B A B 2 - New School

1 1 0
                                    

"kita dah sampai! "ujar Encik Azman walaupun mereka masih di dalam kereta.

"mana mana? "tanya Izyan teruja. Mata sudah melilau mencari bangunan sekolah abangnya.

"tak de pon... "kata Izyan dengan wajah cemberut.

"hehe... Bukan 'sudah' tapi 'hampir'! Haha.. "Encik Azman ketawa melihat wajah cemberut anaknya. Rasyid dibelakang hanya menggeleng sahaja dengan perangai abangnya itu. He like a little boy!

"yaa... Itu dia.. "kata Encik Azman dengan mata bersinar sinar melihat bangunan sekolah yang tersegam indah di dalam pagar nya.

Mereka masuk ke dalam perkarangan sekolah itu dan laju meluncur ke asrama lelaki itu.

"ye hii!! Dah sampai angah!! "jerit Izyan terlebih teruja. Kejap! Sebelum bertolak budak ni makan apa sampai terlebih aktif ni?

"herhh.. Kau kalau tak senyap sehari memang tak boleh hidup kan? "Ryon selamba berkata begitu dan membuatkan sekali lagi! Wajah cemberut Izyan..

"dah lah tu my little kid! "kata Rasyid dengan senyuman sinis.

"hey! I'm not your little kid! I'm your brother! "marah Izyan sambil buat merajuk.

"urghh.. "Rasyid mengguling matanya sebelum keluar dari perut kereta itu.

"yoii.. Tak nak keluar ke? "tanya Syakil selamba dari luar kereta. Izyan tengok di sekelilingnya. Semua dah keluar meningalkannya seorang diri di dalam kereta itu. Enjin kereta pun sudah di matikan.

"maa!! "terus Izyan keluar dari kereta itu dengan sengihan malu.

"barang semua kamu dah ambil Ryon? "tanya Puan Azrina kepada anaknya.

"hmm.. "balas Ryon.

"ok.. Ini nombor bilik kamu tau.. "Encik Azman menyerahkan sekeping kad kecil kepada Ryon. Ryon mengambil tanpa melihatnya terlebih dahulu, lalu menyimpannya ke dalam poket seluarnya.

"ok.. Belajar elok elok ye Ryon.. "ucap Puan Azrina. Dia memeluk anaknya itu dengan penuh kasih sayang. Kalau boleh tak nak lepaskan!

Ryon membalas balik tanpa sebarang kata. Tidak lama kemudian, Puan Azrina melepaskan Ryon. Terus badan Ryon disambar oleh ayahnya pulak. Ryon? pasrah sahaja. Dan selepas itu dia melepaskan pelukannya.

"angah.. "panggil Rasyid perlahan. Ada nada sebak sedikit. Izyan yang perasan akan hal itu terus tersenyum nakal.

"ooo.. Rasyid nangis siot!!! "jerit Izyan dengan muka pura pura terkejut.

"ma-mana ada!! "marah Rasyid dengan muka merah habis. Malu la tuwww.. Yang lain tergelak kecil melihat Rasyid memerah habis. Ye lah.. Bukan senang nk tengok Rasyid macam ni..

"angah! angah!! Angah nanti cari pompuan cantik ta-! Aduhh... "

"hoho.. Tadi ada nyamuk.. Saja nak ketuk.. Hoho.." balas Puan Azrina selamba dengan senyuman 'angel'. Senyuman maut! Tangan kanannya berasap selepas mengetuk kepala Izyan. Izyan menggosok kepalanya. Benjol satu!! Haha..

"nyamuk je!! Tak yah lah sampai tumbuk! "cebik Izyan tak puas hati.

"ok.. Lepas ni mak tak guna penumbuk dah.. Tapi mak akan guna parang! Macam mana? "soal Puan Azrina dengan senyuman angel dia tu... Emm.. Macam mana nak cakap... Senyuman malaikat maut boleh?? Ehh.. Sama ke? What ever..

"haihh.. Apa apa je lah.. "Syakil berjalan menghampiri Ryon yang setia berdiri di sisi Rasyid. Dia berdiri  di hadapan Ryon. Mata hitamnya bertentang dengan mata ruby Ryon. Dia terus merangkul badan sasa Ryon. Ryon terkejut dengan perbuatan pantas abangnya. Walaupun dah selalu, tapi... Entah kenapa dia rasa pelukan ni berbeza sedikit.

Secret Of Behind? [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now