tiga

9 0 0
                                    

Nana mengejar pelajar bermotosikal tadi ke tempat meletak motor dan basikal.

" Weh weh adham macam mana kau boleh ada kat sini sekali?" jerit Nana dengan tercungap-cungap sebaik sahaja sampai ke tempat letak motor

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" Weh weh adham macam mana kau boleh ada kat sini sekali?" jerit Nana dengan tercungap-cungap sebaik sahaja sampai ke tempat letak motor.

" Apa benda perempuan ni." kata pelajar tersebut lalu mengatur rambut di depan cermin sisi motor.

" Wuu macam bad boy lah kau. Rambut mullet dengan tindik telinga bagai wah kau Adham boleh tahan eh. Handsome lah kau macam ni" teruja Nana. Pelajar lelaki tadi memandangnya dengan marah.

" Kau apa benda sial, berambus ah! Kacau mood aku je tengok muka kau pagi pagi." kata pelajar lelaki tadi lalu menolak kasar Nana sehingga hampir terjatuh. Nana hairan, tidak pernah dia melihat Adham berkasar dan meninggikan suara. Nana tengok tag nama

Han Seojun.

Dan Nana tengok name tag dia sendiri, Im Narae.

" okay ni pelik. Sangat pelik." kata Nana lalu lari dari situ. Kaki bergerak dengan sendiri nya menuju ke kelas. Meja Nana berada di belakang sekali, yang kedua selepas satu meja di tepi tingkap.

Meja Nana penuh dengan contengan dan sampah makanan. Nana dengan selamba mengutip sampah dan buang ke tong sampah. Meja dilap dengan tisu basah.

" Ceh acah je nak membuli. Kalau nak vandalisme pun pakai marker permanent ah, tau pulak takot" bebel Nana.

" Yah, buang ni sekali!" kata seorang pelajar perempuan membaling kotak susu kosong ke arah Nana lalu sekelas mengetawakan Nana.

" Yah! Buang sendiri lah, ko tempang ka?" kata Nana selamba lalu membaling semula kotak susu tadi tepat ke dahi pelajar perempuan tadi yang bernama Chaejin.

Rakan sekelas lain semua terkejut kerana Nana melawan. Nana pelik semua orang memandangnya seolah olah Nana ini alien.

" Weh kita kelas asing dengan lelaki ke? Semua gegirl je dalam ni aku tengok?" tanya Nana dengan mesra .

Semuanya mengerutkan kening lagi dan berwajah kehairanan yang amat. Tak ada seorang pun yang menjawab  pertanyaan Nana.

' Rasanya aku masih bertutur bahasa Korea, kenapa semua macam tak faham' fikir Nana.

"Lantak korang lah. Aku nak beli roti jap" kata Nana lalu keluar dari kelas. Mata-mata yang lain juga ikut gerak geri Nana sehingga keluar dari kelas lalu mereka berbisik sesama sendiri. Buat apa nak bisik? Orang yang diumpat dah keluar kan?

Nana berjalan sambil matanya melilau melihat suasana sekolah versi Korea ini. Nana masuk sekolah dari pagar belakang jadi dia ke depan nak tengok hallway.

"Memang betul lah ni mimpi, semua benda tak logik aku nampak." kata Nana setelah terserempak dengan seorang pelajar perempuan berambut putih ungu *sedang berbual dengan kucing berekor 9 yang entah datang dari mana.

mad at disneyWhere stories live. Discover now