THREE

0 0 0
                                    

Ezekiel memicit pelipis dahinya. Pening kepalanya memikirkan segala kemungkinan.

" Third place cancel"ujar Ezekiel pada Elias dihadapannya. Elias terkejut.

" Seriuslah?! Mana pernah kita tak jumpa lokasi target kita sebelum ni. Siapa nama dia? Hafin? Habis? Habib?"

" Habeen..." Elias menutup mulutnya saat mendengar nada Ezekiel yang menandakan dia serabut.

" Semua tempat aku dah selidik, aku nak balik"

" Owh, tapi ada satu tempat lagi kau tak cari Ezek" Elias mencelah sebelum sempat Ezekiel bangun.

" Mana?"

" Warung Panas Tom yam"

" area universiti?"

"Haah" Sebelah kening Ezekiel terangkat mendengar respon itu.

" Kau pergi sambung kerja dekat markas, aku pergi cek" terus dia bangkit dari meja makan restoran mereka dan berlalu sambil tersenyum kecil.

Aku tahu mana nak cari kau Habeen...

" eh, lepastu aku bayar lagilah ni?! E-Ezek! Ezekiel!" Elias tersengih tidak percaya. Dasarlah kau! Haritu aku yang bayar makanan kau, hari ni pun sama.

*ثلاث*

Pap!

Pap!

Bunyi kapak dipalu membelah balak kayu bergema di sekitar kawasan pedalaman hutan itu. 

Wanita itu bertubuh kecil, berpakaian besar  labuh dan ciri  paling menarik, dia lakukan semua kerja berat itu dengan wajahnya ditutupi secebis kain.

Macam mana dia bernafas? Ezekiel mengambil keputusan untuk memerhati lebih lama.

Hembusan nafas kecil kedengaran dari wanita itu dan sekelip mata seketul batu kecil laju menghala ke arah Ezekiel dan mencalarkan topengnya.

Mata Ezekiel sedikit membeliak.

" Aku tahu kau dekat atas tu, turun! " sebelah tangannya mengangkat bakul yang penuh dengan kayu dipotongnya dan kemudian kapaknya dicampak tepat ke arah pokok tempat Ezekiel bertenggek.

Ezekiel menyentuh perlahan calar di topengnya. Sengih di sebalik topengnya melebar.

Menarik!

" Siapa kau? Budak cacai Luqman?" Halus suara itu tapi nadanya beku dan membuatkan bulu romanya menegak. Perlahan Ezekiel turun dari dahan pokok itu. Dikerling sebentar kapak yang sudah melekat di pokok tersebut.

Berjarak lima meter, dari tempat dia berdiri hingga ke teratak wanita tersebut.

Heh, betul kata malaikat maut tu,wanita ini memang tak boleh dijangka.

" Panggil aku pemburu," Ezekiel keluar dari semak yang mengelilingi kawasan rumah wanita itu. Wanita itu memasukkan satu persatu kayu ke dalam tempat bakar yang tertutup. Tidak terus menyambutnya dengan mesra.

" Owh, aku Habeen. Pemburu...? Jadi kau menyamar jadi budak suruhan Luqman untuk dapatkan lokasi Laila? Kau yang nak cari Laila sebenarnya dan gunakan Luqman untuk dapatkan petunjuk,betul? " Bijak! Ezekiel kagum mendengar semua tekaan itu.

Tum! Pintu besi tempat membakar kesemua kayu tadi ditutup kuat. Wanita yang membelakanginya itu kemudian berpaling ke arahnya dan mata mereka bertentangan. Ketika itu bunyi hutan terdengar lebih jelas ditelinganya. Jeda,

Sedetik

Dua detik

Tiga detik

Snap!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 12 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

THE WANTED HEIR. Where stories live. Discover now