"Setelah dilaporkan, semua penjenayah yang berjaya ditangkap oleh seorang lelaki misteri yang kini kecoh diperkatakan di laman media sosial, atau lebih dikenali sebagai pemburu-" lampu led televisyen itu terpadam. Laptop dihadapannya ditutup dan disimpan ke dalam beg laptop kembali.
Kasut boot,hoodie hitam, jaket kulit hitam, beg kulit hitam semua dicapainya.
Elias yang baru memasuki bilik lusuh itu tercengang. Dua mug ditangannya diletakkan ke atas meja di tepi pintu.
" Weyh, Ezekiel, awalnya nak keluar harini, kata harini day off."nadanya kecewa.
" Emergency... mamat tu jemput aku"Semua pakaiannya dikemaskan dihadapan cermin. Rambut separa bahunya diikat kemas. Topi dan topeng diletakkan ke dalam beg kulitnya.
" Seriuslah, patutlah laju je. Erm, aku baru teringat , before jumpa dia, kau kena jumpa tok Zali, dia ada call, minta kau jumpa dia" dahinya berkerut, dia memandang ke arah Elias.
" Dia minta jumpa dia sebagai?" Langkahnya dibawa mendekati tingkap.
" PEMBURU..." Elias tersengih. Faham maksud tersebut, Ezekiel melompat dari tingkap hanya berbekalkan tali sebagai alat keselamatan.
*واحد*
" Ini je semua rekod yang kau ada tentang dia?"
" Y-ya tuan" matanya dipejam menahan perit saat rambutnya ditarik kasar oleh majikannya.
" Sampah, kalau ini je yang kau mampu, cuba bagitahu aku, macam mana kau nak tundukkan dia jadi hamba aku!" fail ditangannya dicampak ke atas lantai.
" Tapi tuan, kami dah cuba cari dia..."
"Alasan! Lepas tu kau dah jemput pemburu tu belum?"
" Dia dah jemput aku, aku ada dekat sini." Si majikan itu tersentak dan pantas kepalanya berpaling ke belakang.
"Tak sangka pula aku,the person that value dignity the most in Malaysia, will welcome me like this" Ezekiel di atas sofa sibuk menilik buku majalah ditangannya. Terpampang di atas muka buku itu wajah lelaki tua yang sibuk menarik rambut pekerjanya itu.
" Oh-ha, Pemburu...Welcome." terus dilepas rambut pekerjanya dan dibetulkan blazernya. Topi koboinya dipakai di atas kepala dan tongkat kayu jati itu dicapai elok menyokong tangannya.
" Maafkan saya yang kurang sopan ni, " langkahnya dibawa sangat perlahan mengikut rentak tongkat tersebut.
"Jadi awaklah pemburu?" Susulan soalan itu sekelip mata sebilah pisau laju menghala ke arah Ezekiel. Pantas dia mengelak dan membiarkan pisau tadi mendarat di dinding belakangnya. Tenang reaksinya. Lelaki tua itu kagum dan tersengih.
" Betul, aku pemburu. Budak cacai perahsia yang kau panggil pakai telco. Aku datang nak dengar tawaran kerja kau, yang amat berhormat, Tuan Luqman?"bunyinya jelas sarkastik. Mendengar balasan itu, lelaki tua yang bernama Luqman itu menukar sengihannya kepada gelak besar.
" Aku suka! Suka sikap kau... Mana permata macam kau pergi selama ni. Aku agak, kau segak orangnya sebalik topeng kau. Sayang kalau aku tawar kau kerja dalam empayar aku, pasti kau tolak. Aku faham erti kerja seorang pemburu, " Luqman akhirnya menjemput dirinya sendiri untuk duduk berhadapan dengan Ezekiel. Senyuman manis diberikan.
"Sudah, aku tak mahu berdolak dalih, pendek dan manis cerita, aku nak kau cari seseorang"
" Bukan bunuh?Ingatkan kau nak bunuh mana-mana keluarga diraja, sebab tu kau panggil aku." Sinis gurauan yang cuba disampaikan.
" Heh,aku masih setia dengan diraja lagi ya. Hebat gurauan kau pemburu. Tapi jangan risau pemburu, kalau aku nak buat kerja kotor, aku tak minta kau buat sebab aku tahu, kau tak bunuh orang. Ramai lagi handalan di bawah kuasa aku. Ini dia, ini fail dia" tanpa memberi ruang Ezekiel memberi respon, satu fail nipis ditolak Luqman ke arah Ezekiel. Betul-betul mengikut definisi pendek dan manis cerita.
YOU ARE READING
THE WANTED HEIR.
RomancePemburu, gelaran diberikan buat seorang lelaki misteri yang menerima tugasan berprestij tinggi di serata Malaysia. Dia sudah menumbangkan politikus, menyelesai kes pembunuhan bersiri, konspirasi organisasi, dan dia juga pemula gerakan intelektual, s...