Y/n's POV
Setelah semua mengambil tempat masing-masing , semua ahli BTS mula berbual-bual bersama ARMY.
Sesekali aku tergelak dengan gelagat mereka yang lucu itu. Huh, macam kanak-kanak ribena mereka ni. Riang dan mesra sangat! Ah, ni yang buat aku makin angau dengan mereka ni.
Beg yang aku pakai, aku letak dibawah untuk seketika. Tak apa, aku percaya tiada pencuri mahupun penculik duit disini. Ah tibeh betul penculik ya?
Rimas aku beg berada di peha aku, taktahu lah apa ada dalam beg tangan aku tu, berat betul! Oh lupa, aku bawa banyak merchandise BTS.
Satu jam juga lah baru kami dibenarkan pulang. Ah, sekejap betul! Bagilah 5 atau 6 jam ha baru puas! Ini tidak, baginya hanya satu jam. Tak syok betul!
Ahli-ahli BTS sudahpun kebelakang pentas. Bayangan mereka semua telah tiada. ARMY pun kebanyakkan nya sudah beransur pulang. Aku pun bangun dan terus keluar dari dewan tersebut dengan hati yang berat. Ewah, kecewa betul bunyi nya!
Semasa aku berjalan untuk keluar dari dewan tersebut, tiba-tiba leher aku rasa tercekik dengan lengan seseorang melilit leher aku dan mengheret aku kebelakang.
Tangan aku secara automatik memegang lengan orang tersebut dengan kuat untuk melepaskan lengan nya dari leher aku. Eh, aku tercekik lah!
"Ah, tolong! Ada orang nak culik aku!" Aku menjerit-jerit sambil tangan aku memegang lengan nya yang melilit leher aku.
Aku takdapat nak tengok orang itu, sebab dia berada dibelakang aku. Aku dongak kan kepala aku keatas. Dapat aku tengok sedikit dahinya.
Macam kenal...
Lepas dia berhenti tarik aku, aku terlanggar badan dia. Aku terus siku perutnya dibelakang dengan kuat sebab nak lepaskan diri aku. Aku dengar dia terbatuk terus aku pandang belakang.
"Kau buat apa?!" Terbuntang mata aku melihat dia yang sudah terbongkok-bongkok menahan sakit diperutnya. Bodyguard sewel ni lagi!
"Hah, padan muka kau! Apa masalah kau ni ha? Ada aku kacau kau ke? Pervert betul eh nak peluk aku, dengan cara macam ni pula tu. Eh jap, kau nak culik aku ya? Ke kau nak culik aku tapi dalam masa yang sama nak peluk aku? Eh kau ni! Dah lama aku dendam!"
Dia yang sedang terbongkok-bongkok tu segera menegakkan badan nya semula. Mak ai tinggi! Tiba-tiba seram pula aku rasa bila berdepan dengan dia macam ni. Kening dia dah berkerut-kerut dah.
"Banyak lah kau punya peluk. Kau pekak ke? Tadi aku panggil kau takdengar. Harap muka je cantik tapi pekak!" Giliran dia pula yang memarahi aku.
Eh eh dia ni. Sedap mulut dia je cakap aku pekak. Okay ni aku marah.
"Kau nak apa panggil aku setan?" Tahap kesabaran aku dah jatuh dah ni. Ha kan dah terkeluar kata-kata kesat aku.
"Sedap kau je menyetankan aku. Ni ha beg kau ni tertinggal." Kata Soobin sambil mengangkat sling bag yang berwarna hitam dihadapan aku.
Membuntang mata aku memandang sling bag aku itu. Ya Allah, macam mana boleh lupa? Bodohnya! Terus aku tutup muka aku. Malu woi! Dah lah aku tuduh dia macam-macam tadi.
"Y/n kenapa bodoh sangat ni!" Jerit aku sambil menutup muka aku. Malu dia kalau boleh nak menyorok bawah katil.
"Malu? Huh, padan muka. Suka-suka hati kau je tuduh aku kan? Nasib tak ada duit kalau tak dah lama aku ambil."
Aku terus mengukir sebentuk senyuman. "Awak okay ke? Sakit tak tadi? Maaf tau! Ingatkan awak nak culik saya tadi." Aku tersenyum janggal seraya menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
YOU ARE READING
❪ な ❫⠀𝐀𝐁𝐘𝐒𝐒⠀❞ ᵏˢʲ
Fanfiction❛❛ 𝗗𝗶𝗮 𝘁𝘂 𝘁𝘂𝗮, 𝗮𝗸𝘂 𝗻𝗶 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗱𝗶𝗮. 𝗔𝗽𝗮 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗻𝘆𝗮 𝗮𝗸𝘂? 𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗮𝘂 𝗰𝗮𝗿𝗶, 𝗮𝗸𝘂 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗶𝗻𝗮 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗮𝗸𝘂 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶...