Sinaran cahaya matahari di pagi hari menyinari segenap wajah Yunhae menyebabkan dia terjaga daripada lena. Yunhae menutup muktnya dengan belakang tapak tangan apabila dia menguap sebelum meregangkan badannya.
Kemudian, dia turun daripada katilnya dengan mata yang masih lagi tertutup.
BAMMM!
"Aduh!" Yunhae menggosok punggungnya setelah dia tergolek dari katilnya. Tulah, lain kali mata tu buka luas-luas, barulah tak tergolek macam nangka busuk, eh?
Selepas itu, Yunhae mencuci mukanya dengan pencuci muka dan memberus giginya. Dia tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih di hadapan cermin di dalam bilik air.
Yunhae keluar dari bilik air sambil mengelap mukanya dengan tuala kecil. Kemudian, dia membuka almari bajunya dan mencapai sehelai baju dan seluar untuk bersukan.
"Kamu nak pergi mana ni?" Soal Puan Son apabila dia ternampak anaknya memakai pakaian seperti hendak pergi ke sukan olimpik.
"Yun nak pergi jogging pagi ni. Dah lama tak jogging, naik lemak dah badan ni..." Jawab Yunhae sambil menarik kerusi untuk duduk di meja makan.
"Aik, sejak bila pula anak omma ni nak jaga badan? Selama ni main sumbat je mulut tu tanpa kira gemuk ke tak..." Kata Puan Son sambil menghulurkan air teh yang dituang ke dalam cawan kepada Yunhae.
"Omma ni, janganlah cakap macam tu... Naik cuti nanti, confirm Yun dah slim, hahaha..." Yunhae berkata membuatkan Puan Son tergelak kecil.
"Yalah-yalah. Dah, makan ni..." Puan Son mengambil tempat duduk berhadapan dengan Yunhae
***
Yoona mencapai telefonnya yang berdering di atas meja dengan keadaan yang mamai. "Yeoboseyo?"
"Yoong, kau nak jogging ke tak ni? Dah lama aku tunggu kau dekat taman ni..."
Yoona melihat jam di dinding yang menunjukkan jam 8.30 pagi. Matanya yang tadi tidak boleh buka, sekarang sudah menjadi bulat.
"Yun, aku terlupa! Mianhae... Erm, kau tunggu aku. Lagi sepuluh minit, aku sampai. Tunggu tau?" Yoona mematikan panggilan tersebut lalu bergegas ke arah bilik air.
***
"Sampai juga minah ni." Kata Yunhae apabila Yoona menghampirinya dengan berlari anak.
"Hehehe, sorry. Aku terlajak laris, eh tak, terlajak tidur tadi..." Yoona membetulkan tali kasutnya yang hampir terbuka akibat dia tergesa-gesa di rumah tadi.
"Hmmm, yela tu. Dah lah, kita warming up dulu, kang nanti cram pula..."
Mereka berdua pun mula memanaskan badan sebelum memulakan senaman mereka pada pagi itu.
"Yun, kau jadi tak pergi Jeju?" Yoona memandang Yunhae sambil berjalan pantas.
"Ni aku nak bagitau ni, aku tak dapat join Baekhyun sebab majikan aku suruh jaga anak dia dua bulan ni..." Yunhae membalas pandangan Yoona.
"Jaga anak majikan kau? Kecil ke besar?" Soal Yoona.
"Kalau dah besar, buat apa nak jaga? Kecil... Umur dia dalam tiga or empat tahun gitulah..." Kata Yunhae, mengagak umur Sunhee.
"Tapi, kalau tak silap aku... Kau ni mana power dalan bab-bab macam ni, kan?" kata Yoona lagi.
"Tulah masalahnya. Aku bukan ada pengalaman jaga budak kecil-kecil ni..." Yunhae mengeluh.
"Habis tu, kau setuju tak?"
"Aku tak confirm lagi. Lagi pun ak--"
Kata-kata Yunhae terputus apabila dia dilanggar oleh seorang lelaki dari hadapan menyebabkan dia terjatuh di atas rumput.
"Yun! Kau okey tak?" Yoona membantu Yunhae untuk berdiri.
"Eh, awak ni lari tengok depan ke tengok belakang?" Perli Yunhae sambil membersihkan kotoran pada seluarnya.
"Eh, eh, eh... Kita pula yang kena. Kau tu yang halang jalan aku. Ni jalan untuk orang ramai, bukan untuk kau sorang je..." kata lelaki yang melanggar Yunhae sambil mengalihkan earphonenya dari telinga.
"Hello! Awak tu yang lari tak pandang depan, nak salahkan orang pula. Yoong, kenapa kau senyap je? Back up lah aku..." Yunhae memandang ke arah Yoona yang mendiamkan dirinya daripada tadi.
Lelaki tersebut turut memandang je arah Yoona dan dia terkaku seketika.
"Yoona?" Kata lelaki tersebut apabila riak mukanya berubah daripada marah kepada terkejut.
'Mamat ni kenal Yoona?' Soal Yunhae di dalam hati sambil memandang mereka berdua dengan kerutan di dahi.
***
"Im Yoona. Akhirnya, aku jumpa kau lagi! Dah lama rasanya kita tidak bersemuka! Aku rindu kau!!!" Jerit Chanyeol di dalam biliknya. Dia memeluk bantal peluknya dengan erat di atas katil. Dah serupa perempuan pula dia ni.
"Oppa! Shhh! Bising gila mulut oppa. Taulah baru balik Korea, janganlah excited sangat..." seketika kemudian, Sunhee membuka pintu bilik Chanyeol dengan muka yang berkerut. "Oppa ni lelaki ke perempuan sampai nak peluk bantal macam tu?" Sunhee melihat abangnya yang serupa perempuan yang bahagia.
Chanyeol terpinga-pinga sebentar sebelum dia memandang bantal yang dipeluknya. Kemudian dia terus mencampakkan bantal tersebut ke tepi sambil tersengih. "Mana ada oppa p-peluk bantal tu... dahlah Sunhee, pergi tidur sana..." Chanyeol menghalau adik perempuannya.
"Nak tidur apanya oppa? Baru pukul 12 tengah hari... Ish ish ish. Tak sangka, lepas oppa balik dari U.S, terus gila jadinya..." Sunhee memerli abangnya.
Chanyeol menepuk dahinya selepas dia melihat ke arah jam. Sunhee menggelengkan kepalanya sebelum menutup pintu bilik Chanyeol.
"Oppa bukan gila, tapi angau..." kata Chanyeol sendirian sambil memintal-mintal hujung sarung bantalnya.
"Apa? Oppa angau? Siapa perempuan yang malang yang diangau oleh oppa ni?" Tiba-tiba Sunhee membuka semula pintu bilik Chanyeol dengan mengejut.
"Eh saeng! Kau keluar sekarang!" Chanyeol terus membaling bantal kepada Sunhee lalu mengunci pintu biliknya. Dia dapat mendengar adiknya terkekek-kekek di luar. 'Yoona, I'm back to Korea!'
YOU ARE READING
Babysitter of who?
FanfictionSon Yunhae telah bekerja di bawah Tuan Park sebagai pembantu rumah separuh masa. Dia juga merupakan seorang gadis yang masih belajar di Kirin High School. Yunhae tidak pernah ditugaskan untuk menjaga anak majikannya itu, Sunhee kerana majikannya men...