──── ❛ 𝐓𝐃 ⵓ 𝐎𝐎𝟗 ❜

44 17 52
                                    

───────── ❖ ── ✦ ── ❖ ─────────

───────── ❖ ── ✦ ── ❖ ─────────

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

───────── ❖ ── ✦ ── ❖ ─────────

"Yeonjun kau okay ?"

Yeonjun yang terbaring lemah itu dipandang lama,hanya anggukan sahaja menjadi jawapan pertanyaan Lily.

Mata Yeonjun setia memandang tingkap bilik Hospital yang terbuka dan tanpa dia sedar air matanya mengalir perlahan.

"Lily..."

"Hmm? "

Lily mengusap rambut hitam milik Yeonjun perlahan,dia terkedu apabila lelaki itu tiba-tiba sahaja memeluknya.

"Hei Yeonjun kau kenapa ni ? Kau lapar ke ? "

Pipi Yeonjun yang dibasahi air mata itu dilap perlahan.Lily menunduk Yeonjun yang dianggap sebagai abang kandungnya sendiri itu dipujuk.

"Aniyo... Aku tak lapar... "

"Habis tu? "

"Lily-ya... A-aku nak jumpa Jungyoon boleh kan ?"

Lily terdiam anak matanya memandang tepat kearah Yeonjun yang memberikan pandangan penuh berharap itu.

"Je-jebal aku nak jumpa dia boleh ? a-aku mimpi dia , dia kata dia dah mati... dia kata dia dah tak ada dekat dunia ni..merepek betul !... Aku tau dia mesti sihat je...kan ?"

Air mata Yeonjun mengalir semakin deras apabila tiada respon dari Lily,tangannya menggenggam erat tangan sepupunya itu.

"Jawablah Lily Choi ! ... Jungyoon sihat kan ? Dia mesti dengan Jungwon kan ?Nanti mesti diorang datang lawat aku kan ? Di-diorang mesti- "

"Awak kena sihat Yeonjun.... Awak tak patut fikirkan Jungyoon dengan Jungwon dulu... "

Tubuh Yeonjun dibaringkan selimut ditarik menutup tubuh lelaki itu,semakin lama dia mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Yeonjun semakin dia sebak.

Belum masanya untuk Yeonjun tahu perkara yang sebenar,kesihatan lelaki itu perlu diutamakan

Yeonjun menolak selimutnya kasar tanda protes,matanya memandang tajam Lily yang merenungnya sayu.


"Aku nak jumpa jungyoon ! Aku nak jumpa bakal tunang aku ! Aku nak jumpa dia faham tak !?!!? AKU NAK JUNGYOON ! "

Dadanya turun naik menahan marah tangannya yang dicucuk jarum itu dibuka kasar sehingga kesan cucukan jarum itu mengeluarkan darah.

"Kalau kau tak nak bagi aku jumpa Jungyoon... Biar aku sendiri yang jumpa dia..."

"Takboleh ! Awak takboleh keluar !"

Lily menahan tubuh Yeonjun dari membuka pintu,tapi apakan daya kudrat seorang lelaki lebih besar dari seorang perempuan tubuhnya dirempuh kasar oleh Yeonjun sehingga dia jatuh terduduk.

"Kau jangan nak halang aku Lily ! kau memang saja tanak bagi aku tengok Jungyoon ! "

"Yang Jungyoon dah mati lima tahun lepas Choi Yeonjun ! Dia dah lama mati !"

Tangannya yang ingin membuka pintu itu terhenti apabila Lily menjerit,pandangan tidak percaya dia berikan pada Lily yang sudah menangis itu.

"Kau tipu aku kan ? Aku tau kau dengan Jungyoon nak prank aku ! Tak lawak weyh tipu aku macam ni.."

Intonasi suara Yeonjun berubah air matanya kembali membasahi wajahnya yang cengkung itu.

Lily mengelengkan kepalanya laju, air matanya yang mengalir itu dilap kasar sebelum dia bergerak kearah Yeonjun yang sudah terduduk itu.

"Aku tak tipu Yeonjun... Kau ingat kan malam kau keluar dengan Jungyoon tu ? Malam korang baru lepas balik dari beli gaun tunang tu ?"

"Kau,Jungwon dengan Jungyoon kemalangan !kereta kau hilang kawalan malam tu Jun..."

"Waktu kau dirawat... Keadaan kau dengan Jungwon paling teruk sebab korang berdua tercampak keluar dari kereta,Jungyoon pula cuma tersepit dalam kereta jadi cedera dia tak teruk... Jungwon tak sempat diselamatkan...tapi kau ! peluang untuk kau selamat cuma 30%..."

"Tapi disebabkan Jungyoon sayang kau...dia cuba selamatkan kau... Sampai akhirnya dia terpaksa gadaikan nyawa sendiri untuk kau terus hidup..."

"Jantung tu...jantung tu jantung Jungyoon... lima tahun kau koma Yeonjun...lima tahun kau koma lepas pembedahan tu berjaya... lima tahun tu jugalah nyawa Jungyoon ada dalam diri kau..."

Dada Yeonjun ditunjal kasar oleh Lily,gadis itu sedih,marah dan geram semuanya bercampur-baur kerana lelaki itu tidak mahu menerima kenyataan.

"Kau tau apa Jungyoon kata dekat aku sebelum pembedahan tu dibuat ? "

"Dia kata kalau kau mati malam tu... Dia dah tak ada siapa-siapa dah Yeonjun... Abang kembar dia tinggalkan dia... Kau fikir lah... Kalau dia tak buat keputusan tu... Dari dia tinggal seorang diri... Dia rela berkorban demi kau Yeonjun...Demi kau ! Semuanya demi kau...Dan kau boleh kata aku tipu kau !?"

Pintu yang dibuka Lily melangkah keluar meninggalkan Yeonjun bersendirian di dalam wad,pintu bilik itu dihempasnya kasar.

Biar lelaki itu sendiri sedar,biar lelaki itu faham dan terima kata-katanya !

Yeonjun menangis hiba dadanya yang terasa sakit itu dipukul kuat.Fikirannya teringatkan ucapan Jungyoon yang terakhir.

"Walaupun saya dah tak ada dekat dunia tapi saya tetap ada dekat sini"

Dan baru dia faham mengapa gadis itu selalu menyentuh dada kirinya,sanggup Jungyoon gadaikan nyawanya semata-mata untuk menyelamatkannya?

"Awak berhak hidup bahagia Yeonjun..."

"Yang Jungyoon pabo !"

"Yang Jungyoon pabo !"

"Saya sayangkan awak...Maafkan saya ya sayang ?"

Yeonjun membiarkan air matanya yang tidak berhenti mengalir itu mengaburi pandangannya.Bisikan lembut Yang Jungyoon terngiang-ngiang ditelinga membuatkan lelaki itu teresak-esak.

"Saya tetap ada dekat sini..."

"Dalam hati awak..."

───────── ❖ ── ✦ ── ❖ ─────────

───────── ❖ ── ✦ ── ❖ ─────────

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

sorry :(

───────── ❖ ── ✦ ── ❖ ─────────

꒰ ꗃ the dream ⨾ c.yeonjun 𔘓 ꒱Where stories live. Discover now