++J

11 6 0
                                    

"Eomma, Hobie dah balik" sapa aku sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.Mataku diliarkan ke seluruh isi rumah kerana kelibat eomma masih belum kelihatan.

Aku menilai ke setiap ruangan namun batang hidung eomma masih tidak kelihatan juga.Mana dia pergi eh? Dapur kot.

Langkahku dilajukan menuju ke dapur dan ya, eomma duduk tersandar pada peti sejuk sambil tangannya memegang sebotol arak merah yang sudah diminum 3/4 daripada botol tersebut.

"Yah eomma.Kan Hobie dah pesan jangan minum lagi" aku cuba merampas botol tersebut namun eomma mempertahankannya.Eomma menyepak kakiku berkali-kali namun aku tetap jua merampas botol itu.

Eomma memberontak.Dia memukul kepala aku menggunakan botol kaca yang dipegangnya.Habis berderai mengenai aku.Darah mengalir keluar namun aku endahkan sahaja.

Aku mengangkat eomma lalu meletakkannya ke dalam bilik.Haish, macam mana aku nak hentikan tabiat eomma? Aku pergi ke dapur semula kerana ingin membersihkan kaca yang bersepah.

Sesekali aku terpijak kaca-kaca kecil yang tidak kelihatan namun aku gagahkan jua diriku.Aku memasukkan deraian kaca ke dalam plastik sampah.Aku letakkan dahulu plastik sampah tersebut di tepi sebuah meja setelah melihat darah yang mengalir pada kepala aku menitis perlahan.

Baru sahaja aku ingin masuk ke dalam bilik, pandangan aku tiba-tiba sahaja seakan berputar-putar dan akhirnya bertukar gelap selepas beberapa saat.

Mama ♔︎ | jhs ft eomma terchenta ; short story |Where stories live. Discover now