"Aduh, menyesal pulak tak pergi sekolah satu kereta dengan Luth", rungut Aira.Sudahlah sekarang ni dia sudah lambat untuk ke sekolah. Mahunya namanya ditulis dalam buku pengawas dan dimasukkan ke dalam rekod disiplin. Memikirkan perkara itu, dia menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.
'Kenapalah harini jugak cik Lamborghini kesayangan aku nak buat hal', desis Aira.
"Kalaulah aku tahu macam ni, baik aku pergi dengan kereta Mercedes along je"
"Kalaulah kereta kesayangan aku tak buat hal, mesti aku dah sampai sekolah"
"Kalaulah aku tak degil ikut cakap daddy untuk tumpang kereta Luth, mesti benda ni takkan jadi"
dan semua itu adalah 'KALAU'.
Ya, Aira kini tersidai di tepi jalan kerana Lamborghini kesayangannya meragam. Entah kenapa tiba-tiba harini nak bermanja. Selama ni takde pulak nak rosak bagai.
Nombor pemandu peribadi keluarganya didail. Dia harus meminta tolong Pak Mat juga untuk ke sekolah. Biar lambat, asal jangan ponteng sekolah kan? Tak gituu?
Nasiblah kau Aira, first day sekolah dah malang.
Selepas beberapa minit menunggu, akhirnya sebuah kereta hitam muncul. Aira cepat-cepat masuk ke dalam kereta tersebut.
"Kereta saya nanti macam mana Pak Mat?" soal Aira.
"Jangan risau cik muda, nanti saya akan minta Encik Han untuk uruskan kereta cik muda."
Aira hanya menganggukkan kepalanya. Kereta pacuan empat roda itu mula meluncur dan membelah jalan menuju ke High Alexis Zachary School.
❀ ────────── ❀
Aira's POV
Aku berjalan termengah-mengah menuju ke pintu pagar sekolah. Guess what? Seperti yang aku jangka, akan ada pengawas yang menjaga pintu pagar sekolah. Aku menilik jam tanganku yang berjenama Olivia Burton dan menghembus nafas kasar.
Aku berdehem dan membetulkan sedikit tudung yang kelihatan senget. Deheman aku menarik perhatian pengawas yang sedang ralit menyemak buku nota kecilnya.
Aku rasa dalam tu ada nama pelajar-pelajar yang datang lewat. Dan aku pasti nama aku akan berada dalam buku tu sekejap sahaja lagi. Huwaa mummy kenapalah nasib Aira malang harini.
Pengawas tersebut melihat aku dengan pandangan pelik. Sekejap matanya ke atas dan sekejap ke bawah.
Tak pernah tengok orang datang sekolah lambat ke? Heh.
" New student? Form?" soalnya.
" Yep, actually I'm a form 5 student. Sorry for coming late to school. My car broke down in the middle of the road."
Cehh. Kan speaking gituw. Apa? Ni sekolah elit kut. Takkan nak tunjuk jakun datang sini? Takut orang tak faham je kalau aku cakap melayu. Maklumlah semua anak orang kaya je yang masuk sekolah ni.
Opss terriak pulak. Aku ulang *TER
" Nah, it's okay. Memandangkan kau first day kat sekolah ni and alasan kau munasabah, aku lepaskan kau walaupun kau lambat 15 minit " kata pengawas itu.
Oh my god! Aku bermimpi ke?
"Wait, seriously? Thank you. Em, anyway apa nama awak? " tanya aku teruja.
"Rayyan Haikal, 5 Emund" katanya ringkas dengan senyuman yang menampakkan lesung pipitnya. How cute?!
Aku hanya mengangguk sambil tersenyum manis. Aku harap aku sekelas dengan dia. Mungkin aku boleh jadi kawan dia?
Baru sahaja aku hendak melangkah melepasi pintu pagar sekolah, ada suara yang mencelah.
" Ray, seriously kau lepaskan dia? Apa dia ingat ni sekolah atuk nenek dia ke nak suka hati datang lambat?" tanya seorang lelaki yang tingginya aku syak 176 cm? Mungkin. Kacak jugak orangnya. Muka dia macam mix and mata dia paling memukau. Warna biru muda.
Please hati jangan cepat sangat cair.
Oh jap. Dia ada kata "ingat ni sekolah atuk nenek dia yang punya ke?". What the frog?! Ni memang sekolah atuk dan nenek aku punya lah. High Alexis Zachary School ni atuk aku yang bina. The heck?
"Biarlah, dia kan new student. Kau ni tak rilek la Hay. Dia pun mungkin tak tahu peraturan sekolah ni lagi." ujar lelaki tadi atau lebih dikenali sebagai Rayyan.
" Ah, tak kira. Peraturan tetap peraturan. Tak kira new student ke old student ke. Denda tetap denda" ujar lelaki itu tanda tidak puas hati.
Such a annoying boy. Harap je muka hensem, tapi tak berperikemanusiaan langsung. Aku harap bukan dia yang jadi headprefect nanti.
"Kau ni takde commen sense langsung kan? Aku ni new student tau tak. Please la, kereta aku rosak kut. Kau expect apa? Aku memang sengaja nak datang lambat? Go hell" marah aku dan tanpa aku sedar suara aku naik senoktaf.
Rayyan yang berada di situ hanya terbeliak matanya. Mungkin tak percaya kut aku cari pasal dengan mamat tu. New student biasanya akan sopan, ayu, malu-malu. Please lah ni Aira kut. Bakal headrefect dekat sekolah lama. Cehh.
"Oh, new student dah berani tunjuk taring ye? Kau tunggulah, kau tak kenal lagi kitorang ni siapa", ujar Haydan dengan senyuman yang sinis.
Dia famous sangat ke sampai aku kena kenal dia? Oh please. Tolong jangan bagi aku sekelas dengan mamat kerepot ni. Aku tak sanggup dan harapnya ini kali pertama dan terakhir aku jumpa dia.
"Suka hati akulah. Kau tu yang cari pasal dulu. Konon prefect, semua benda nak kena perfect", perli aku lalu meninggalkan mereka berdua.
Bukan takut, tapi malas nak cari gaduh. Nanti tak pasal-pasal aku kena gantung sekolah sebab benda remeh temeh macam ni.
Aku terus berjalan sambil meliar-liarkan pandangan untuk mencari pejabat. Bukan main besar lagi kawasan sekolah ni. Kalau hari-hari macam ni, mahu kurus aku dibuatnya. Apabila terjumpa papan tanda pejabat sekolah, aku cepat-cepat masuk ke sana.
Kan aku dah kata, aku ni masih ingat jalan sekolah ni walaupun dah 2 tahun tak datang sekolah atuk Zach.
YOU ARE READING
MSH | MY SWEET HEADPREFECT
Non-FictionHAZS atau dikenali sebagai High Alexis Zachary School merupakan suatu sekolah persendirian elit yang dikhaskan untuk golongan bangsawan. Sebut sahaja nama sekolah itu, pasti semua orang sudah mengenalinya. Namun siapa sangka, di situlah detik pertem...