"Omma, Yun pergi kelas dulu, ya? Lepas tu Yun terus pergi rumah Tuan Park." Yunhae memberitahu ibunya.
"Yalah. Tapi ingat, malam ni makan dengan omma pula. Dah berapa hari dah Yun asik makan dekat sana," balas Puan Son.
"Pukul 6.30 petang nanti Yun balik, annyeong!" Yunhae mencium kedua belah pipi ibunya sebelum keluar dari rumah.
Tuan Son sudah lama tiada, jadi Yunhae perlu mengambil kerja sambilan demi menyara ibunya nanti. Dia tidak mahu mengharapkan ibunya sahaja yang mencari rezeki, kalau boleh, dia ingin menyuruh ibunya duduk berehat sahaja, biarlah dia seorang yang mencari rezeki untuk merek berdua.
"Jalan baik-baik!" Pesan Puan Son kepada Yunhae yang sudah berapa langkah jauh dari rumahnya.
***
"Yun, petang ni kau free tak?" Soal Baekhyun merangkap kawan rapat Yunhae.
"Taklah Baek. Aku ingatkan nak pergi terus rumah majikan aku petang ni. Malas nak patah balik nanti. Kenapa?" Yunhae memandang Baekhyun di sebelahnya.
"Erm, tak ada apa-apalah. Tapi, kau tak penat ke nanti?" Soal Baekhyun sambil tangannya meraba-raba di dalam lokernya.
"Aku pergi awal, dapat balik awal." Jawab Yunhae. "Kau cari apa tu?" Soal Yunhae.
"Tadi aku letak eyeliner aku dekat sini, tapi hilang pula. Mana entah bendanya..." Baekhyun masih lagi meraba-raba di dalam lokernya.
"Aku pergi dululah, okey?"
Baekhyun mengangguk. Yunhae menutup pintu lokernya sebelum dia melangkah ke kelasnya tanpa Baekhyun yang masih mencari harta kesayangannya.
'Baru je aku nak ajak kau keluar, Yun.' Bisik hati Baekhyun.
***
"Yun, petang ni kau pergi lagi ke rumah majikan kau tu?" Yoona memandang Yunhae.
"Itulah rutin harian aku , Yoong." Yunhae meletakkan bukunya di atas meja.
"Boleh tak kalau kau teman aku shopping sekejap sementara nak tunggu kau pergi kerja?" Soal Yoona dengan senyuman.
"Mianhae, aku terus pergi rumah dia petang ni..." Yunhae memandang Yoona dengan muka bersalah.
"Hmmm, kalau macam tu tak apalah. Lain kali kau teman aku, ya?" Yoona menepuk bahu Yunhae.
"Okey!" Yunhae mengangguk sambil tersenyum.
***
Yunhae masuk ke dalam rumah majikannya setelah dia membuka kunci. Tuan Park memberinya kunci kedua rumahnya supaya senang untuk pergi dan balik memandangkan Yunhae mempunyai jadual kelas yang tidak teratur, sekejap balik awal, sekejap balik lewat.
"Awalnya sampai..." Hampir terjerit Yunhae dibuatnya apabila Puan Park menegurnya dari belakang.
"Oh puan. Yun datang awal sebab Yun nak balik awal. Lagi pun, malam ni omma suruh makan malam dekat rumah, boleh tak puan?" Soal Yunhae dengan harapan Puan Park membenarkan.
"Apa yang tak bolehnya? Boleh aje... Okeylah Yun, saya nak pergi kerja dulu. Buat kerja baik-baik, ya?" Puan Park memegang bahu Yunhae dengan senyuman.
"Baiklah puan. Tapi, Sunhee mana?" Yunhae menyoal Puan Park sambil melihat sekeliling mencari anak majikannya.
"Tuan Park dah bawa di sekali tadi..." Jawab Puan Park. Yunhae mengangguk lalu menghantarnya ke pintu.
Yunhae memulakan tugasnya dengan menyapu sampah. Dia melipat lengan bajunya sebelum mengambil penyapu.
"Kunci lagi..." Kata Yunhae apabila dia tidak berjaya membuka pintu bilik di tingkat atas. Selama dia bekerja dia rumah itu, tidak pernah sekali pun dia memasuki bilik tersebut.
Bukan dia tidak pernah untuk bertanyakan tentang hal ini kepada majikannya, tetapi setiap kali dia bertanya, jawapan yang diterima tetap sama iaitu, "Kamu abaikan je bilik tu."
"Apa-apa jelah..." Yunhae terus meneruskan kerjanya dengan mengemop lantai.
Someone call the doctor nal bujapgo malhaejwo
Sarangi byeong jungdeok overdose
Sigani jinal--"Yeoboseyo?" Yunhae melekapkan telefonnya ke telinga di sebelah kiri.
"Yunnie~"
"Kau nak apa, Baek?"
"Aku saja je call... Kau busy ke?"
"Mestilah aku busy. Aku tengah mop lantai ni..."
"Oh ya, aku lupa pula yang kau sekarang ni dekat rumah majikan kau, kan? Sorry ganggu kau, aku ingatkan kau dekat rumah tadi... Hmmm, tak apalah, malam nanti aku call balik, annyeong Yunnie~"
Baru sahaja Yunhae ingin membuka mulut, panggilan telah diputuskan. Yunhae mengerutkan dahinya sambil melihat ke arah skrin telefonnya.
"Nak apa entah Bacon ni..." Yunhae menyimpan kembali telefonnya ke dalam poket.
***
Baekhyun P.O.VAlah, aku baru je nak berbual dengan Yunhae. Dia kerja pula... Yunhae, bilalah aku boleh luangkan masa dengan kau? Huh...
"Siapa pula yang call aku ni?" Aku terus mencapai telefonku yang diletakkan di atas meja apabila telefonku menyanyikan lagu Moonlight. "Yeoboseyo?"
"Bacon!!!!" Aku terus menjauhkan telefonnya daripada telinganya sambil berkerut.
"Nuguseyo?"
"Bacon, kau tak ingat aku ke? Ni akulah, Chanyeol! Hahaha..."
"Chanyeol? Hmm, siapa ek? Chan... Oh, Chanyeol! Telinga capang tu eh? Woi, lama tak dengar khabar! Kau dekat mana sekarang?"
"Hahaha, aku masih lagi belajar dekat U.S. Maybe, cuti ni aku balik kut... Ha, tu yang aku call kau ni. Nanti jemput aku tau dekat airport?"
"Okay bro, tapi bila?"
"Nanti aku bagitahu. Sekarang ni aku tengah drive..."
"Oh, okey. Kau call aku nanti jelah, lagipun kau tengah drive, kan?"
"Okey okey. Nanti aku call kau balik..."
Panggilan diputuskan. Aku tersenyum sambil menyimpan nombor tersebut di bawah nama 'Goblin telinga capang', hahaha! Memang sesuai sangat nama tu dengan Chanyeol. Chanyeol ni kawan baik aku masa dekat sekolah rendah. Now dia sambung belajar dekat oversea. Lama dah aku tak jumpa dia...
"Baekhyun! Mari turun minum petang ni..." Laung ibuku dari tingkat bawah.
"Ya ma. Nanti Baek turun!" Kau segera turun daripada katil dan melangkah keluar dari bilikku.
End of P.O.V
YOU ARE READING
Babysitter of who?
FanfictionSon Yunhae telah bekerja di bawah Tuan Park sebagai pembantu rumah separuh masa. Dia juga merupakan seorang gadis yang masih belajar di Kirin High School. Yunhae tidak pernah ditugaskan untuk menjaga anak majikannya itu, Sunhee kerana majikannya men...