Y/n's POVAir mata yang jatuh setitis demi setitis itu sesekali aku seka menggunakan lengan baju aku. Aku takfaham kenapa aku macam ni. Air hidung sesekali aku sedut kembali.
Air hidung weh bukan hingus. Ha beza tau!
Kenapa terlampau pedih? Takpernah aku rasa pedih sangat sampai macam ni. Kali terakhir aku rasa pedih macam ni masa mula-mula aku baru belajar masak dengan mama.
Bawang yang aku kupas tadi, aroma dia kuat sangat sampai air mata aku takberhenti. Entah lah, aku takpernah pun menangis masa kupas bawang tapi hari ini..
"Eh, bawang kat korea ni memang pedih ke?" Omel aku sendirian.
Banyak juga lah bawang yang aku kupas. Aku saja kupas banyak sebab nak buat stok. Senang nak masak takpayah susah-susah dah nanti.
Aku menggeliatkan badan aku setelah selesai aku mengupas bawang.
"Ah.. Siap pun." Aku tersenyum sendirian.
"Harini aku nak masak apa eh?" Aku mengangkat kening, sambil merenung kearah bahan-bahan yang dah tersedia diatas meja.
"Ada serai, santan, udang.." Aku berjeda seketika kemudian aku memetik jari.
"Ha, masak lemak udang jelah harini."
Aku mulakan sesi memasak aku. Aku ni kalau bab-bab memasak, serah je kat aku. Benda yang paling aku suka buat!
Entah lah, kalau aku ada kat dapur, aku rasa macam ada kamera depan aku. Automatik aura chef terkemuka tu ada.
Tiba-tiba ada siaran memasak bersama Y/n dengan tagline 'Y/n kenyang, anda lapar.'
dongwa myeongyejung hanal gola
han chi gomin eopshi nan mongttang
sseureo damagal geoya eommaya
ije maeumkkeos nagaseo nora
and she said
Is that true?
yes Okey dokey yo
Is that true?
yes Okey dokey yo
jeongmalho?
yes Okey dokey yoLagu Okey dokey oleh Zico dan Mino itu aku nyanyi dengan tarian. Uish syok betul aku memasak kali ni, tak ada adik aku nak kacau, tak ada mak aku nak marah-marah sebab aku melalak macam orang gila masa memasak.
Ya, aku memang macam ni. Hobi aku menyanyi dan menari dimana-mana sahaja ewah! Kalau takdengar lagu sehari tu memang sendu aku.
Selesai memasak, apa lagi? Aku melantak lah. Yalah, siapa yang nak makan masak lemak kat sini? Aku seorang sahaja orang melayu.
Sedang syok aku makan tiba-tiba bahu aku ditepuk dari belakang, hampir mati tersedak aku. Yalah, kalau kau tengah makan lepastu tengah fokus tengok k-drama tiba-tiba orang tepuk bahu kau, kau rasa apa?
"Wah, makan apa tu? Sedapnya bau! Tak ajak pun eonnie makan sekali." Hanari yang sedang sibuk menghidu aroma masak lemak udang aku tu aku perhati.
Aku menggaru kepala menggunakan tangan kiri aku. Aku tersenyum janggal, aku makan pakai tangan kut!
"Oh eonnie. Marilah duduk makan sekali." Aku lantas bangun untuk mengambil pinggan tetapi dihalang oleh Hanari.
"Eh, takmengapalah. Biar eonnie ambil sendiri." Aku tersenyum mengangguk. Langkahnya aku perhati.
Hanari duduk berhadapan aku dengan senyuman penuh dimuka. Matanya tidak berkalih langsung daripada lauk masak lemak udang aku.
YOU ARE READING
❪ な ❫⠀𝐀𝐁𝐘𝐒𝐒⠀❞ ᵏˢʲ
Fanfiction❛❛ 𝗗𝗶𝗮 𝘁𝘂 𝘁𝘂𝗮, 𝗮𝗸𝘂 𝗻𝗶 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗱𝗶𝗮. 𝗔𝗽𝗮 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗻𝘆𝗮 𝗮𝗸𝘂? 𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗮𝘂 𝗰𝗮𝗿𝗶, 𝗮𝗸𝘂 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗶𝗻𝗮 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗮𝗸𝘂 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶...