"Yay! Esok dah mula cuti panjang!" Yoona menjerit kegembiraan di kaki lima menyebabkan dia dan Yunhae menjadi perhatian orang ramai.
"Yoong, slow sikitlah. Orang tengok tu, kau tak malu eh?" Yunhae menyinggul lengan Yonna dengan buku yang dipegang. Yoona hanya tersengih menampakkan barisan giginya yang putih.
"Sukanya kau... Sampai sana boleh dengar jeritan kau, tau tak?" sesaat kemudian Baekhyun datang ke arah mereka. Yoona menekup mulutnya dengan tangan.
"Mestilah suka. Cuti panjang ni boleh dia pergi shopping sepuas-puasnya..." Yunhae memandang Yoona sebelum dia memandang Baekhyun. Yoona hanya mengangguk sebelum dia menyimpan barangnya di dalam loker.
"Yun, cuti ni kau kerja juga ke?" Soal Baekhyun kepada Yunhae.
"Erm, maybe tak." Jawab Yunhae pendek sambil mengunci lokernya. Baekhyun tersenyum setelah dia mendengar jawapan tersebut.
"Apa kata kita pergi Jeju, nak?" Cadang Baekhyun. Yunhae terkejut lalu memandang Baekhyun dengan muka yang tak percaya. Yoona pula menyandarkan badannya pada loker sambil mendengar perbualan mereka berdua.
"Gila kau? Kalau aku pergi, takkan omma aku nak duduk sorang dekat rumah?" kata Yunhae.
"Bawalah omma kau sekali, apa susah? Lagi pun kau berdua je kan dengan omma kau, bukannya ada adik-beradik lain pun..." Baekhyun memandang Yunhae.
"Erm, nanti aku fikir-fikirkanlah. Tapi, takkan aku dengan kau je pergi?" Yunhae mula membuka langkah untuk pulang ke rumah begitu juga dengan Yoona dan Baekhyun.
"Apa salahnya?" Kata-kata Baekhyun membuatkan Yoona dan Yunhae memandangnya serentak. "B-bukan. Maksud aku, kita ajaklah kawan-kawan yang lain..." sambungnya lagi.
"Nanti aku tanya omma aku dululah. Kalau jadi, aku call kau, okey?"
"Okey!" Baekhyun menunjukkan tangannya yang berbentuk '0'. Kemudian, mereka mengucapkan selamat tinggal sesama sendiri. Tapi tak adalah sampai nak berpeluk bagai kerana mereka bukanlah tinggal berjauhan.
"Baek, cuti ni kau buat apa?" Soal Yoona setelah Yunhae sudah pulang.
"Erm, tak pasti lagi. Haa, aku nak bagitau kau ni. Kau ingat lagi tak secret admire kau masa dekat sekolah rendah dulu?" Baekhyun terseyum memandang Yoona.
"Ha? Secret admire aku? Ada ke? Siapa?" Yoona mengerutkan dahinya.
"Alah, takkan kau tak ingat? Si dia tu lah... " Baekhyun memberitahunya sambil ketawa.
Yoona masih lagi tidak dapat mencernakan apa yang Baekhyun katakan. Dia pernah ada secret admire ke dulu? "Siapa Baek?"
"Nanti aku bagitaulah, dah lambat ni, aku balik dulu, ya? Annyeong!" Baekhyun melambaikan tangannya ke arah Yoona.
Yoona tersenyum sendirian setelah Baekhyun hilang daripada pandangannya. 'Dapat juga aku berbual dengan dia,' kata hati Yoona.
***
"Omma, cuti ni omma ada buat apa-apa tak?" Soal Yunhae kepada ibunya yang sedang menjahit.
"Tak ada. Kenapa Yun?" Puan Son memandangnya sambil meletakkan jarum dan benang di atas meja.
"Baekhyun ada ajak pergi Jeju. Omma nak ikut?" Yunhae menukar posisi baringnya kepada duduk.
"Uish, jauhnya. Omma bukan ada banyak duit pun..." Puan Park mengerutkan dahi.
"Alah, tu tak payah risau... Yun ada duit sikit ni," Yunhae menutup televisyen dengan menggunakan alat kawalan jauh.
"Nak tu memang nak, tapi tadi Puan Park ada telefon omma..." kata Puan Son sambil menyimpan semua peralatan yang digunakan untuk menjahit.
YOU ARE READING
Babysitter of who?
Hayran KurguSon Yunhae telah bekerja di bawah Tuan Park sebagai pembantu rumah separuh masa. Dia juga merupakan seorang gadis yang masih belajar di Kirin High School. Yunhae tidak pernah ditugaskan untuk menjaga anak majikannya itu, Sunhee kerana majikannya men...