9

53 3 3
                                    

Sebulan berlalu, Arryan tetap mengikuti Aisy Qairina kemana sahaja dia pergi. Tujuan dia hanya satu iaitu,  meminta maaf. Takkan la disebabkan gurauan tu Aisy Qairina tak nak layan dia?  Tak mahu berkawan dengan dia? Boleh dikatakan hampir setiap hari Arryan pergi ke rumahnya selama sebulan ini.

Raysha memandang sayu Arryan yang kelihatan menyesal. Jika itu keputusan Aisy Qairina dia tidak boleh melakukan apa-apa. Ketika gadis manis itu menyayangi seseorang, dia akan menjaga orang itu sehingga tiada siapa yang boleh menyentuhnya.Tetapi saat benci, hati gadis itu sangatlah keras sehingga susah untuk dipecahkan.

"Raysha.. please? " rayu Arryan. Dia sangat sukakan Aisy Qairina sejak hari pertama dia menjejakkan kaki di sekolah itu. Tetapi dia tidak tahu cara mengungkapkan perasaanya. Dengan mencari pasal satu-satunya cara agar dia selalu dekat dengan Aisy Qairina. Apabila Aisy Qairina menjauhkan diri daripadanya buat dia rasa sunyi

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

"Sorry, Arryan aku bukan tak nak tolong kau... Tapi kau faham-faham jela Aisy. Dia keras kepala. Bukan setakat keras kepala, hati sekali keras. Aku pon tak tahu macam mana nak tolong kau" ucap Raysha serba salah

"Macam ni la, aku akan tolong pujuk dia.Birthday dia nak dekat dah.. kau faham kan maksud aku? " sambungnya menyumbangkan idea kepada Arryan

"Faham-faham.Thank you Raysha!  Kau lah sahabat baik yang pernah aku ada hehe sayang kau" Arryan berkata dengan nada teruja. Dia mengacah ingin memeluk Raysha

"Eh- kau pahal!!!ketiak dah la busuk,si  bukan mahram!" jerkah Raysha dan berlari ketakutan. Dengan kakinya yang pendek tidak dapat mengalahkan langkah Arryan.

Aisy Qairina terlihat sahabatnya bersama Arryan. Timbul satu perasaan yang janggal. Cemburu?  Mustahil... tapi itu yang dia rasakan sekarang ini. Hatinya sakit melihat mereka berkejaran. 'Ah, apa yang aku fikir ni. Nonsense!' Dia tidak mahu megambil serious soal hatinya ketika ini.

Aisy Qairina,siapa tak kenal? Hampir satu sekolah tahu yang dia memang seorang yang keras kepala selepas dia putus dengan bekas kekasihnya. Kerana itu tiada siapa yang berani mencari pasal dengannya..Aisy Arryan orang pertama yang telah membuat dia berubah 360°.

Aisy Arryan melihat Aisy Qairina memang ke arah dirinya yang sedang mengacah ingin memeluk Raysha dengan tatapan tajam seperti tidak puas hati. Seperti ada api di matanya membuat Aisy Arryan segera berhentikan dirinya daripada  mengacah untuk memeluk Raysha lalu dipukul Raysha.

"Aku rasa Aisy akan marah kau jugak lah sebab aku acah nak peluk kau. Ye lah Aisy kan benci aku. Aku pulak pergi acah acah peluk kau" bisik Aisy Arryan kepada Raysha lalu matanya mengarahkan Raysha untuk melihat ke arah dimana Aisy Qairina berada.

Ketika Raysha melihat ke arah dimana mata Aisy Arryan mengarahkan untuk lihat, Raysha melihat Aisy Qairina sedang melarikan diri. Rasa tidak senang hati muncul dalam hati Raysha. Dia segera mengejar Aisy Qairina yang sedang melarikan dirinya itu tetapi tidak dapat.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Keesokkan harinya, Aisy Qairina hadir ke sekolah pada awal pagi. Aisy Qairina melihat seorang demi seorang masuk ke dalam kelas lalu melihat Raysha berdiri di depan pintu kelas memandangnya dengan tatapan bersalah. Aisy Qairina hanya memberi senyuman kecil lalu memandang ke arah luar tingkap. Dia rasa marah dan sedikit cemburu. Dia merasa marah kerana dia mendengar perbualan Raysha yang ingin menolong Aisy Arryan dan dia merasa sedikit cemburu atas sebab yang dia sendiri tidak tahu.

"Aisy... Sorry lah Aisy..." Kata Raysha dengan nada yang sedih. Aisy Qairina memulaukan pemintaan maaf daripada Raysha. Aisy Qairina sebenarnya ingin memaafkan Raysha. Cuma... dia sengaja keraskan hatinya kerana Raysha ingin menolong 'sahabat barunya' nya, Aisy Arryan untuk memujuk dirinya

"Haish..." Raysha mengeluh kuat. Nampaknya dia pun kena cari jalan untuk meminta maaf kepada Aisy Qairina. Walaupun dia ialah kawan baik Aisy Qairina, tetapi dia sendiri pun tidak tahu cara untuk meminta maaf kepada Aisy Qairina. 

Keadaan kelas hari ini sedikit sunyi. Bukan kerana ramai tak hadir, tetapi kelas itu terasa kosong.Seperti hati Arryan , dia tidak bertingkah gila seperti selalu malah dia hanya diam membisu di tempat duduknya.Termenung. Itu yang Aryyan lakukan sepanjang hari.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

"Aisy palau aku weh hari ni. Betul lah kata kau dia mungkin marah aku sebab aku dekat dengan kau. Aku rasa dia dengar yang aku nak tolong kau. Hari ni dia bersuara bila cikgu tanya soalan je" jelas Raysha panjang lebar kepada Aisy Arryan.

"Hmm semalam aku pergi rumah dia... Tapi bila aku bagi salam, yang jawab mak dia. Bila aku cakap nak jumpa Aisy, mak dia kata yang Aisy tak nak jumpa aku...even mak dia dah pujuk dia" jelas Aisy Arryan dengan nada sayu

Mereka menatap antara satu sama lain dengan tatapan kecewa yang mendalam. Nak buat macam mana, masa tidak boleh diputarkan balik. Terlajak perahu boleh di undur, telajak kata HAH padan muka!


Sejak dua menjak ini , Aisy Qairina pergi ke sekolah pada awal pagi. Pulang juga cepat. Biasanya dia akan menunggu Raysha atau Raysha akan menunggunya. Tetapi hari ini tidak.

Kebetulan minggu ini dia yang bertugas menjaga pagar sekolah. Jadi dia selalu berjalan dengan rakan bertugasnya, Aina.

"Aisy rasanya kita dah boleh tutup pagar ni.Dah pukul 7:30, perhimpunan dah nak mula." kata Aina

"Okey,kau pergi jaga pelajar yang lambat tu. Biar aku tutup pagar.."

Baru sahaja Aisy Qairina mahu menarik pagar itu, tiba-tiba seseorang berlari kencang ke arahnya.....

Benci tapi Sayang (slow update)Where stories live. Discover now