TWO

0 0 0
                                    

" Doktor!" Azrael yang baru keluar dari biliknya setelah selesai tiga pembedahannya berpaling melihat gerangan yang memanggilnya.

" Zu, kenapa?" Zu berlari kecil mendapatkannya.

" Tadi ada orang kata nak jumpa dekat kafe lepas doktor habis kerja, nama dia Adam. Owh lepas tu dia ada bagi ni. Jangan risau, saya tak baca pun" Zu tersenyum kecil dan terus berlalu.

Tidak sempat dihalang Azrael. Azrael mengerut dahinya dan membuka kertas itu. Dibaca kertas itu tanpa rasa curiga pada mulanya.

To make it easy. Saya sepupu Laila. Saya nak tanya beberapa soalan. Harap boleh tolong. Kalau tak boleh, contact saya Pakai pad nombor telefon ni.

012172
01213121
01732142744121
01522182

Azrael mengerut dahinya dan terburu masuk kembali ke pejabatnya. Hatinya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena. Ditekan satu persatu nombor itu pada papan kekunci komputernya. Cuba mencari nombor telefon ketiga tersebut. Kalau diikutkan hati, memang semua nombor di situ tak masuk akal.

Tiada rekod nombor berdaftar.

Laju tangannya membawa keluar kertas dan merungkai nombor itu. Matanya membuntang  saat melihat tulisannya.

AQ ADA RAHSIA KAU

Keluhan besarnya keluar.

" Ni mesti kerja atuk dia lagi" laju tangannya membuka laci di sisi mejanya. Satu alat renjatan elektrik dikeluarkan.

"Luqman, kau memang sial" dikerling jam di tepi mejanya.

7.50 p.m

Terus dia bangkit dan mengemas barangnya. Nasibnya baik sebab hari itu doktor bedah yang berkerja malam cukup untuk dia keluar balik awal.

Terus dia pergi ke kafe hospital. Diperhati kafe yang tiada orang itu dan sudah berkemas. Sejak bila kafe tutup awal? Keluhan kecil dikeluarkan.

" So, aku datang awallah ni"

" Tak, kau datang tepat pada masanya" Azrael tersentak dan terus mengeluarkan alat renjatan elektriknya dan menghalakan ke gerangan yang bersuara di belakangnya.

Kenapa aku tak dengar bunyi tapak kaki?!

Pantas Ezekiel menepis tangan Azrael dan memulas lengannya.

Buk!

Sedas tumbukan pantas dihadiahkan ke perut Azrael.

Urg, laju sangat! Aku tak sempat pukul balas!

Alat itu terjatuh dan dihentak kuat oleh pijakan Ezekiel. Rosak dan terburai tiada guna.

Melihat situasi itu, Azrael menyesal dia tidak bawa pistol kali ini. Tidak disangka musuh kali ini lebih kuat dari musuh sebelum ini.

" Tenang kawan. Aku tak nak kau pengsan sini" Bisik Ezekiel di tepi telinga Azrael. Laju dia ke meja makan dan menarik sebuah kerusi dan dihalakan kepada Azrael. Dia pula menarik kerusi lain dan duduk di atas kerusi itu secara terbalik. Membuatkan dia terkangkang dan merehatkan tangannya di penyandar kerusi.

" Sekuriti..." Azrael berbisik sakit berpaling ke hujung dinding yang terletak kamera pengawasan. Situasi itu cukup memberi amaran kepadanya bahawa lelaki dihadapannya bukan sembarangan.

" Owh tu" Ezekiel menuding ke CCTV tersebut.

" Jangan risau, aku dah hack. Lepas tu pengawal yang jaga tu pun sedap tidur" Azrael merengus dan mengambil kerusi yang dihala ke arahnya dalam keadaan perutnya masih disentuh kesakitan. Beralah pada situasi yang tidak berpihak kepadanya.

THE WANTED HEIR. Where stories live. Discover now