10

35 2 11
                                    

"Please,pleasee jangan tulis nama aku" mohon Arryan dengan nafas yang tercungap-cungap.Dia terlewat buat pertama kali kerana ketinggalan bas.

"Asal lewat?" soal Aisy Qairina kasar lalu memandang ke arah lain.Rasa benci untuk memandang wajah yang memalukannya di depan kelas.

"Aku..kena tinggal dengan bas..Sorry..but pleaseee jangan tulis nama aku." rayunya lagi

"Lewat tetap lewat.No excuse." Aisy Qairina mencatat nama Arryan dan menyuruhnya berkumpul dengan sekumpulan pelajar yang lain.Aisy Qairina memandang Arryan yang masih berdiri tegak di hadapannya.Muka cemberut di buat.Habis rosak prestasinya disebabkan lewat.

"Tunggu apa lagi? Pergi sekarang!" Aisy mengarah Arryan pergi berkumpul bersama yang lain

"Argh!! habis kalau orang nampak muka kacak ni berdiri sekumpulan dengan pelajar yang lewat" Arryan membuat 'baby face'. 

"Tak comel pon" ujar Aisy Qairina. Mulut kata lain,hati kata lain.Itulah diri Aisy Qairina,tak pernah jujur tentang perasannya.

" Act kau memang comel pon...I'm dying..Mama help your daughter' bisiknya dalam hati.Aisy Qairina menahan senyum,bibirnya dikemamkan.

"Dah, pergi berkumpul dengan diorang. SEKARANG!" Aisy Qairina sedikit meninggikan suaranya.

Arryan berjalan ke depan dengan langkah yang malas sambil menundukkan kepalanya. "Bukannya  selalu aku lewat..baru sekali kot" bisiknya sendiri

"Ha, mengumpat aku la tu. Nak kena cili ke?" Aisy Qairina menjerit kecil.

Arryan tersenyum. 'cute siot budak keras kepala ni'

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Setelah habis perhimpunan pada pagi Isnin itu, semua pelajar bersurai ke kelas masing-masing.

"Aisy...marah aku lagi ke?" Raysha mencuit Aisy Qairina perlahan. Aisy Qairina yang sedang termenung mengalihkan pandangannya kepada Raysha

"Ada nampak macam aku marah kau ke?" soalnya perlahan.

"Haah"  Raysha menggangguk laju.

Aisy Qairina akui, dirinya sunyi tanpa gadis periang itu. Dia memandang ke arah Arryan yang sedang bermain calculator seperti orang...gila? Jejaka itu telah merenggangkan persahabatan mereka berdua.

'Tapi..aku dah mula sayangkan dia' bisiknya dalam hati

"Raysha...aku minta maaf sebab hindarkan diri daripada kau selama ni" Aisy Qairina menghulurkan tangan, meminta maaf kepada Raysha.

Dia tidak boleh hidup tanpa sahabatnya. Raysha satu-satunya orang yang berani menegurnya dan menemani dikala suka dan duka Aisy Qairina. Walaupun otak Raysha biol sikit

"No, babe. I am the one who should apologize. Aku rasa aku dah buat kau jealous waktu aku dengan Arryan...ada dekat taman sekolah" ayat terakhirnya diperlahankan. Takut Aisy Qairina memarahi dirinya kembali

Aisy Qairina tersenyum manis. "Ee sayang aku ni... buat apa lah aku nak cemburu dengan kau..bukannya aku suka dia pon" Aisy Qairina mencubit pipi Raysha dengan kuat. Ya, dia berbohong. Dia menafikan perasaan yang timbul di dalam hatinya. Bagi Aisy Qairina, biarlah waktu yang menentukan.

"Aduh! sakitla Aisy...kau ni kasar betul lah!" Raysha memusingkan badannya membelakangi Aisy Qairina.

Arryan yang terdengar gelak tawa mereka berdua terus bangun dari tidurnya. Dia memandang Aisy Qairina yang kembali ceria. Arryan tersenyum tipis. Dia suka melihat wajah ceria gadis itu.

"Aisy, esok birthday kau kan? Kau buat party tak tahun ni? Aku nak makan chocolate cake dengan laksa yang mama buat la" ucap Raysha dengan semangat. Dia suka dengan yang namanya 'makanan' , sebab itu lah dia single. Makan makan makan. Tiada benda lain yang nak difikirkan. Sebab tu chubby.

