Y/n's POV"Kakak Y/n.." Panggil adik aku yang bongsu, Hani.
Wajahnya aku pandang sayu. Baru darjah tiga, tapi ngam teruk lah dengan aku yang umur 19 ni. Ha nampak tak yang aku ni suka budak-budak? ehe.
"Ya?" Aku menyamakan tinggi aku dengan dia. Walaupun aku pendek, tapi aku mestilah lagi tinggi dari adik aku kan? Haih itu pun nak kena beritahu.
"Lama ke kakak pergi?" Tanya dia dengan raut wajah yang sedih.
"Tak lama pun. Kejap je, kakak balik lah. Lagipun kakak pergi sana nak belajar." Air matanya aku lap menggunakan ibu jari aku.
Ya Allah air mata aku serius dah nak jatuh dah ni. Taksampai hati rasanya nak tinggalkan keluarga aku kat sini. Aku sedih, tapi dalam masa yang sama gembira sangat.
Wajah keluarga aku, aku pandang seorang demi seorang sayu. Adik aku Nina tu pun diam je. Takbercakap pun dengan aku. Malulah tu nak nangis depan aku.
Baru sahaja aku nak membuka mulut tiba-tiba ada suara katak menyanyi.
Neol talmeun deushan seulpeun mellodi
Ah-ah, ah-ah
Ireohge nal ullineunde, eh-eh
Ne hyanggineun dalkomhan felony
Ah-ah, ah-ah
Neomu mipjiman saranghaeShazvina menyanyi siut. Aku sempat bermonolog siap mengumpat dalam hati lagi. Aku tergelak sendiri.
Tawa aku pudar, tangisan pula yang berganti. Sayu je suara dia menyanyi lagu Stay daripada kumpulan Blackpink itu. Lagu ni memang aku akan dengar kalau aku sedih. Dan sekarang ni dia tambahkan lagi kesedihan aku.
Eoduun bami nal gadugi jeone
Nae gyeoteul tteonajima
Ajik nal saranghani nae mamgwa gatdamyeon
Oneureun tteonajima
Gudi neoyeoyaman haneun iyuneun mutjima
Geujeo nae gyeote stay with meAku terus peluk dia lepas dia nyanyi tu. Dia pun menangis juga. Aku leraikan pelukan kami. Lepastu aku tunjal kepala dia.
"Engkau ni pahal nyanyi lagu tu? Kau jangan salah faham tau, aku peluk kau ni sebab aku kesian dengar suara kau macam katak nak mati."
"Ouch!" Aku jerit kecil. Sakitnya weh kena cubit. Taksangka ni hadiah aku dari dia. Aku tengok dia tersenyum.
"Dah lah kau, belajar elok-elok. Ingat tau janji kau. Bawa Seokjin balik." Sempat dia mengusik aku. Tunggulah nanti mulut dia masin baru tau.
Kapal terbang lagi berapa jam sampai, aku kena masuk balai berlepas dah sekarang. Aku salam mama dengan ayah. Adik aku, Hani aku peluk seeratnya.
Aku berjalan terus kehadapan tanpa menoleh. Taksanggup rasanya nak tenung wajah insan-insan yang aku sayangi.
Tapi hati aku takboleh. Aku tetap kena toleh. Aku pandang belakang, aku nampak mereka masih setia melambai aku. Aku menangis semahunya. Mahu sahaja aku campak bagasi aku, dan berlari kearah mereka.
Aku lap air mata aku dan terus mempercepatkan langkahku yang terhenti.
☾︎☾︎☾︎
Earphone aku sumbat ditelinga. Air mata aku jatuh tanpa henti. Orang disebelah aku, tidak aku hiraukan. Biarlah dia nak cakap apa pun, sekarang ni aku tengah layan perasaan aku.
YOU ARE READING
❪ な ❫⠀𝐀𝐁𝐘𝐒𝐒⠀❞ ᵏˢʲ
Fanfiction❛❛ 𝗗𝗶𝗮 𝘁𝘂 𝘁𝘂𝗮, 𝗮𝗸𝘂 𝗻𝗶 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗱𝗶𝗮. 𝗔𝗽𝗮 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗻𝘆𝗮 𝗮𝗸𝘂? 𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗮𝘂 𝗰𝗮𝗿𝗶, 𝗮𝗸𝘂 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗶𝗻𝗮 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗮𝗸𝘂 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶...