1

145 7 2
                                    

"Aisy, tadi aku terserempak dengan pengetua." kata Raysha dengan girang. "Aik , terserempak dengan pengetua pon happy? Kenapa , kau suka pengetua ke?" Aisy Qairina ketawa terbahak-bahak

"Ish bukan la ! Tak macam ni tadi aku ternampak sorang budak baru sebelah pengetua, hensem weh. Kalau kau tengok mesti kau tangkap cintan punyalah! And dengar- dengar dia sebaya dengan kita" ucap Raysha dengan panjang lebar

"So?" soal Aisy Qairina beriak kosong

"Kau ni menyampah la aku cakap dengan kau" dengus Raysha pura-pura merajuk."Dah la jom aku belanja kau makan okey ?" pujuk Aisy Qairina

"Hehe, sayang baby" Raysha tersengih

"Mengada"

Mereka berdua berjalan menuju ke arah kantin tiba-tiba

BUK "Arghhhh sakitnya !"

"Maaf saya tak sengaja!" ujar Aisy Qairina yang kelihatan gelabah apabila terlanggar bahu  seseorang.Dia yang melihat Aisy Qairina itu terpesona dengan kecantikan alami yang dimilikinya.

"Eh takpe takpe hehe. Nama awak siapa?Saya Aisy Arryan boleh panggil sayang" sengih Arryan

"Gatalnya mamat ni" bisik Aisy Qairina kepada Raysha. "Hm inilah mamat yang aku cakap tadi" balas Raysha

"Hello ? saya tanya ni"

"Jom pergi Sha lelaki ni dah gila" hirau Aisy Qairina
dan berlalu pergi

"Aik aku ni tunggul ke halimunan ke apa ?" Arryan menampar lembut pipinya.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

"Weh mamat tu macam suka kau je" Raysha tersengih macam kerang busuk

"Can you please stop talking about him? Aku rimaslah dari tadi kau membebel pasal dia.Kalau kau suka dia pergilah ngorat dia." Aisy Qairina mengeluh kesal

"Hm sorry la aku tak akan cakap pasal dia dah"

Murid 5 Cempaka bangun apabila Cikgu Liza iaitu guru kelas mereka tiba di kelas.

"Assalamualaikum cikgu" ucap Fuad, ketua kelas diikuti pelajar di dalam kelas 5 Cempaka

"Waalaikumussalam, semua boleh duduk.Okey harini kita ada murid baru sila perkenalkan diri awak" ramah cikgu Liza

"Hi semua saya Aisy Arryan.Korang boleh panggil apa-apa pun.Baby pon boleh"  Arryan tersenyum nakal

Riuh satu kelas dengan kedatangan murid baru itu.

"Hahahaha okey cukup . Arryan awak boleh duduk sebelah Anas." arah Cikgu Liza

Benci tapi Sayang (slow update)Where stories live. Discover now