"Hm tahun ni aku tak buat besar-besar. Aku invite kau jela eh. Malas la aku nak invite ramai orang. Lagipon dah besar an"  Aisy Qairina membalas.

"Ouh okey.."

Pada masa yang sama, Arryan yang sedang menguping pembicaraan mereka mengeluh. "Dah tu, aku macam mana?" Arryan berkata sendirian

"Nak join, Arryan?" tidak disangka Aisy Qairina mendengar keluhannya.

"B--boleh ke?" soal Arryan tergagap-gagap

"Hm .. boleh lah" Aisy Qairina dengan laju mengalihkan pandangannya. Malu untuk menatap wajah Arryan.

"Yes! Thank you Aisyayang!!" Arryan  menarik tudung Aisy Qairina.

"Woi sakit lah siot! Kau pahal!" Aisy Qairina memarahi Arryan. Raysha hanya menjadi pemerhati daripada tadi. Aisy Qairina tak lagi menampakkan riak benci di wajahnya. Tetapi...cinta? Yah, akhirnya!!!

"Eh, asal bersayang-sayang ni" soal Raysha tersenyum nakal.

"Sayang apanya?" Aisy Qairina  menyoalnya kembali. 'Bila masa aku panggil Arryan sayang ek'?

"Aku gurau jela hehehe" Arryan menggarukan kepalanya. Dia tak mahu Aisy Qairina membenci dirinya kembali

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Tiba majlis hari jadi Aisy Qairina yang ke-17. Suasana pada malam itu sungguh sunyi kerana hanya keluarga Aisy Qairina dan juga kekuarga Raysha

"Weh, Arryan tak datang lagi ke?" Aisy Qairina bertanya kepada Raysha. Ah, kenapa dirinya asyik memikirkan Arryan

"Tak tahu lah" Raysha menjawab dengan mulut penuh. Tangan kanan memegang pinggan makanan berat dan sebelah kiri memegang pinggan kuih-muih. Penuh satu meja dengan makanan yang dia ambil.

"Weh, tak sopan betul lah kau! Gelojohnya..euu" Aisy Qairina menegurnya. Raysha mengeluarkan dua jarinya ✌️ sambil tersengih.

"Patut ah single.. kan kakngah?" sampuk Harraz. Dia berjalan mendekati mereka dan duduk di sebelah Raysha.

Terbatuk-batuk Raysha tersedak selepas mendengar ayat yang dikeluarkan dari mulut adik kawan baiknya. Harraz segera menghulurkan air yang ada di hadapannya.

"Eh, kau mengata orang nampak. Hello? Kitorang nak SPM tau, kena lah fokus belajar.Bukan macam kau!! Semua perempuan kau jadikan girlfriend. Tak padan dengan PT3 !"

"Helok sikit..dorang yang beria ngorat aku. Kau jealous an sebab kau suka aku. Eleh, macam aku tak tahu kau suka aku.. Dulu waktu main kahwin-kahwin kau sibuk nak jadi bride aku. Pastu--"

"STOP!! Ee,bising lah..Siapa yang suka kau ni ee buta betul orang tu" Raysha memotong kata-kata Harraz. Semua cerita nak di ungkitnya. 'Huh, nasib sempat potong... kalau tak kantoi rahsia besar aku! Eee..bodohnya la mamat ni. Kalau aku piat telinga baru tahu' bebelnya Raysha dalam hati.

Harraz menjelirkan lidahnya. Puas hatinya dapat mengenakam gadis itu. Aisy Qairina ternganga melihat pergaduhan mereka berdua. 'Aku ingat aku dengan Arryan je suka gaduh. Dua kali lima je dorang ni'

"Aisy!" suara Puan Amalin  menghentikan mereka bertiga. Puan Amalin kelihatan cemas. Terketar-ketar suara wanita paruh baya itu.

"Kenapa ma"?

"Ar---ryan..."

"Ma, Arryan kenapa ma?!" Aisy Qairina segera menghampiri Puan Amalin

"Arryan accident"

bersambung 🦋

Benci tapi Sayang (slow update)Where stories live. Discover now