan mencari ikan untuk dijadikan santapan, angin yang bertiup tidak kuat dan tidak perlahan itu membuatkan Ukhyla berasa tenang.

Dia memperbetulkan kaca mata hitam dan tudungnya selepas merasakan seperti tudungnya kurang rapi. Dia membuka beg tangannya lalu tangan dan matanya ralit mencari pin tudung.

Sedang sibuk dia mencari pin tudung tersebut, matanya tertancap kepada jam tangan berwarna biru hitam yang berada dalam genggamannya ketika itu.

Ukhyla meletakkan dahulu jam tersebut bersebelahan dengannya kerana dia mahu mencari pin tudung terlebih dahulu.

"eihh beg tangan aku ni poket doraemon ke? Entah celah mana aku letak pin tudung ni. Kalau aku dapat kau memang habis aku patah-patahkan lepastu campak dalam laut!" rungut Ukhyla.

Selepas menemukan pin tudung tersebut, dia terus memperbetulkan tudungnya yang hancur di tiup angin taufan. EHH!! angin sepoi-sepoi bahasa sahaja tetapi tudung tu yang over semacam nak hancur sehingga begitu sekali. 

Hampir 3 minit dia memperbetulkan tudung akhirnya tudungnya itu perfect semula. Ukhyla teringat akan jam tangan yang baru sahaja dia keluarkan dari beg tangannya itu lantas mengenggamnya.

Dia tersenyum manis seraya membelek-belek jam tangan tersebut. Ukhyla memakai jam tangan itu dan secara automatik dia terimbau kembali kepada zaman ketika dia masih di bangku sekolah dan tidak tahu menahu apa maksud CINTA, selain itu kehidupannya ketika itu tidak seindah seperti remaja seusianya.

Naif, di buli, di hina, ramai menyukainya dan bermacam-macam lagi dugaan yang menimpa dirinya yang lemah ini. Sedih, gembira, sakit, lawak, semua ada.


























Semuanya bermula di sini...

Kashaf UkhylaWhere stories live. Discover now