Satu

34 3 14
                                    

Tarik nafas, lepas. Tarik nafas, lepas. Dah tenangkan diri sebab berlari dari parking kereta jauh, aku mulakan langkah dengan kaki kanan gitu. Bau makanan mahal menusuk hidung, kebetulan tengah lapar.

" Saya datang untuk reunion." kataku kepada pelayan lalu dia bawak aku ke meja bertempat kawan kawan satu sekolah semasa highschool dulu.

Sampai bilik VIP, semua bekas rakan sekelas 3-3 dulu dah berkumpul. Ye aku sebenarnya lambat 15 minit.

Aku ucapkan terima kasih kat waiter muka jambu tadi lalu duduk.

" hai" kataku lalu duduk dan suap salad ke mulut. Memang dah tersedia atas meja tak tersentuh. Aku dah cakap tadi ku lapar.

Yang lain terus menjeling menyampah dan mengumpat aku dengan senyap. Ingat aku tak perasan? Dah aku pesan makanan, aku minum air kosong yang tersedia. Tak lama lepastu pesanan aku terus sampai. Fuhh, restoran mahal punya service terbaik wo.

" dahla datang lambat, sampai sampai je terus makan. Tak tahu malu" jeling Anna lalu menyuap buah strawberry dipped yogurt ke mulut.

" Sebab aku ada kerja, banyak hal yang nak diuruskan. Ye la, aku bukannya senang macam kau. Jadi sugar baby mana ada banyak kerja kan? Free sentiasa" sambung aku sambil memusing garfu lalu menyuap bolognese pasta ke mulut. Mmm, sedap.

Orang lain dalam ruang bilik tahan senyum. Masing masing menghirup wain untuk membasahkan tekak. Wajah Anna merah padam menahan malu.

Tak lama kemudian masuk pasangan bercinta, Henry dan Shima. Shima yang rajin buat dinner reunion ni, nak menunjuk harta boyfriend dia, yang sponsor dinner ni. Hampir tiap bulan dia buat event ni aku pun jadi jemu. Nasib baik restoran ni lain dari yang biasa dia book. Rasanya ni restoran paling mahal yang dia pernah booked. Dia tak pernah suruh kitorang bayar. Always his boyfriend tanggung semua.

" Hey Nana, dah sampai? Wah banyak kau makan eh, tak takut gemuk balik ke?" sindir Shima lalu menarik Henry duduk tak jauh dari aku.

Shima memanjangkan tangan nak menggapai pinggan salad lalu tuang sedikit ke piring. Lepas tu ambil garfu jauh dari dia sedangkan garfu memang dah tersedia di depannya. Ohh tunjuk jewellery baru rupanya, aku perasan pun sebab Anna yang tegur.

" Wah, isn't this Swarsvoki's new design? Cantik nyaa." puji Anna, bersinar mata dia tengok susunan teliti 56 butir permata halus dan sebutir permata berwarna kuning di tengah, iaitu bunga daisy kegemaran aku. Cincin bunga daisy ni buat si pemakai nampak lebih muda dan trendy. Nampak macam too much sebab menonjol tapi masih nampak simple, comel dan innocent. Mana aku tahu?

Aku yang design.

Tapi mereka tak tahu aku top jewellery designer untuk Swarsvoki. Aku bagi tahu yang aku kerja kedai jewellery dan diorang terus assume aku seller biasa. Aku tak menipu ye, diorang yang assume macam-macam.

" Yes cuma ada 5 design di dunia dan 2 of 5 ada kat Genevia, nasib baik Henry sempat grabbed it for me. I am a big fan of Ms Nini Wang, design dia semua cantik cantik. Dan cincin ni collection daisy terakhir dia, aku tak sabar for the next collection aah!" teruja Shima. Muka Henry kat sebelah pasrah je. Aku tahu cincin tu mahal tapi Henry sekarang kaya kot, dia lebih dari afford nak mandikan Shima dengan kemewahan.

He owns an insurance company duh.

" Ye aku dengar Daisy collection ni favourite Nini Wang. Kalau ada dua je keluaran design ni, kau tahu tak siapa yang dapat another one?" tanya Anna. Dia nak mintak sugar daddy belikan kot lol.

" Aku dengar designer tu sendiri yang kept the other one. That's mean Ms Nini Wang ada kat Genevia."

" Oh I thought Nini Wang from China? "

mad at disneyWhere stories live. Discover now